SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
1
1.0 Pengenalan
Kurikulum Bahasa Melayu yang mencakupi teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah
telah lama diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hingga pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada 2011, banyak pembaharuan yang dipertingkatkan dan
ditambah baik terutamanya dalam aspek pemupukan elemen sastera dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara langsung di sekolah rendah. Ia selaras dengan
perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti
sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses
pengajaran dan pembelajaran ini akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku
teks. Pada ketika ini, elemen sastera seperti pantun, syair dan sajak menjadi medium utama
dalam menyemai nilai dan membina jati diri murid agar mencintai dan berbangga dengan
khazanah negara yang tidak ternilai ini. Justeru, di peringkat sekolah rendah lagi, elemen
sastera telah mula bertapak dan diharap menjadi pelopor kepada tokoh kesusasteraan
negara pada masa hadapan.
2.0 Sinopsis
Cerpen “Kampung Oh Kampung” karya Nik Amirul Mu’min telah diterbitkan pada 2007 oleh
Penerbit Didikmas sebagai sebuah karya yang mudah difahami dan dekat dengan jiwa
kanak-kanak. Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman baharu percutian di desa yang
dirasai oleh dua orang adik-beradik di kampung ayahnya. Bermula dengan episod
penantian kedua orang tua Azman ; Pak Jusuh dan Mak Milah yang menantikan
kepulangan anak tunggal mereka setelah lama tidak pulang ke kampung kerana tuntutan
2
kerja di luar negara. Kesempatan bercuti selama dua bulan sebelum berkhidmat di Kuala
Lumpur telah digunakan sebaiknya untuk menziarahi orang tuanya dan memperkenalkan
anak-anaknya ; Sani dan Saiful kepada datuk dan nenek mereka. Selain itu, dia juga ingin
anak-anaknya merasai pelbagai pangalaman pahit manis tinggal di kampung.
Cerita diteruskan dengan sikap dingin isteri Azman; Mazni terhadap kedua mentuanya
termasuk anaknya Sani yang kurang selesa dengan kehidupan desa. Walau bagaimanapun,
percutian mereka bertambah seronok apabila dapat merasai sendiri pengalaman sebenar
tinggal di kampung. Aktiviti menjerat wak-wak, meredah bendang, menyerkap ikan,
memasang pukat dan membuang lintah di kaki telah menzahirkan kenangan manis di
dalam sanubari mereka. Merasai makanan kampung hasil titik peluh sendiri juga amat
mengujakan mereka.
Cerita terus berkembang dengan perkenalan Sani dan Saiful dengan sahabat baharu
dan masyarakat kampung yang peramah dan suka membantu membuatkan mereka berasa
diterima dan disenangi oleh semua orang. Perkenalan dengan abang Karim seorang petani
moden dan Ustaz Jaafar; guru mengaji di kampung itu telah menyedarkan mereka akan erti
kegigihan yang sebenar. Keseronokan mereka bertambah apabila sempat merasai sendiri
budaya perkahwinan masyarakat India di estet berhampiran dengan kampung mereka.
Perkenalan dengan Encik Raju; pengurus estet dan Ramesh ; anaknya telah memberikan
gambaran sebenar tentang amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Pada akhir percutian, Azman sempat membawa keluarganya ke gelanggang silat Tok
Hitam; guru silat di kampung itu untuk menyaksikan sendiri keindahan seni warisan itu yang
masih lagi relevan dengan kehidupan masyarakat kini di samping menyedarkan anak-anak
mereka tentang erti disiplin dalam kehidupan mereka.
Percutian diakhiri dengan kenduri yang diadakan di rumah datuk. Saiful, Sani dan
ibunya; Mazni seronok merasai suasana masak memasak dengan orang kampung yang
saling bekerjasama menjayakan kenduri itu. Makan nasi ambang berlapikkan daun pisang
dan berlaukkan sayur, ikan masin, tempe, mihun goreng, ayam goreng dan serunding
memberikan pengalaman baru kepada mereka. Mereka berjanji akan pulang ke kampung
pada cuti yang akan datang.
3
3.0 Tema dan Persoalan
Buku rujukan
Internet Kawan-kawan
Rajah 1: Tema dan Persoalan
Keseronokan
bercuti di
kampung.
Ibu bapa yang kesunyian kerana
anak, menantu dan cucunya sudah
lama tidak menjengah mereka di
kampung.
Masyarakat kampung
yang masih
mempraktikkan amalan
gotong-royong dalam
kehidupan.
Menantu dan cucu yang pada
mulanya tidak selesa dengan
kehidupan desa akhirnya
seronok dengan pengalaman
baharu.
Sikap hormat-menghormati
mengukuhkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum.
Kegigihan berusaha akan
membangunkan taraf
sosioekonomi masyarakat.
Warisan seni
mempertahankan diri tetap
dipelihara dan diamalkan
masyarakat desa.
Kewajipan terhadap perintah
Allah tidak pernah diabaikan.
Penduduk kampung
yang memanfaatkan
hasil bumi.
4
3.1 Tema
Tema bagi cerpen “ Kampung Oh Kampung” ialah keseronokan bercuti di kampung .
Kisah bermula apabila dua orang adik-beradik pulang ke kampung ayahnya yang begitu
asing bagi mereka. Sani yang bersikap dingin dengan datuk dan neneknya serta tidak
selesa berada di kampung, akhirnya seronok dengan pelbagai pengalaman baru ketika
menghabiskan cuti selama dua bulan di kampung itu. Saiful pula sememangnya tidak
sabar-sabar berjumpa datuk dan nenek telah memanfaatkan cuti tersebut dengan
merasai cara hidup masyarakat kampung yang disifatkan sebagai masyarakat yang
gigih, kreatif dan penuh daya saing.
3.2 Persoalan
Persoalan pertama yang dikemukakan kepada pembaca ialah ibu bapa yang
kesunyian kerana anak, menantu dan cucunya sudah lama tidak menjengah mereka di
kampung. Contohnya; “Mengikut suratnya, memanglah hari ini. Tidak sabar rasanya
hendak bertemu mereka terutama dua orang cucu lelaki Pak Jusuh, Sani dan Saiful.”
(m/s 4). Contoh yang lain; …nenek terbayang akan wajah anak dan cucunya.
Kerinduannya tidak dapat dibendung lagi. (m/s 5).
Kedua, penduduk kampung yang menunaikan kewajipan terhadap perintah Allah
tidak pernah diabaikan. Contoh; …kedinginan pagi dirasai oleh penghuni desa terpencil
di kaki Banjaran Titiwangsa ini. Namun kewajipan terhadap Tuhan tidak pernah
diabaikan. Dalam kedinginan pagi itu, surau kecil di tengah kampung penuh dengan
jemaah. (m/s 1).
Ketiga, masyarakat kampung masih mempraktikkan amalan gotong-royong
dalam kehidupan. Contohnya; Beberapa orang jiran dan saudara-mara terdekat datang
membantu nenek. (m/s 73).
Seterusnya, sikap hormat-menghormati dapat mengukuhkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum . Contoh ayat; Encik Raju mengucapkan terima kasih
kepada Pak Jusuh sekeluarga kerana memenuhi jemputan perkahwinan anaknya itu.
(m/s 62).
Selain itu, warisan seni mempertahankan diri tetap dipelihara dan
diamalkan oleh masyarakat desa yang dipelopori Tok Hitam. Contohnya; Malam itu ada
5
beberapa pesilat yang pernah belajar dengan Tok Hitam menunjukkan kebolehan
masing-masing. Pesilat-pesilat yang beradu dengan lawan masing-masing nampak
bersemangat. (m/s 67).
Seterusnya, sikap menantu dan cucu yang pada mulanya tidak selesa dengan
kehidupan desa akhirnya seronok dengan pengalaman baharu. Contoh ayat; Beberapa
hari lagi mereka akan kembali ke bandar. Sani dan Saiful masih belum puas. Sani mula
dapat menerima kenyataan bahawa kampung bukan satu tempat yang membosankan.
(m/s 73).
Selain itu, sikap penduduk kampung yang memanfaatkan hasil bumi dapat
menjimatkan perbelanjaan harian dan mengelakkan pembaziran. Contoh; Inilah antara
kelebihan hidup di desa. Di sekeliling kita banyak hasil bumi boleh dimanfaatkan. Tidak
perlu mengeluarkan belanja. (m/s 31).
6
4.0 Watak dan Perwatakan
4.1 Watak Utama
Rajah 2: Watak Utama dalam “ Kampung Oh Kampung”
Adik-
beradik
Hidup di
bandar
Anak
kepada
Azman dan
Mazni
abang
Selesa
dengan
kehidupan
kampung
Sayang dan
rapat dengan
datuk dan
nenek.
adik
Lebih
selesa
tinggal di
bandar.
Menjauhkan
diri daripada
datuk dan
nenek.
7
Cerpen “Kampung Oh Kampung” mempunyai dua watak utama yang menghidupkan
cerita ini iaitu Sani dan Saiful yang merupakan dua orang adik-beradik yang berlainan sikap dan
pandangan berkaitan kampung. Mereka yang tinggal di bandar merupakan anak kepada Azman
dan Mazni. Sani merupakan abang kepada Saiful.
Perwatakan Sani dalam cerpen ini digambarkan sebagai seorang budak yang tidak
selesa dengan kehidupan di kampung. Ini dapat dilihat dalam ayat; “…Yalah, papa. Sani pun
rasa tidak seronok pulang ke kampung ini.” (m/s 6). Selain itu, sikapnya yang menjauhkan diri
daripada datuk dan nenek dapat digambarkan dalam ayat; “Dia juga tidak mempedulikan datuk
dan neneknya.” (m/s 10).
Perwatakan Saiful pula begitu berbeza dengan Sani. Digambarkan sebagai seorang
budak yang sangat seronok dengan kehidupan di kampung. Contohnya; “ Saiful pula sebaliknya.
Dia gembira pulang ke kampung.” (m/s 13). Selain itu, Saiful juga sangat rapat dan sayang
akan datuk dan neneknya. Contohnya; “Saiful terus meluru mendapatkan datuk dan neneknya.”
(m/s 9).
Secara dasarnya dapatlah disimpulkan bahawa Sani dan Saiful telah menjadi watak
utama dalam menghidupkan cerita ini. Bermula dengan Sani yang tidak seronok dengan
kehidupan kampung akhirnya akur apabila mula merasai keindahan desa, rakan-rakan sebaya
yang begitu mesra, masyarakat yang sentiasa hormat-menghormati dan aktiviti harian yang
begitu mengujakan berbanding dengan kehidupan bandar yang hanya bertemankan komputer
dan permainan video semata. Saiful pula sebagai seorang yang positif dan dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung telah berjaya menarik perhatian Sani untuk
menerima segala kekurangan tinggal di kampung seadanya. Akhirnya, percutian mereka
menjadi percutian yang paling indah dalam perjalanan hidup mereka sebagai kanak-kanak.
8
4.2 Watak Sampingan
Rajah 3: Watak Sampingan
Sambungan…
WATAK
SAMPINGAN
Pak Jusuh
-ay ah Azman
-suami Mak Milah
-datuk kepada Sani dan Saif ul
- bapa mentua kepada Mazni
Gigih
"...Dengan hasil kebun dan ayam itik inilah datuk membesarkan dan memberikan
pendidikan kepadanya sehingga berjaya." (m/s 20).
Taat perintah
Allah
Sesudah solat Zuhur, datukmengajak keluarganya menghadiri jemputan
Encik Raju. (m/57).
Mak Milah
-ibu Azman
-isteri Pak Jusuh
-nenek kepada Sani dan saif ul
- ibu mentua kepada Mazni
Peny ay ang " Saiful lemas dalam pelukan neneknya." (m/s 10)
Jamal
-pemuda kampung
Suka membantu
Walaupun buruk, kereta Jamal banyakberjasa kepada penduduk kampung.
(m/s 3)
Mazni
-isteri Azman
-menantu Pak Jusuh dan Mak
Milah
- ibu Sani dan Saif ul
-orang bandar
Cerewet
" Berapa lama kita hendak tinggal di kampung kali ini, abang? Saya sudah
mula rasa tidak selesa". (m/s 6)
Azman
