Jenis Kesalahan & Hukuman :
Minum arak
Meminum sebarang bahan yang memabukkan sama ada dinamakan arak atau tidak, banyak atau sedikit
Hukuman : Sebat 40 kali
2. Mencuri
Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaan) dengan tujuan memilikinya
Hukuman : Potong tangan & pulangkan barang yang dicuri
3. Qazaf
Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap orang yang baik akhlaknya
Hukuman : Sebat 80 kali & tidak diterima sebagai saksi
4. Zina
Melakukan persetubuhan yang haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan
Hukuman :
Penzina Bukan Muhsan (Belum Kahwin) : Sebat 100 kali dan buang daerah selama setahun
Penzina Muhsan (Sudah Kahwin) : Rejam dengan batu sampai mati.
5. Merompak
Melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan orang awam secara terbuka.
1. Pembunuhan
Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
Hukuman :
Mati
Diyat jika ada pengampunan daripada waris mangsa
2. Perbuatan yang Membawa Kepada Kecederaan
Perbuatan yang mendatangkan kecederaan
Hukuman :
Balasan yang sama
Diyat jika ada pengampunan daripada mangsa atau waris mangsa.
Menegakkan keadilan dalam kalangan manusia agar dapat hidup dengan sejahtera.
Mendidik dan menghukum bagi sebarang kesalahan dan maksiat yang dilakukan supaya mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Menjamin keselamatan, kestabilan dan kedamaian bagi masyarakat dan negara.
Merancakkan pertumbuhan ekonomi tanpa bimbang kepada sebarang rampasan dan kecurian.Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
HUKUM HUDUD
(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
(b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
(c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Peranan Undang-Undang Jenayah Islam Mewujudkan Keamanan dan Kesejahteraan dalam Masyarakat
(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.
(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
(c) Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.
Pengertian Hudud;
(a) Dari segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dari segi istilah hudud pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Sunnah.
JENAYAH DALAM ISLAM
QISAS - HUDUD - TA'ZIR
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
TINGK
2. Apa Maksud
Jenayah ?
PADA BAHASA :
Dosa / Maksiat
PADA ISTILAH :
Larangan syarak yang ditetapkan oleh Allah dengan
pembalasan had atau takzir sama ada melakukan perkara
tegahan meninggalkan perkara yang disuruh.
4. QISAS
PADA BAHASA :
Perturutan kesan atau bersamaan
PADA ISTILAH :
Mengenakan hukuman yang sama dengan jenayah yang
dilakukan terhadap orang lain yang melibatkan fizikal sama
ada perbuatan membunuh atau lain-lain daripada perkara-
perkara yang mencederakan jasmani.
5. Jenis Jenis
Kesalahan Qisas
Membunuh Dengan Sengaja
Seseorang yang membunuh dengan sengaja tanpa hak adalah
haram dan dikenakan hukuman qisas terhadapnya (bunuh
balasan)
Mencederakan, melukakan atau memotong anggota badan
dengan sengaja
Pencerobohan keatas anggota badan manusia seperti
mencederakan, melukakan atau memotong anggota badan.
6. Syarat Syarat
Pelaksaan Qisas
JENAYAH PEMBUNUHAN
> Mukallaf (baligh dan berakal)
> Pembunuhan bukan terdiri daripada bapa, ibu, datuk ke atas
> Mangsa bunuh adalah terpelihara darahnya dengan sebab Islam
> Mangsa dan pembunuh kedua-duanya Islam dan merdeka
MENCEDERAKAN ANGGOTA
> Kesamaan bagi sudut anggota yang hendak dikenakan qisas
> Memotong anggota yang lumpuh
> Dipotong pada sendi yang paling hampir dengan anggota yang dilakukan
> Jika anggota tidak terputus, tidak diharuskan qisas kerana tiada persamaan sebagai syarat asas
7. HUDUD
PADA BAHASA :
Halangan
PADA ISTILAH :
Menurut jumhur ulama, hukuman yang ditentukan qadarnya
oleh syarak sama ada menjadi hak Allah atau hak manusia.
