3. Fasa Penyesuaian dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan
murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah
yang baharu serta membina hubungan baik dengan rakan dan
guru serta membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi.
Fasa ini juga akan menggalakkan pelibatan aktif murid dalam
aktiviti pembelajaran.
4.
5.
6. Fasa kesediaan bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. Fasa ini memberi
peluang kepada guru untuk melaksanakan PdP dalam suasana yang
bermakna dan menyeronokkan. Ini bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan murid dalam interaksi sosial dan membentuk sikap positif
dalam pembelajaran. Fasa ini dilaksanakan selama dua minggu
berdasarkan tahap kesediaan murid mengikut jadual waktu Tahun 1.