-anak Pak Jusuh dan mak Milah
-suami Mazni
-ay ah Sani dan Saif ul
-berpendidikan tinggi
Peny ay ang
Azman rasa terharu dan gembira. Kerinduan kepada ayah dan ibu serta
kampung terubat jua. (m/s 8)
Tabah Kesusahan dan kepayahan hidup mengajar dirinya untuk berusaha (m/s 27) .
9
Rajah 4: Watak Sampingan
WATAK
SAMPINGAN
Pak Long Hasan
-bapa saudara ayah Azman
-adik beradik Pak Jusuh
Meraikan
tetamu
...Pak Long Hasan menghidangkan bubur lambuk kepada mereka. (m/s 43)
Ustaz Jaafar
- imam kampung
- orang y ang paling tua di
kampung
- guru mengaji Azman
Teliti Jika ada kesalahan, Ustaz Jaafar menegur dari jauh.(m/s 44)
Anak murid
Uztaz Jaafar
Bantu-
membantu
...murid yang pandai membantu murid yang lemah (m/s 44)
Memuliakan guru
...sebelum pulang, mereka bersalaman sesama mereka dan mencium tangan Ustaz
Jaafar (m/s 45)
Abang Karim
-sahabat karib Azman
-lepasan universitidalam
jurusan pertanian moden
-menetap di kampung
-bekerja sendirisebagai
petani moden
Gigih
Selain dusun, kebun say ur dan ternakan ikan kolam, abang Karim juga membuka sebuah kedai
runcit di kampungny a. (m/s 46)
Murah Hati ...sebahagianny a lagi akan disedekahkan kepada golongan miskin. (m/s 48)
Encik Raju
- pengurus estet
Berbudi
bahasa
Encik Raju meny ambut kedatangan datuk dan keluargany a. (m/s 59)
Peramah Keluarga Encik Raju semuany a peramah. (m/s 60)
Ramesh
- anak Encik Raju
Peramah "Hai, saya Ramesh, anak Encik Raju!." (m/s 60)
10
5.0 Plot
Rajah 5.0 Plot Novel “Kampung Oh Kampung”.
PERMULAAN
Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman baharu percutian di
desa yang dirasai oleh dua orang adik-beradik di kampung
ayahnya. Bermula dengan episod penantian kedua orang tua
Azman ; Pak Jusuh dan Mak Milah yang menantikan kepulangan
anak tunggal mereka setelah lama tidak pulang ke kampung
kerana tuntutan kerja di luar negara. Kesempatan bercuti selama
dua bulan sebelum berkhidmat di Kuala Lumpur telah digunakan
sebaiknya untuk menziarahi orang tuanya dan mengeratkan
kembali hubungan anak-anaknya ; Sani dan Saiful dengan datuk
dan nenek mereka. Selain itu, dia juga ingin anak-anaknya
merasai pelbagai pangalaman pahitmanis tinggal di kampung.
PERKEMBANGAN
Cerita berkembang dengan sikap dingin isteri Azman;
Mazni terhadap kedua mentuanya termasuk anaknya
Sani yang kurang selesa dengan kehidupan desa.
Walau bagaimanapun, percutian mereka bertambah
seronok apabila dapat merasai sendiri pengalaman
sebenar tinggal di kampung. Aktiviti menjerat wak-
wak, meredah bendang, menyerkap ikan, memasang
pukat dan membuang lintah di kaki telah
menzahirkan kenangan manis di dalam sanubari
mereka. Merasai makanan kampung hasil titik peluh
sendiri juga amatmengujakan mereka.
KLIMAKS
Cerita terus memuncak dengan perkenalan Sani dan Saiful dengan sahabat
baharu dan masyarakatkampung yang peramah dan suka membantu
membuatkan mereka berasa diterima dan disenangi oleh semua orang.
Perkenalan dengan abang Karim seorang petani moden dan UstazJaafar;guru
mengaji di kampung itu telah menyedarkan mereka akan erti kegigihan yang
sebenar. Keseronokan mereka bertambah apabila sempatmerasai sendiri
budaya perkahwinan masyarakat India di estet berhampiran dengan kampung
mereka.Perkenalan dengan Encik Raju;pengurus estet dan Ramesh ;
anaknya telah memberikan gambaran sebenar tentang amalan masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
Pada akhir percutian,Azman sempatmembawa keluarganya ke gelanggang
silatTok Hitam;guru silatdi kampung itu untuk menyaksikan sendiri keindahan
seni warisan itu yang masih lagi relevan dengan kehidupan masyarakatkini di
samping menyedarkan anak-anak mereka tentang erti disiplin dalam kehidupan
mereka.
PELERAIAN
Percutian diakhiri dengan kenduri yang diadakan
di rumah datuk.Saiful, Sani dan ibunya; Mazni
seronok merasai suasana masak memasak
dengan orang kampung yang saling bekerjasama
menjayakan kenduri itu. Makan nasi ambang
berlapikkan daun pisang dan berlaukkan sayur,
ikan masin,tempe,mihun goreng,ayam goreng
dan serunding memberikan pengalaman baru
kepada mereka. Mereka berjanji akan pulang ke
kampung pada cuti yang akan datang. Apa yang
jelas,kasih-sayang antara Azman, isteri dan anak-
anaknya terhadap Pak Jusuh dan Mak Milah
akhirnya bertambah erat. Mereka bersyukur
kepada Allah kerana memberikan sinar baharu
dalam hubungan kekeluargaan ini.
11
6.0 Latar
LATAR
MASA
Subuh
-Dalam kedinginan pagi itu,
surau kecil di tengah
kampung penuh dengan
jemaah.(m/s 1)
Petang
-Petang itu, ramai saudara-
mara datang berkunjung.
(m/s 14)
Malam
- Selepas makan malam,
semua ahli keluarga
berkumpul ndi bahagian
tengah rumah. (m/s 14)
TEMPAT
Surau
-Dalam kedinginan pagi itu, surau
kecil di tengah kampung penuh
dengan jemaah. (m/s 1)
Bendang
-Mereka semua berjalan meredah
bendang yang sudah lama tidak
diusahakan. (m/s 21)
Rumah Pak Long Hasan
- Rumah pertama yang dikunjungi
mereka ialah rumah Pak Long
Hasan. (m/s 43)
Rumah Ustaz Jaafar
- Dari rumah Pak Long Hasan,
mereka singgah di rumah Ustaz
Jaafar.(m/s 43)
Estet
-"Ayah jarang-jarang ke estet di
kampung kita.."(m/s52)
Gelanggang silat
Setibanya di gelanggang silat, ramai
anak-anak muda berada di sana.
(m/s67)
MASYARAKAT
Berpegang teguh dengan ajaran agama
-Kedinginan pagi dirasai oleh penghuni
desa terpencil ini.Namun,kewajipan
kepada Tuhan tidak pernah diabaikan.
(m/s 1)
Bergantung hidup dengan hasil bumi
-"Inilah antara kelebihan hidup di desa.Di
sekeliling kita banyak hasil bumi yang
boleh dimanfaatkan".(m/s 31)
Perkampungan masyarakat India (estet)
"Di sana nanti,Sani dan Saiful bolehlah
melihatadatperkahwinan masyarakat
India". (m/s 53)
Masyarakat kampung yang
tolong-menolong
"...sikap tolong-menolong tidak pernah
lenyap di desa ini." (m/s76)
Rajah 6.0 : Latar
12
7.0 Gaya Bahasa
Rajah 7.0: Gaya Bahasa dalam novel Kampung Oh Kampung.
GAYA
BAHASA
PERIBAHASA
...namun ini tempat tumpah darahnya. Sejauh mana bangau terbang, akhirnya
pulang juga ke belakang kerbau. (m/s 7)
Sani sedar, penerimaan kawan-kawannya itu bukan kerana erti persahabatan
atau menghormatinya, tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu. (m/s45).
Sani tengok, setiap orang yang datang ada saja buah tangan yang dibawa.
(m/s 78)
REPITISI
Sesekali kedengaran bunyi motosikal melintasi jalan di hadapan rumah. Bunyi
cengkerik nyaring di belakang rumah. (m/s 16)
Ada yang bersampan dan ada yang mengharungi air untuk
memasang pukat. (m/s 36)
SINKOPE
"Selama ini, tak pernah mereka melihat cendawan busut." (m/s 27)
"Sani dan Saiful gembira tak?" ?(m/s 74)
PERSONIFIKASI
Setelah menemui tempat yang sesuai, datuk mula melabuhkan pukatnya.
(m/s 36)
Malam itu, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut tubuh mereka. (m/s
51)
KATA GANDA
"Masa ayah kecil-kecil dahulu, ayah pernah belajar silat."
(m/s 68)
...sedang beradu di tengah-tengah bendang. (m/s 27) .
13
8.0 Nilai
9.0 Nilai dalan novel “Kampung Oh Kampung”.
NILAI
KEGIGIHAN
Pak Jusuh seorang yang gigih bekerja untuk membesarkan anaknya.
"...Dengan hasil kebun dan ayam itik inilah datuk membesarkan dan
memberikan pendidikan kepadanya sehingga berjaya." (m/s 20).
MURAH HATI
Abang Karim yang mengusahakan pertanian moden di kampung itu selalu
bermurah hati menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
...sebahagiannya lagi akan disedekahkan kepada golongan miskin. (m/s 48)
KETABAHAN
Azman yang hidup dalam serba kekurangan pada zaman kanak-kanak tetap terus
berusaha untuk berjaya dalam hidup.
Kesusahan dan kepayahan hidup mengajar dirinya untuk berusaha. (m/s 27)
BANTU- MEMBANTU
Anak murid Ustaz Jaafar telah pandai mengaji akan membantu pelajar baru yang
masih lemah.
...murid yang pandai membantu murid yang lemah . (m/s 44)
HORMAT-
MENGHORMATI
Anak murid Ustaz Jaafar akan bersalaman sesama meraka dan guru mereka
sebelum pulang ke rumah.
...sebelum pulang, mereka bersalaman sesama mereka dan mencium tangan
Ustaz Jaafar (m/s 45)
BERBUDI BAHASA
Kedudukan Encik Raju sebagai pengurus estet tidak menghalang beliau untuk
melayan tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinan anaknya.
Encik Raju menyambut kedatangan datuk dan keluarganya dengan gembira. (m/s 59)
14
10.0 Puisi Tradisional
Pohon nyiur melambai-lambai,
Dibadai bayu sejuk terasa;
Kampung Oh Kampung buku ku gapai,
Ku kaji ku dalami ke akar umbinya.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi lalang dari padi;
Anak ke mana cucu ke mana,
Rindu hati tak terbendung lagi.
Bintang indah sinar berseri,
Burung pungguk melayan pilu;
Tiga tahun lelah menanti,
Putera kembali pengubat rindu.
Dilipat-lipat kain pelikat,
Disusun kemas di dalam bakul;
Pak Jusuh Mak Milah doa diangkat,
Anak menantu dipeluk dirangkul.
Pohon lada di tepi titi,
Tempat rehat bersantai riang;
Saiful dan Sani cucu dinanti,
Hilang rindu bertaut sayang.
Buah nangka di tepi kolam,
Masak gulai juadah berbuka;
Saiful teruja Sani terdiam,
Azman gembira Mazni mencuka.
Ayam hutan dibuat lauk,
Diberi makan teruna dara;
Malam pertama di kampung datuk,
Nyamuk cengkerik berlagu setia.
Terbang merbah tuju ke sarang,
Sarang di atas pohon delima;
Jerat wak-wak di hujung bendang,
Keli haruan santap bersama.
15
Pohon mangga berdaun redup,
Buahnya gugur di tepi sawah;
Gigih dan sabar pedoman hidup,
Rezeki dijunjung melimpah ruah.
Buah kelapa dalam semak,
Mari dikutip oleh Pak Acu;
Cendawan busut masak lemak,
Pembuka selera anak dan cucu.
Sawah bendang keruh airnya,
Pasang pukat rapat-rapat;
Anak-beranak juadah tersedia,
Makan bersama kasih dipererat.
Tangkap sekawan ikan gelama,
Beli seekor ikan tenggiri;
Ustaz Jaafar pembela agama,
Anak desa diasuh diajari.
Meredah lembah mencari rusa,
Sembah hadiah Putera Bentan;
Azman sekeluarga untung terasa,
Undangan diterima pererat perpaduan.
Ibu berjalan di atas titi,
Sentiasa ingat akan bahaya;
Karim berbakti seikhlas hati,
Ekonomi dijana masyarakat berjaya.
Bawa lada dari seberang,
Puncak gunung diselaputi awan;
Tok Hitam buka gelanggang,
Pesilat beradu dengan lawan.
Pohon kepayang di pinggir desa,
Daunnya gugur di tengah laman;
Tegak budaya warisan bangsa,
Jadi amalan zaman berzaman.
Kampung Jawa tanah pinggiran,
Buah bacang penuh sebakul;
Kenduri dirai tanda kesyukuran,
Doa dititip mohon dimakbul.
16
Pasang api sumbu pelita,
Dentam dentum guruh berbunyi;
Anak dan cucu pulang ke kota,
Ayah dan ibu kembali sunyi.
Tebang kepayang tepi telaga,
Daunnya lebar berulat bulu;
Kalaulah sayang satu keluarga,
Bahagia dirasa aman selalu.
17