Semua kesalahan hudud adalah haram dilakukan dan wajib
dihukum pesalahnya yang mencukupi syarat.
8. Jenis Jenis
Kesalahan Hudud
Berzina : Melakukan hubungan seks antara lelaki dan perempuan
tanpa akad perkahwinan yang sah
Hukuman : Pasangan belum berkahwin : Disebat 100 Kali
Penzina sudah berkahwin : Direjam Sampai Mati
Qadaf : Membuat tuduhan zina atas seseorang yang baik menafikan
nasib keturunan
Hukuman : 80 Kali Sebatan
9. Syarat Syarat
Pelaksaan Hudud
Beragama Islam
1.
Mukallaf
2.
Merdeka. Jika hamba dikenakan separuh daripada hukuman
3.
Melakukan jenayah hudud dengan pilihan sendiri, bukan paksaan
4.
Pengakuan daripada pelakunya dengan kerelaan
5.
Terdapat saksi yang adil
6.
Tidak terdapat syubhah (kesamaran) dalam pensabitan
7.
10. TA’ZIR
PADA BAHASA :
Halangan, pencegahan atau pertolongan
PADA ISTILAH :
Hukuman terhadap perbuatan maksiat atau jenayah yang tidak
ditentukan qadarnya oleh syarak sama ada ia merupakan hak
Allah atau hak manusia
HUKUMAN :
Sebatan, Tahanan (Penjara)
11. Jenis Jenis
Kesalahan Takzir
Kesalahan takzir ialah perbuatan maksiat yang selain daripada
hudud, qisas dan kifarah seperti riba, berbuka puasa pada siang hari
dan lain lain
JENIS JENIS HUKUMAN TAKZIR
Hukuman mengenai tubuh badan seperti sebatan
1.
Hukuman berkaitan sekatan kebebasan seperti penjara, buang daerah dan lain
lain
2.
Hukuman berkaitan harta seperti denda
3.
Pelbagai hukuman lain berdasarkan budi bicara pemerintah.
4.
12. Syarat Syarat
Pelaksaan Takzir
Hukuman takzir hendaklah bertujuan menjaga kemaslahatan yang
ditetapkan oleh Islam
Hukuman dapat menolak keburukan atau mengurangkannya tanpa
mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan tidak menghina
kemuliaan manusia
Hukuman sesuai dengan jenayah yang dilakukan
Persamaan dan adil antara manusia
Dijalankan oleh pemerintah
13. Kaedah Pensabitan
Hukuman Jenayah Islam
IQRAR
> Pemberitahuan tentang hak orang lain keatas dirinya. Ia merupakan
kenyataan atau pengakuan seseorang tentang sesuatu yang berlaku atau
dilakukan sama ada secara lisan, tulisan atau isyarat
SYUHADAH / KESAKSIAN
> Keterangan yang benar melalui penglihatan, pendengaran atau
pancaindera yang lain
14. Kaedah Pensabitan
Hukuman Jenayah Islam
QARINAH
> Fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang lain dalam sesuatu
kes. Ia juga sebagai tanda yang menunjukkan wujudnya sesuatu atau
sebaliknya.
SUMPAH (AL-YAMIN)
> Salah satu pihak yang bertikai mengukuhkan pemberitahuan menyebut
nama Allah atau sifat-sifatnya
15. Hikmah
Hukuman
Dalam
Islam
PENCEGAHAN
--> Amaran keras dengan janji-janji azab
telah dinyatakan oleh syariah agar
manusia melakukan jenayah Tersebut
PEMBALASAN
--> Sebagai balasan kepada penjenayah
tersebut disamping memberi
pembelaan dan keadilan kepada mangsa
jenayah
PEMULIHAN
--> Melahirkan kesedaran kepada orang
yang melakukan jenayah