2. Stanza1
Penyajak menerangkan lokasi pohon beringin yang
sudah lama tumbuh di pinggir jalan raya di sebuah ibu
kota yang baru dimajukan.
Pohon beringin ini sudah lama hidup dan menjadi
pelindung kepada seluruh warga alam sekitar.
Burung berterbangan riang. Pohon beringin merupakan
habitat bagi fauna; tempat burung2 bersarang.
Pohon beringin juga menjadi tempat bermain bagi
kupu-kupu dan kanak-kanak . Memberi unsur
kebahagiaan dan kedamaian.
3. Stanza 2
Kedamaian yang dikecapi tidak bertahan lama.
Di suatu pagi yang malang, muncul jentolak
moden untuk menumbangkan dan
menghapuskan pohon beringin tersebut.
Pohon beringin seolah-seolah merintih kesakitan
akibat kemusnahan yang dilakukan. Betapa
deritanya pohon beringin, sehingga suaranya
sudah tidak kedengaran kerana tumbangnya ia
menyembah bumi.
4. Stanza 3
Berigin tua yang berjasa itu meninggalkan pesan
kerinduan terhadap alam yang pernah
dipayunginya;- burung-burung, kupu-kupu, kanak-
kanak yang menjadikanya sebagai habitat dan
kawasan permainan mereka.
5. Stanza 4
Pohon beringin merasakan dirinya sudah
tidak diperlukan lagi disebabkan
kerancakan pembangunan.
7. Persoalan
Kehidupan sebatang pohon beingin tua.
Kepentingan flora terhadap manusia dan
ekosistem.
Pembangunan yang membawa keoada
kemusnahan alam sekitar.
Kerakusan manusia mengejar kemajuan
tanpa memikirkan implikasinya terhadap
alam sekitar.
Tanggungjawab manusia terhadap alam
sekitar.
8. Amanat
Manusia hendaklah merancang pembangunan
dengan baik agar alam sekitar tidak terjejas
dengan aktiviti manusia.
Manusia hendaklah mengambil berat tentang
kepentingan alam semula jadi agar boleh
dinikmati generasi hadapan.
9. Sikap & Perasaan
Pengarang
Berasa kesal dengan pembangunan
yang tidak seimbang dan menyebabkan
kemusnahan flora dan fauna yang tidak
terkawal dan merosakkan ekosistem.
10. Unsur Bunyi
Aliterasi
- menadah matari memayungi bumi
(konsonan ‘m’)
Asonansi
- di sebuah ibu kota yang setengah muda
-tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
(vokal ‘a’)
12. Gaya Bahasa
BAHASA PENEGASAN
Anafora - rangkap 3 (selamat tinggal)
Repitisi - di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
Simbolik – gergasi teknologi; jentolak
- Pagi yang hitam; pagi yang malang
BAHASA PERBANDINGAN
Personafikasi – Beringin tua, suara beringin, kupu-kupu
berkejaran.
Metafora – jeritan ngeri, rumah mereka, kupu-kupu sayang,
keluarga bahagia
13. Jenis dan Bentuk
Jenis - Balada iaitu suatu cerita yang
diolah untuk menjadi bentuk puisi
Nada - Melankolik
Bentuk
Stanza 1 - Oktaf
Stanza 2 - Quint
Stanza 3 - Septime
Stanza 4 - Distikhon