11.0 Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Merdeka
Bilangan Murid : 20 orang
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Kampung Oh Kampung
Tarikh : 10 Ogos 2015
Masa : 8.10-9.10 pagi
Standard kandungan : 2.6 ,3.3
Standard Pembelajaran : 2.6.2
Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera
untuk mengenal pasti nilai murni.
3.3.3
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan
yang bertumpu dan bercapah dengan betul.
Objektif: 1. Membaca dan memahami pantun untuk mengenal pasti lima
nilai murni.
2. Membina dan menulis lima jawapan pemahaman dengan
lengkap dan tepat berdasarkan teks pantun.
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai murni : Kesyukuran, kasih-sayang, hormat-menghormati
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Mengenal pasti
18
Kecerdasan Pelbagai: Muzik , Kinestetik
Pembelajaran kontekstual: Mengaitkan pengalaman sedia ada murid
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melafazkan pantun sebelum ini.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa:
Morfologi : Kata adjektif
Kosa-kata: bendang, burung wak-wak, cendawan busut
Bspp:
VCD lagu “Balik Kampung”
Pantun “Kampung Oh Kampung”
Lembaran kerja peta i-think
Lembaran kerja pemahaman
Kad Imbasan nilai murni
Komputer riba
Audio- pantun
19
Masa Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Video lagu;
Balik Kampung
Soalan:
 Apa yang kamu lihat
dalam video?
 Bagaimanakah
perasaan kamu ketika
pulang ke kampung?
1. Murid menonton tayangan video
lagu ‘Balik Kampung’
2. Murid bersoal-jawab dengan guru
perihal video.
3. Murid mengaitkan video dengan
tajuk pelajaran hari ini.
Teknik;
Soal-jawab
Nilai:
Kerjasama
KP: Muzik
BSPP:
Video lagu
‘Balik
Kampung’
Langkah 1
(10 minit)
-Melafazkan 20 rangkap
pantun .
-Aktiviti berkumpulan
( 1 kump= 4 orang)
1. Murid mendengar audio cara
melafazkan pantun yang betul.
2. Murid melafazkan pantun
berpandukan audio dengan suara
yang jelas dan intonasi yang
sesuai.
3. Murid cuba melafazkan pantun
dalam kumpulan kecil.
4. Murid melafazkan pantun di
hadapan kelas secara
berkumpulan.
5. Guru memberi ulasan berkaitan
kekuatan dan kelemahan
kumpulan masing-masing.
6. Kumpulan terbaik mendapat
Teknik:
-latih tubi
Bspp:
Rakaman
audio
EMK: TMK
TKP:
Verbal
Linguistik
20
ganjaran.
Langkah 2
(15 minit)
- Memahami maksud
pantun.
- Aktiviti berkumpulan
- Menjawab soalan
pemahaman
- Pembentangan
1. Guru membahagikan murid
kepada lima kumpulan kecil
berserta empat rangkap pantun.
2. Murid membincangkan maksud
pantun dengan bimbingan guru.
3. Murid ke hadapan kelas untuk
membentangkan hasil
perbincangan.
4. Murid mendengar komen guru
berkaitan hasil pembentangan
kumpulan masing-masing.
5. Murid menjawab lima soalan
pemahaman berpandukan maksud
pantun.
6. Murid membincangkan jawapan
bersama guru dan membuat
pembetulan bagi jawapan yang
salah.
KBT:
Kemahiran
berfikir
-menjana idea
Nilai:
Kerjasama
Bspp:
Lembaran
maksud
pantun &
soalan
pemahaman
Kemahiran
berfikir:
Menyatakan
sebab dan
akibat
Langkah 3
(10 minit)
- Menyatakan nilai murni
dalam pantun.
- Kaitan nilai murni dalam
kehidupan.
1. Murid diminta menyatakan nilai
murni yang terdapat dalam pantun
berpandukan beberapa kad
imbasan nilai murni di papan tulis.
2. Murid memilih kad imbasan nilai
murni yang berkaitan dengan
pantun.
3. Murid menyatakan kaitan nilai
murni yang dipilih dengan pantun.
4. Murid lain mengaitkan nilai murni
TKP:
-Verbal
Linguistik
- Kinestetik
Kemahiran
Berfikir:
21
dengan kehidupan harian mereka.
Mengenal pasti
Bspp:
Kad imbasan
nilai murni
Langkah 4
(10 minit)
Pentaksiran
Kump.A:
Lembaran peta i-think
aktiviti harian penduduk
kampung
Kump. B:
Lembaran peta i-think
watak dalam pantun.
Kump.C:
Lembaran peta i-think
nilai murni
1. Murid dengar penerangan guru
berkaitan latihan yang diberikan.
2. Murid melengkapkan lembaran
aktiviti peta i-think mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan
oleh guru.
3. Murid membincangkan jawapan
bersama guru.
4. Murid buat pembetulan bagi
jawapan yang tidak tepat .
KB:
Mengenal pasti
BSPP:
Lembaran
kerja
22
Penutup
(5 minit)
1. Nyanyian lagu “Balik
Kampung”.
2. Kesimpulan isi
pelajaran.
1. Murid menyanyikan lagu “Balik
Kampung”
2. Murid bersoal-jawab dengan guru
berkaitan isi pelajaran hari ini.
Teknik:
Soal-jawab
TKP:
Muzik
EMK: TMK
23
KumpulanA:Lengkapkanpetabulatandi bawahdengan aktiviti harianpendudukkampungberpandukanpantun.
Aktiviti
Harian
Penduduk
Kampung
24
KumpulanB: Tuliskanwatak-watakyangterdapatdalampantun.
Watak
25
KumpulanC: Tuliskannilai-nilai murni yangterdapatdalampantun.
nilai
murni
26
Jawabsoalanpemahamandi bawah denganlengkap.
1. Siapakah yang sudah lama tidak pulang ke kampung?
______________________________________________________________________
2. Bagaimanakah perasaan ibu dan ayah Azman ketika mereka sampai di kampung?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Sani dan Saiful di kampung?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Pada pendapat kamu, mengapakah Abang Karim bersikap rendah diri walaupun telah
bergelar petani moden?
______________________________________________________________________
____________________________________________________________________
5. Tuliskan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun.
a.___________________________________________
b.___________________________________________
27
Aktiviti kumpulan.
Tuliskanmaksudpantunyangditugaskanuntukkumpulankamudengantepat.Bincangkanbersamaahli kumpulandanbentangkan.
MAKSUD PANTUN
RANGKAP
_
RANGKAP
_
RANGKAP
_
RANGKAP
_
28
12.0 Refleksi
Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mula diperkenal pada 1957 dengan matlamat
untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian,
kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan
bangga dan cinta akan tanah air . Budaya kebangsaan ini berperanan membina
insaniah dalam kehidupan manusia. Begitu juga kaitannya dengan unsur
kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri.
Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad (1991)
menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan
sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui
sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk
melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat
mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka
(http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat-
1malaysia/). Berdasarkan pernyataan tersebut, dapatlah kita membuat kesimpulan
awal tentang peranan kesusasteraan dalam diri murid iaitu dapat memperbaiki
kehidupan mereka dari aspek kerohanian dan spiritual. Generasi yang mampu menilai
baik dan buruk sesuatu perkara dan berimaginasi untuk menghasilkan sesuatu yang
terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan bagi hasil yang lebih sempurna.
Selain itu, dalam sastera ada ilmunya yang tersendiri bergantung kepada
penulis. Sebagai pembaca, penghayatan dan minat terhadap karya sastera seperti
novel atau puisi tradisional seperti pantun sedikit sebanyak akan mempengaruhi
pandangan , tindakan dan sikap kita terhadap situasi, rakan sebaya, kehidupan dan
sebagainya. Apa yang jelas, kesemua faktor tersebut adalah ‘digali’ daripada
kelebihan sastera itu sendiri. Maka amat jelas kepada kita mengapa unsur-unsur
sastera itu memberi makna besar dalam diri murid yang tidak mampu diajari secara
langsung oleh guru atau ibu bapa melainkan datang dengan sendirinya setelah
berjaya menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pengarang.
Penguasaan yang berbeza setiap murid memungkinkan pelbagai skema
pemikiran yang dipengaruhi oleh nilai yang ingin diketengahkan oleh penulis sesuatu
karya sastera. Sebagai contoh, pemilihan novel “Kampung Oh Kampung” sarat
29
dengan nilai kekeluargaan dan kemasyarakat yang amat ketara. Penyerapan nilai
dapat dirasai dengan plot cerita yang telah berjaya membawa murid ‘pulang ke
kampung’ masing-masing dan menemui datuk dan nenek mereka walaupun dengan
hanya mengkaji isi pantun sahaja.
Menurut Borneo Post Online (2011), Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang,
mencatatkan bahawa sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara
meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa,
keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran
tentang mesej dan keindahan. Laras bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa
harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama
yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera. Perkaitan
tersebut telah mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu murid seperti
penggunaan kata yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.
Nisah Haron (2006) menyatakan bahawa sebuah karya sastera yang
mewakili bangsa dan negaranya akan memberikan beberapa perkara, antaranya jati
diri, patriotisme dan rasa syukur. Ternyata ketiga-tiga komponen ini dilihat sebagai
asas kepada pembentukan jati diri masyarakat Malaysia khususnya para pelajar yang
kukuh dan mantap dari segi pemupukan agenda kebangsaan terutamanya dalam
komponen karya sastera itu sendiri.
Kesimpulannya, karya sastera dalam kehidupan murid mampu menyumbang ke
arah pembentukan jati diri yang unggul. Apa yang pasti, komitmen guru sebagai
wadah ilmu amat diperlukan dalam menzahirkan matlamat sebenar ilmu
kesusasteraan ini agar terus digunakan sebagai alat menjana kematangan berfikir
dan diadaptasikan melalui sikap dan perlakuan.
30
Rujukan
Nik Amirul Mu’min. (2007).Kampung Oh Kampung. Selangor: Penerbit Didikmas.
Dr.Khairuddin Mohamad, Dr. Wan Zaliha Wan Othman & Amanah Mohd. Noor (2015). Genre
Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu.Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Zurinah Hassan. (2012). Puisi Melayu Tradisional : pantun, syair, gurindam, nazam, seloka.
Ampang, Selangor : Pekan Ilmu Publications.
Amat Juhari Moain.(2008). Pemilihan Kata dalam Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Zaleha M. Hashim.(2013). Siri Penghayatan Puisi Tradisional Kenali Puisi Tradisional Kita.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kepentingan sastera dalam masyarakat 1 Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2015 daripada
http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat-1malaysia/ .
Nisah Haron(2006).Kepentingan Sastera dalam Kehidupan. Dicapai pada 29 Julai 2015
daripada http://annyss.blogspot.com/2006/12/kepentingan-sastera-dalam-kehidupan.html.

More Related Content

What's hot

Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)zainiaman
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuQHAIRUL AZIEZIE
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Nor Hasnira
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Amir Zul
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Nicholas Lidang Mud
 
34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlangCaroll Lynn
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
SCES3033 Kejadian Ekuinoks & Solstis
SCES3033 Kejadian Ekuinoks & SolstisSCES3033 Kejadian Ekuinoks & Solstis
SCES3033 Kejadian Ekuinoks & Solstisrosedainty
 

What's hot (20)

Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)
 
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPMSEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
SEJARAH ISLAM BAB 2 STPM
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
 
Pemarkahan rumusan
Pemarkahan rumusanPemarkahan rumusan
Pemarkahan rumusan
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMIESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
Soalan Bahasa Melayu Kertas 1
 
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
Proses Penerbitan Ayat (sintaksis)
 
34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
SCES3033 Kejadian Ekuinoks & Solstis
SCES3033 Kejadian Ekuinoks & SolstisSCES3033 Kejadian Ekuinoks & Solstis
SCES3033 Kejadian Ekuinoks & Solstis
 

Viewers also liked

Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssrSoalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssrLaila Wati Johari
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan bMari Govin
 
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013PPKI SMK SEKSYEN 19
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatanJeglin Siva
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluargaNarol Idris
 
LEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHASLEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHASTini Aziz
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg bKamarudin Jaafar
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016guru
 
Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2PAKLONG CIKGU
 
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-228181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2Ghanthymathy Palaniandy
 
Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2
Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2
Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2Santhila's Creation
 
Tajuk karangan bm y5 2015
Tajuk karangan bm y5 2015Tajuk karangan bm y5 2015
Tajuk karangan bm y5 2015tiu04
 

Viewers also liked (19)

Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssrSoalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
Soalan ujian bm kali pertama tahun 2 kssr
 
soalan ujian BM THN 2 KSSR
soalan ujian BM THN 2 KSSRsoalan ujian BM THN 2 KSSR
soalan ujian BM THN 2 KSSR
 
Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan b
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatan
 
Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
Karangan 2014
Karangan 2014Karangan 2014
Karangan 2014
 
20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga20 karangan 10 ayat tema keluarga
20 karangan 10 ayat tema keluarga
 
LEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHASLEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHAS
LEMBARAN KERJA MATEMATIK PEMULIHAN KHAS
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
 
Perkataan kvk
 Perkataan kvk  Perkataan kvk
Perkataan kvk
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016
 
Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2Soalan B.Melayu-Tahun 2
Soalan B.Melayu-Tahun 2
 
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-228181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
 
Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2
Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2
Kertas peperiksaan kssr bm pemahaman tahun 2
 
Tajuk karangan bm y5 2015
Tajuk karangan bm y5 2015Tajuk karangan bm y5 2015
Tajuk karangan bm y5 2015
 

Similar to Kupasan buku "Kampung Oh kampung"

ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNGANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNGPotpotya Fitri
 
CAPA RENGAT
CAPA RENGATCAPA RENGAT
CAPA RENGATfazrul
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunSheila Baskaran
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiMomee Rain
 
Makalah ilmu sosial budaya dasar
Makalah  ilmu sosial budaya dasarMakalah  ilmu sosial budaya dasar
Makalah ilmu sosial budaya dasarLaely H
 
Cerpen warkah daripada ibu
Cerpen warkah daripada ibuCerpen warkah daripada ibu
Cerpen warkah daripada iburezaharlina
 
karya sastra minangkabau
karya sastra minangkabaukarya sastra minangkabau
karya sastra minangkabauOktari Aneliya
 
Yuk menulis...
Yuk menulis...Yuk menulis...
Yuk menulis...Arif
 
Orang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnes
Orang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnesOrang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnes
Orang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnesNia Mawardi
 
BUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docx
BUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docxBUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docx
BUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docxpemajuankebudayaande
 
LAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANG
LAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANGLAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANG
LAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANGNila Fauziah
 
Rumputeki online-edisi-mei-2010
Rumputeki online-edisi-mei-2010Rumputeki online-edisi-mei-2010
Rumputeki online-edisi-mei-2010rumputeki
 
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAKESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAZulkiffliKutty
 
Cerpen maaf kupinta t2
Cerpen   maaf kupinta t2Cerpen   maaf kupinta t2
Cerpen maaf kupinta t2Aini13
 
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1cikgurusdi
 

Similar to Kupasan buku "Kampung Oh kampung" (20)

ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNGANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
 
NOTA BM IB SL
NOTA BM IB SL NOTA BM IB SL
NOTA BM IB SL
 
Krakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustakaKrakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustaka
 
CAPA RENGAT
CAPA RENGATCAPA RENGAT
CAPA RENGAT
 
Cerpen capa rengat
Cerpen capa rengatCerpen capa rengat
Cerpen capa rengat
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantun
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
 
Makalah ilmu sosial budaya dasar
Makalah  ilmu sosial budaya dasarMakalah  ilmu sosial budaya dasar
Makalah ilmu sosial budaya dasar
 
Cerpen warkah daripada ibu
Cerpen warkah daripada ibuCerpen warkah daripada ibu
Cerpen warkah daripada ibu
 
Kata mereka Wais.docx
Kata mereka Wais.docxKata mereka Wais.docx
Kata mereka Wais.docx
 
Para Penanti
Para PenantiPara Penanti
Para Penanti
 
karya sastra minangkabau
karya sastra minangkabaukarya sastra minangkabau
karya sastra minangkabau
 
Yuk menulis...
Yuk menulis...Yuk menulis...
Yuk menulis...
 
Orang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnes
Orang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnesOrang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnes
Orang dayak dan peranakannya di tanah dayak, siti chusniyah, unnes
 
BUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docx
BUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docxBUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docx
BUKU PRANATA BANYU DESA DASUN - ANGGA HERMANSYAH.docx
 
LAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANG
LAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANGLAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANG
LAPORAN KELOMPOK UIN WALISONGO SEMARANG
 
Rumputeki online-edisi-mei-2010
Rumputeki online-edisi-mei-2010Rumputeki online-edisi-mei-2010
Rumputeki online-edisi-mei-2010
 
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARAKESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
KESUSASTERAAN TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
 
Cerpen maaf kupinta t2
Cerpen   maaf kupinta t2Cerpen   maaf kupinta t2
Cerpen maaf kupinta t2
 
Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1Pembentangan salina 1
Pembentangan salina 1
 

Recently uploaded

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 

Recently uploaded (20)

Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 

Kupasan buku "Kampung Oh kampung"

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Kurikulum Bahasa Melayu yang mencakupi teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah telah lama diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bermula dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hingga pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2011, banyak pembaharuan yang dipertingkatkan dan ditambah baik terutamanya dalam aspek pemupukan elemen sastera dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung di sekolah rendah. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Pada ketika ini, elemen sastera seperti pantun, syair dan sajak menjadi medium utama dalam menyemai nilai dan membina jati diri murid agar mencintai dan berbangga dengan khazanah negara yang tidak ternilai ini. Justeru, di peringkat sekolah rendah lagi, elemen sastera telah mula bertapak dan diharap menjadi pelopor kepada tokoh kesusasteraan negara pada masa hadapan. 2.0 Sinopsis Cerpen “Kampung Oh Kampung” karya Nik Amirul Mu’min telah diterbitkan pada 2007 oleh Penerbit Didikmas sebagai sebuah karya yang mudah difahami dan dekat dengan jiwa kanak-kanak. Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman baharu percutian di desa yang dirasai oleh dua orang adik-beradik di kampung ayahnya. Bermula dengan episod penantian kedua orang tua Azman ; Pak Jusuh dan Mak Milah yang menantikan kepulangan anak tunggal mereka setelah lama tidak pulang ke kampung kerana tuntutan
  • 2. 2 kerja di luar negara. Kesempatan bercuti selama dua bulan sebelum berkhidmat di Kuala Lumpur telah digunakan sebaiknya untuk menziarahi orang tuanya dan memperkenalkan anak-anaknya ; Sani dan Saiful kepada datuk dan nenek mereka. Selain itu, dia juga ingin anak-anaknya merasai pelbagai pangalaman pahit manis tinggal di kampung. Cerita diteruskan dengan sikap dingin isteri Azman; Mazni terhadap kedua mentuanya termasuk anaknya Sani yang kurang selesa dengan kehidupan desa. Walau bagaimanapun, percutian mereka bertambah seronok apabila dapat merasai sendiri pengalaman sebenar tinggal di kampung. Aktiviti menjerat wak-wak, meredah bendang, menyerkap ikan, memasang pukat dan membuang lintah di kaki telah menzahirkan kenangan manis di dalam sanubari mereka. Merasai makanan kampung hasil titik peluh sendiri juga amat mengujakan mereka. Cerita terus berkembang dengan perkenalan Sani dan Saiful dengan sahabat baharu dan masyarakat kampung yang peramah dan suka membantu membuatkan mereka berasa diterima dan disenangi oleh semua orang. Perkenalan dengan abang Karim seorang petani moden dan Ustaz Jaafar; guru mengaji di kampung itu telah menyedarkan mereka akan erti kegigihan yang sebenar. Keseronokan mereka bertambah apabila sempat merasai sendiri budaya perkahwinan masyarakat India di estet berhampiran dengan kampung mereka. Perkenalan dengan Encik Raju; pengurus estet dan Ramesh ; anaknya telah memberikan gambaran sebenar tentang amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Pada akhir percutian, Azman sempat membawa keluarganya ke gelanggang silat Tok Hitam; guru silat di kampung itu untuk menyaksikan sendiri keindahan seni warisan itu yang masih lagi relevan dengan kehidupan masyarakat kini di samping menyedarkan anak-anak mereka tentang erti disiplin dalam kehidupan mereka. Percutian diakhiri dengan kenduri yang diadakan di rumah datuk. Saiful, Sani dan ibunya; Mazni seronok merasai suasana masak memasak dengan orang kampung yang saling bekerjasama menjayakan kenduri itu. Makan nasi ambang berlapikkan daun pisang dan berlaukkan sayur, ikan masin, tempe, mihun goreng, ayam goreng dan serunding memberikan pengalaman baru kepada mereka. Mereka berjanji akan pulang ke kampung pada cuti yang akan datang.
  • 3. 3 3.0 Tema dan Persoalan Buku rujukan Internet Kawan-kawan Rajah 1: Tema dan Persoalan Keseronokan bercuti di kampung. Ibu bapa yang kesunyian kerana anak, menantu dan cucunya sudah lama tidak menjengah mereka di kampung. Masyarakat kampung yang masih mempraktikkan amalan gotong-royong dalam kehidupan. Menantu dan cucu yang pada mulanya tidak selesa dengan kehidupan desa akhirnya seronok dengan pengalaman baharu. Sikap hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum. Kegigihan berusaha akan membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat. Warisan seni mempertahankan diri tetap dipelihara dan diamalkan masyarakat desa. Kewajipan terhadap perintah Allah tidak pernah diabaikan. Penduduk kampung yang memanfaatkan hasil bumi.
  • 4. 4 3.1 Tema Tema bagi cerpen “ Kampung Oh Kampung” ialah keseronokan bercuti di kampung . Kisah bermula apabila dua orang adik-beradik pulang ke kampung ayahnya yang begitu asing bagi mereka. Sani yang bersikap dingin dengan datuk dan neneknya serta tidak selesa berada di kampung, akhirnya seronok dengan pelbagai pengalaman baru ketika menghabiskan cuti selama dua bulan di kampung itu. Saiful pula sememangnya tidak sabar-sabar berjumpa datuk dan nenek telah memanfaatkan cuti tersebut dengan merasai cara hidup masyarakat kampung yang disifatkan sebagai masyarakat yang gigih, kreatif dan penuh daya saing. 3.2 Persoalan Persoalan pertama yang dikemukakan kepada pembaca ialah ibu bapa yang kesunyian kerana anak, menantu dan cucunya sudah lama tidak menjengah mereka di kampung. Contohnya; “Mengikut suratnya, memanglah hari ini. Tidak sabar rasanya hendak bertemu mereka terutama dua orang cucu lelaki Pak Jusuh, Sani dan Saiful.” (m/s 4). Contoh yang lain; …nenek terbayang akan wajah anak dan cucunya. Kerinduannya tidak dapat dibendung lagi. (m/s 5). Kedua, penduduk kampung yang menunaikan kewajipan terhadap perintah Allah tidak pernah diabaikan. Contoh; …kedinginan pagi dirasai oleh penghuni desa terpencil di kaki Banjaran Titiwangsa ini. Namun kewajipan terhadap Tuhan tidak pernah diabaikan. Dalam kedinginan pagi itu, surau kecil di tengah kampung penuh dengan jemaah. (m/s 1). Ketiga, masyarakat kampung masih mempraktikkan amalan gotong-royong dalam kehidupan. Contohnya; Beberapa orang jiran dan saudara-mara terdekat datang membantu nenek. (m/s 73). Seterusnya, sikap hormat-menghormati dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum . Contoh ayat; Encik Raju mengucapkan terima kasih kepada Pak Jusuh sekeluarga kerana memenuhi jemputan perkahwinan anaknya itu. (m/s 62). Selain itu, warisan seni mempertahankan diri tetap dipelihara dan diamalkan oleh masyarakat desa yang dipelopori Tok Hitam. Contohnya; Malam itu ada
  • 5. 5 beberapa pesilat yang pernah belajar dengan Tok Hitam menunjukkan kebolehan masing-masing. Pesilat-pesilat yang beradu dengan lawan masing-masing nampak bersemangat. (m/s 67). Seterusnya, sikap menantu dan cucu yang pada mulanya tidak selesa dengan kehidupan desa akhirnya seronok dengan pengalaman baharu. Contoh ayat; Beberapa hari lagi mereka akan kembali ke bandar. Sani dan Saiful masih belum puas. Sani mula dapat menerima kenyataan bahawa kampung bukan satu tempat yang membosankan. (m/s 73). Selain itu, sikap penduduk kampung yang memanfaatkan hasil bumi dapat menjimatkan perbelanjaan harian dan mengelakkan pembaziran. Contoh; Inilah antara kelebihan hidup di desa. Di sekeliling kita banyak hasil bumi boleh dimanfaatkan. Tidak perlu mengeluarkan belanja. (m/s 31).
  • 6. 6 4.0 Watak dan Perwatakan 4.1 Watak Utama Rajah 2: Watak Utama dalam “ Kampung Oh Kampung” Adik- beradik Hidup di bandar Anak kepada Azman dan Mazni abang Selesa dengan kehidupan kampung Sayang dan rapat dengan datuk dan nenek. adik Lebih selesa tinggal di bandar. Menjauhkan diri daripada datuk dan nenek.
  • 7. 7 Cerpen “Kampung Oh Kampung” mempunyai dua watak utama yang menghidupkan cerita ini iaitu Sani dan Saiful yang merupakan dua orang adik-beradik yang berlainan sikap dan pandangan berkaitan kampung. Mereka yang tinggal di bandar merupakan anak kepada Azman dan Mazni. Sani merupakan abang kepada Saiful. Perwatakan Sani dalam cerpen ini digambarkan sebagai seorang budak yang tidak selesa dengan kehidupan di kampung. Ini dapat dilihat dalam ayat; “…Yalah, papa. Sani pun rasa tidak seronok pulang ke kampung ini.” (m/s 6). Selain itu, sikapnya yang menjauhkan diri daripada datuk dan nenek dapat digambarkan dalam ayat; “Dia juga tidak mempedulikan datuk dan neneknya.” (m/s 10). Perwatakan Saiful pula begitu berbeza dengan Sani. Digambarkan sebagai seorang budak yang sangat seronok dengan kehidupan di kampung. Contohnya; “ Saiful pula sebaliknya. Dia gembira pulang ke kampung.” (m/s 13). Selain itu, Saiful juga sangat rapat dan sayang akan datuk dan neneknya. Contohnya; “Saiful terus meluru mendapatkan datuk dan neneknya.” (m/s 9). Secara dasarnya dapatlah disimpulkan bahawa Sani dan Saiful telah menjadi watak utama dalam menghidupkan cerita ini. Bermula dengan Sani yang tidak seronok dengan kehidupan kampung akhirnya akur apabila mula merasai keindahan desa, rakan-rakan sebaya yang begitu mesra, masyarakat yang sentiasa hormat-menghormati dan aktiviti harian yang begitu mengujakan berbanding dengan kehidupan bandar yang hanya bertemankan komputer dan permainan video semata. Saiful pula sebagai seorang yang positif dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung telah berjaya menarik perhatian Sani untuk menerima segala kekurangan tinggal di kampung seadanya. Akhirnya, percutian mereka menjadi percutian yang paling indah dalam perjalanan hidup mereka sebagai kanak-kanak.
  • 8. 8 4.2 Watak Sampingan Rajah 3: Watak Sampingan Sambungan… WATAK SAMPINGAN Pak Jusuh -ay ah Azman -suami Mak Milah -datuk kepada Sani dan Saif ul - bapa mentua kepada Mazni Gigih "...Dengan hasil kebun dan ayam itik inilah datuk membesarkan dan memberikan pendidikan kepadanya sehingga berjaya." (m/s 20). Taat perintah Allah Sesudah solat Zuhur, datukmengajak keluarganya menghadiri jemputan Encik Raju. (m/57). Mak Milah -ibu Azman -isteri Pak Jusuh -nenek kepada Sani dan saif ul - ibu mentua kepada Mazni Peny ay ang " Saiful lemas dalam pelukan neneknya." (m/s 10) Jamal -pemuda kampung Suka membantu Walaupun buruk, kereta Jamal banyakberjasa kepada penduduk kampung. (m/s 3) Mazni -isteri Azman -menantu Pak Jusuh dan Mak Milah - ibu Sani dan Saif ul -orang bandar Cerewet " Berapa lama kita hendak tinggal di kampung kali ini, abang? Saya sudah mula rasa tidak selesa". (m/s 6) Azman -anak Pak Jusuh dan mak Milah -suami Mazni -ay ah Sani dan Saif ul -berpendidikan tinggi Peny ay ang Azman rasa terharu dan gembira. Kerinduan kepada ayah dan ibu serta kampung terubat jua. (m/s 8) Tabah Kesusahan dan kepayahan hidup mengajar dirinya untuk berusaha (m/s 27) .
  • 9. 9 Rajah 4: Watak Sampingan WATAK SAMPINGAN Pak Long Hasan -bapa saudara ayah Azman -adik beradik Pak Jusuh Meraikan tetamu ...Pak Long Hasan menghidangkan bubur lambuk kepada mereka. (m/s 43) Ustaz Jaafar - imam kampung - orang y ang paling tua di kampung - guru mengaji Azman Teliti Jika ada kesalahan, Ustaz Jaafar menegur dari jauh.(m/s 44) Anak murid Uztaz Jaafar Bantu- membantu ...murid yang pandai membantu murid yang lemah (m/s 44) Memuliakan guru ...sebelum pulang, mereka bersalaman sesama mereka dan mencium tangan Ustaz Jaafar (m/s 45) Abang Karim -sahabat karib Azman -lepasan universitidalam jurusan pertanian moden -menetap di kampung -bekerja sendirisebagai petani moden Gigih Selain dusun, kebun say ur dan ternakan ikan kolam, abang Karim juga membuka sebuah kedai runcit di kampungny a. (m/s 46) Murah Hati ...sebahagianny a lagi akan disedekahkan kepada golongan miskin. (m/s 48) Encik Raju - pengurus estet Berbudi bahasa Encik Raju meny ambut kedatangan datuk dan keluargany a. (m/s 59) Peramah Keluarga Encik Raju semuany a peramah. (m/s 60) Ramesh - anak Encik Raju Peramah "Hai, saya Ramesh, anak Encik Raju!." (m/s 60)
  • 10. 10 5.0 Plot Rajah 5.0 Plot Novel “Kampung Oh Kampung”. PERMULAAN Cerita ini mengisahkan tentang pengalaman baharu percutian di desa yang dirasai oleh dua orang adik-beradik di kampung ayahnya. Bermula dengan episod penantian kedua orang tua Azman ; Pak Jusuh dan Mak Milah yang menantikan kepulangan anak tunggal mereka setelah lama tidak pulang ke kampung kerana tuntutan kerja di luar negara. Kesempatan bercuti selama dua bulan sebelum berkhidmat di Kuala Lumpur telah digunakan sebaiknya untuk menziarahi orang tuanya dan mengeratkan kembali hubungan anak-anaknya ; Sani dan Saiful dengan datuk dan nenek mereka. Selain itu, dia juga ingin anak-anaknya merasai pelbagai pangalaman pahitmanis tinggal di kampung. PERKEMBANGAN Cerita berkembang dengan sikap dingin isteri Azman; Mazni terhadap kedua mentuanya termasuk anaknya Sani yang kurang selesa dengan kehidupan desa. Walau bagaimanapun, percutian mereka bertambah seronok apabila dapat merasai sendiri pengalaman sebenar tinggal di kampung. Aktiviti menjerat wak- wak, meredah bendang, menyerkap ikan, memasang pukat dan membuang lintah di kaki telah menzahirkan kenangan manis di dalam sanubari mereka. Merasai makanan kampung hasil titik peluh sendiri juga amatmengujakan mereka. KLIMAKS Cerita terus memuncak dengan perkenalan Sani dan Saiful dengan sahabat baharu dan masyarakatkampung yang peramah dan suka membantu membuatkan mereka berasa diterima dan disenangi oleh semua orang. Perkenalan dengan abang Karim seorang petani moden dan UstazJaafar;guru mengaji di kampung itu telah menyedarkan mereka akan erti kegigihan yang sebenar. Keseronokan mereka bertambah apabila sempatmerasai sendiri budaya perkahwinan masyarakat India di estet berhampiran dengan kampung mereka.Perkenalan dengan Encik Raju;pengurus estet dan Ramesh ; anaknya telah memberikan gambaran sebenar tentang amalan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Pada akhir percutian,Azman sempatmembawa keluarganya ke gelanggang silatTok Hitam;guru silatdi kampung itu untuk menyaksikan sendiri keindahan seni warisan itu yang masih lagi relevan dengan kehidupan masyarakatkini di samping menyedarkan anak-anak mereka tentang erti disiplin dalam kehidupan mereka. PELERAIAN Percutian diakhiri dengan kenduri yang diadakan di rumah datuk.Saiful, Sani dan ibunya; Mazni seronok merasai suasana masak memasak dengan orang kampung yang saling bekerjasama menjayakan kenduri itu. Makan nasi ambang berlapikkan daun pisang dan berlaukkan sayur, ikan masin,tempe,mihun goreng,ayam goreng dan serunding memberikan pengalaman baru kepada mereka. Mereka berjanji akan pulang ke kampung pada cuti yang akan datang. Apa yang jelas,kasih-sayang antara Azman, isteri dan anak- anaknya terhadap Pak Jusuh dan Mak Milah akhirnya bertambah erat. Mereka bersyukur kepada Allah kerana memberikan sinar baharu dalam hubungan kekeluargaan ini.
  • 11. 11 6.0 Latar LATAR MASA Subuh -Dalam kedinginan pagi itu, surau kecil di tengah kampung penuh dengan jemaah.(m/s 1) Petang -Petang itu, ramai saudara- mara datang berkunjung. (m/s 14) Malam - Selepas makan malam, semua ahli keluarga berkumpul ndi bahagian tengah rumah. (m/s 14) TEMPAT Surau -Dalam kedinginan pagi itu, surau kecil di tengah kampung penuh dengan jemaah. (m/s 1) Bendang -Mereka semua berjalan meredah bendang yang sudah lama tidak diusahakan. (m/s 21) Rumah Pak Long Hasan - Rumah pertama yang dikunjungi mereka ialah rumah Pak Long Hasan. (m/s 43) Rumah Ustaz Jaafar - Dari rumah Pak Long Hasan, mereka singgah di rumah Ustaz Jaafar.(m/s 43) Estet -"Ayah jarang-jarang ke estet di kampung kita.."(m/s52) Gelanggang silat Setibanya di gelanggang silat, ramai anak-anak muda berada di sana. (m/s67) MASYARAKAT Berpegang teguh dengan ajaran agama -Kedinginan pagi dirasai oleh penghuni desa terpencil ini.Namun,kewajipan kepada Tuhan tidak pernah diabaikan. (m/s 1) Bergantung hidup dengan hasil bumi -"Inilah antara kelebihan hidup di desa.Di sekeliling kita banyak hasil bumi yang boleh dimanfaatkan".(m/s 31) Perkampungan masyarakat India (estet) "Di sana nanti,Sani dan Saiful bolehlah melihatadatperkahwinan masyarakat India". (m/s 53) Masyarakat kampung yang tolong-menolong "...sikap tolong-menolong tidak pernah lenyap di desa ini." (m/s76) Rajah 6.0 : Latar
  • 12. 12 7.0 Gaya Bahasa Rajah 7.0: Gaya Bahasa dalam novel Kampung Oh Kampung. GAYA BAHASA PERIBAHASA ...namun ini tempat tumpah darahnya. Sejauh mana bangau terbang, akhirnya pulang juga ke belakang kerbau. (m/s 7) Sani sedar, penerimaan kawan-kawannya itu bukan kerana erti persahabatan atau menghormatinya, tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu. (m/s45). Sani tengok, setiap orang yang datang ada saja buah tangan yang dibawa. (m/s 78) REPITISI Sesekali kedengaran bunyi motosikal melintasi jalan di hadapan rumah. Bunyi cengkerik nyaring di belakang rumah. (m/s 16) Ada yang bersampan dan ada yang mengharungi air untuk memasang pukat. (m/s 36) SINKOPE "Selama ini, tak pernah mereka melihat cendawan busut." (m/s 27) "Sani dan Saiful gembira tak?" ?(m/s 74) PERSONIFIKASI Setelah menemui tempat yang sesuai, datuk mula melabuhkan pukatnya. (m/s 36) Malam itu, angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut tubuh mereka. (m/s 51) KATA GANDA "Masa ayah kecil-kecil dahulu, ayah pernah belajar silat." (m/s 68) ...sedang beradu di tengah-tengah bendang. (m/s 27) .
  • 13. 13 8.0 Nilai 9.0 Nilai dalan novel “Kampung Oh Kampung”. NILAI KEGIGIHAN Pak Jusuh seorang yang gigih bekerja untuk membesarkan anaknya. "...Dengan hasil kebun dan ayam itik inilah datuk membesarkan dan memberikan pendidikan kepadanya sehingga berjaya." (m/s 20). MURAH HATI Abang Karim yang mengusahakan pertanian moden di kampung itu selalu bermurah hati menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. ...sebahagiannya lagi akan disedekahkan kepada golongan miskin. (m/s 48) KETABAHAN Azman yang hidup dalam serba kekurangan pada zaman kanak-kanak tetap terus berusaha untuk berjaya dalam hidup. Kesusahan dan kepayahan hidup mengajar dirinya untuk berusaha. (m/s 27) BANTU- MEMBANTU Anak murid Ustaz Jaafar telah pandai mengaji akan membantu pelajar baru yang masih lemah. ...murid yang pandai membantu murid yang lemah . (m/s 44) HORMAT- MENGHORMATI Anak murid Ustaz Jaafar akan bersalaman sesama meraka dan guru mereka sebelum pulang ke rumah. ...sebelum pulang, mereka bersalaman sesama mereka dan mencium tangan Ustaz Jaafar (m/s 45) BERBUDI BAHASA Kedudukan Encik Raju sebagai pengurus estet tidak menghalang beliau untuk melayan tetamu yang berkunjung ke majlis perkahwinan anaknya. Encik Raju menyambut kedatangan datuk dan keluarganya dengan gembira. (m/s 59)
  • 14. 14 10.0 Puisi Tradisional Pohon nyiur melambai-lambai, Dibadai bayu sejuk terasa; Kampung Oh Kampung buku ku gapai, Ku kaji ku dalami ke akar umbinya. Dari mana hendak ke mana, Tinggi lalang dari padi; Anak ke mana cucu ke mana, Rindu hati tak terbendung lagi. Bintang indah sinar berseri, Burung pungguk melayan pilu; Tiga tahun lelah menanti, Putera kembali pengubat rindu. Dilipat-lipat kain pelikat, Disusun kemas di dalam bakul; Pak Jusuh Mak Milah doa diangkat, Anak menantu dipeluk dirangkul. Pohon lada di tepi titi, Tempat rehat bersantai riang; Saiful dan Sani cucu dinanti, Hilang rindu bertaut sayang. Buah nangka di tepi kolam, Masak gulai juadah berbuka; Saiful teruja Sani terdiam, Azman gembira Mazni mencuka. Ayam hutan dibuat lauk, Diberi makan teruna dara; Malam pertama di kampung datuk, Nyamuk cengkerik berlagu setia. Terbang merbah tuju ke sarang, Sarang di atas pohon delima; Jerat wak-wak di hujung bendang, Keli haruan santap bersama.
  • 15. 15 Pohon mangga berdaun redup, Buahnya gugur di tepi sawah; Gigih dan sabar pedoman hidup, Rezeki dijunjung melimpah ruah. Buah kelapa dalam semak, Mari dikutip oleh Pak Acu; Cendawan busut masak lemak, Pembuka selera anak dan cucu. Sawah bendang keruh airnya, Pasang pukat rapat-rapat; Anak-beranak juadah tersedia, Makan bersama kasih dipererat. Tangkap sekawan ikan gelama, Beli seekor ikan tenggiri; Ustaz Jaafar pembela agama, Anak desa diasuh diajari. Meredah lembah mencari rusa, Sembah hadiah Putera Bentan; Azman sekeluarga untung terasa, Undangan diterima pererat perpaduan. Ibu berjalan di atas titi, Sentiasa ingat akan bahaya; Karim berbakti seikhlas hati, Ekonomi dijana masyarakat berjaya. Bawa lada dari seberang, Puncak gunung diselaputi awan; Tok Hitam buka gelanggang, Pesilat beradu dengan lawan. Pohon kepayang di pinggir desa, Daunnya gugur di tengah laman; Tegak budaya warisan bangsa, Jadi amalan zaman berzaman. Kampung Jawa tanah pinggiran, Buah bacang penuh sebakul; Kenduri dirai tanda kesyukuran, Doa dititip mohon dimakbul.
  • 16. 16 Pasang api sumbu pelita, Dentam dentum guruh berbunyi; Anak dan cucu pulang ke kota, Ayah dan ibu kembali sunyi. Tebang kepayang tepi telaga, Daunnya lebar berulat bulu; Kalaulah sayang satu keluarga, Bahagia dirasa aman selalu.
  • 17. 17 11.0 Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Merdeka Bilangan Murid : 20 orang Tema : Kekeluargaan Tajuk : Kampung Oh Kampung Tarikh : 10 Ogos 2015 Masa : 8.10-9.10 pagi Standard kandungan : 2.6 ,3.3 Standard Pembelajaran : 2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni. 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul. Objektif: 1. Membaca dan memahami pantun untuk mengenal pasti lima nilai murni. 2. Membina dan menulis lima jawapan pemahaman dengan lengkap dan tepat berdasarkan teks pantun. Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Moral Nilai murni : Kesyukuran, kasih-sayang, hormat-menghormati Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir : Menjana idea Mengenal pasti
  • 18. 18 Kecerdasan Pelbagai: Muzik , Kinestetik Pembelajaran kontekstual: Mengaitkan pengalaman sedia ada murid Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melafazkan pantun sebelum ini. Sistem Bahasa : Tatabahasa: Morfologi : Kata adjektif Kosa-kata: bendang, burung wak-wak, cendawan busut Bspp: VCD lagu “Balik Kampung” Pantun “Kampung Oh Kampung” Lembaran kerja peta i-think Lembaran kerja pemahaman Kad Imbasan nilai murni Komputer riba Audio- pantun
  • 19. 19 Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Video lagu; Balik Kampung Soalan:  Apa yang kamu lihat dalam video?  Bagaimanakah perasaan kamu ketika pulang ke kampung? 1. Murid menonton tayangan video lagu ‘Balik Kampung’ 2. Murid bersoal-jawab dengan guru perihal video. 3. Murid mengaitkan video dengan tajuk pelajaran hari ini. Teknik; Soal-jawab Nilai: Kerjasama KP: Muzik BSPP: Video lagu ‘Balik Kampung’ Langkah 1 (10 minit) -Melafazkan 20 rangkap pantun . -Aktiviti berkumpulan ( 1 kump= 4 orang) 1. Murid mendengar audio cara melafazkan pantun yang betul. 2. Murid melafazkan pantun berpandukan audio dengan suara yang jelas dan intonasi yang sesuai. 3. Murid cuba melafazkan pantun dalam kumpulan kecil. 4. Murid melafazkan pantun di hadapan kelas secara berkumpulan. 5. Guru memberi ulasan berkaitan kekuatan dan kelemahan kumpulan masing-masing. 6. Kumpulan terbaik mendapat Teknik: -latih tubi Bspp: Rakaman audio EMK: TMK TKP: Verbal Linguistik
  • 20. 20 ganjaran. Langkah 2 (15 minit) - Memahami maksud pantun. - Aktiviti berkumpulan - Menjawab soalan pemahaman - Pembentangan 1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil berserta empat rangkap pantun. 2. Murid membincangkan maksud pantun dengan bimbingan guru. 3. Murid ke hadapan kelas untuk membentangkan hasil perbincangan. 4. Murid mendengar komen guru berkaitan hasil pembentangan kumpulan masing-masing. 5. Murid menjawab lima soalan pemahaman berpandukan maksud pantun. 6. Murid membincangkan jawapan bersama guru dan membuat pembetulan bagi jawapan yang salah. KBT: Kemahiran berfikir -menjana idea Nilai: Kerjasama Bspp: Lembaran maksud pantun & soalan pemahaman Kemahiran berfikir: Menyatakan sebab dan akibat Langkah 3 (10 minit) - Menyatakan nilai murni dalam pantun. - Kaitan nilai murni dalam kehidupan. 1. Murid diminta menyatakan nilai murni yang terdapat dalam pantun berpandukan beberapa kad imbasan nilai murni di papan tulis. 2. Murid memilih kad imbasan nilai murni yang berkaitan dengan pantun. 3. Murid menyatakan kaitan nilai murni yang dipilih dengan pantun. 4. Murid lain mengaitkan nilai murni TKP: -Verbal Linguistik - Kinestetik Kemahiran Berfikir:
  • 21. 21 dengan kehidupan harian mereka. Mengenal pasti Bspp: Kad imbasan nilai murni Langkah 4 (10 minit) Pentaksiran Kump.A: Lembaran peta i-think aktiviti harian penduduk kampung Kump. B: Lembaran peta i-think watak dalam pantun. Kump.C: Lembaran peta i-think nilai murni 1. Murid dengar penerangan guru berkaitan latihan yang diberikan. 2. Murid melengkapkan lembaran aktiviti peta i-think mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru. 3. Murid membincangkan jawapan bersama guru. 4. Murid buat pembetulan bagi jawapan yang tidak tepat . KB: Mengenal pasti BSPP: Lembaran kerja
  • 22. 22 Penutup (5 minit) 1. Nyanyian lagu “Balik Kampung”. 2. Kesimpulan isi pelajaran. 1. Murid menyanyikan lagu “Balik Kampung” 2. Murid bersoal-jawab dengan guru berkaitan isi pelajaran hari ini. Teknik: Soal-jawab TKP: Muzik EMK: TMK
  • 23. 23 KumpulanA:Lengkapkanpetabulatandi bawahdengan aktiviti harianpendudukkampungberpandukanpantun. Aktiviti Harian Penduduk Kampung
  • 25. 25 KumpulanC: Tuliskannilai-nilai murni yangterdapatdalampantun. nilai murni
  • 26. 26 Jawabsoalanpemahamandi bawah denganlengkap. 1. Siapakah yang sudah lama tidak pulang ke kampung? ______________________________________________________________________ 2. Bagaimanakah perasaan ibu dan ayah Azman ketika mereka sampai di kampung? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 3. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Sani dan Saiful di kampung? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 4. Pada pendapat kamu, mengapakah Abang Karim bersikap rendah diri walaupun telah bergelar petani moden? ______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 5. Tuliskan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun. a.___________________________________________ b.___________________________________________
  • 28. 28 12.0 Refleksi Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mula diperkenal pada 1957 dengan matlamat untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air . Budaya kebangsaan ini berperanan membina insaniah dalam kehidupan manusia. Begitu juga kaitannya dengan unsur kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri. Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaik kehidupan mereka (http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat- 1malaysia/). Berdasarkan pernyataan tersebut, dapatlah kita membuat kesimpulan awal tentang peranan kesusasteraan dalam diri murid iaitu dapat memperbaiki kehidupan mereka dari aspek kerohanian dan spiritual. Generasi yang mampu menilai baik dan buruk sesuatu perkara dan berimaginasi untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan bagi hasil yang lebih sempurna. Selain itu, dalam sastera ada ilmunya yang tersendiri bergantung kepada penulis. Sebagai pembaca, penghayatan dan minat terhadap karya sastera seperti novel atau puisi tradisional seperti pantun sedikit sebanyak akan mempengaruhi pandangan , tindakan dan sikap kita terhadap situasi, rakan sebaya, kehidupan dan sebagainya. Apa yang jelas, kesemua faktor tersebut adalah ‘digali’ daripada kelebihan sastera itu sendiri. Maka amat jelas kepada kita mengapa unsur-unsur sastera itu memberi makna besar dalam diri murid yang tidak mampu diajari secara langsung oleh guru atau ibu bapa melainkan datang dengan sendirinya setelah berjaya menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pengarang. Penguasaan yang berbeza setiap murid memungkinkan pelbagai skema pemikiran yang dipengaruhi oleh nilai yang ingin diketengahkan oleh penulis sesuatu karya sastera. Sebagai contoh, pemilihan novel “Kampung Oh Kampung” sarat
  • 29. 29 dengan nilai kekeluargaan dan kemasyarakat yang amat ketara. Penyerapan nilai dapat dirasai dengan plot cerita yang telah berjaya membawa murid ‘pulang ke kampung’ masing-masing dan menemui datuk dan nenek mereka walaupun dengan hanya mengkaji isi pantun sahaja. Menurut Borneo Post Online (2011), Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang, mencatatkan bahawa sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara meluas. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Laras bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera. Perkaitan tersebut telah mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu murid seperti penggunaan kata yang tepat dan laras bahasa yang sesuai. Nisah Haron (2006) menyatakan bahawa sebuah karya sastera yang mewakili bangsa dan negaranya akan memberikan beberapa perkara, antaranya jati diri, patriotisme dan rasa syukur. Ternyata ketiga-tiga komponen ini dilihat sebagai asas kepada pembentukan jati diri masyarakat Malaysia khususnya para pelajar yang kukuh dan mantap dari segi pemupukan agenda kebangsaan terutamanya dalam komponen karya sastera itu sendiri. Kesimpulannya, karya sastera dalam kehidupan murid mampu menyumbang ke arah pembentukan jati diri yang unggul. Apa yang pasti, komitmen guru sebagai wadah ilmu amat diperlukan dalam menzahirkan matlamat sebenar ilmu kesusasteraan ini agar terus digunakan sebagai alat menjana kematangan berfikir dan diadaptasikan melalui sikap dan perlakuan.
  • 30. 30 Rujukan Nik Amirul Mu’min. (2007).Kampung Oh Kampung. Selangor: Penerbit Didikmas. Dr.Khairuddin Mohamad, Dr. Wan Zaliha Wan Othman & Amanah Mohd. Noor (2015). Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu.Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Zurinah Hassan. (2012). Puisi Melayu Tradisional : pantun, syair, gurindam, nazam, seloka. Ampang, Selangor : Pekan Ilmu Publications. Amat Juhari Moain.(2008). Pemilihan Kata dalam Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Zaleha M. Hashim.(2013). Siri Penghayatan Puisi Tradisional Kenali Puisi Tradisional Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kepentingan sastera dalam masyarakat 1 Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2015 daripada http://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalam-masyarakat-1malaysia/ . Nisah Haron(2006).Kepentingan Sastera dalam Kehidupan. Dicapai pada 29 Julai 2015 daripada http://annyss.blogspot.com/2006/12/kepentingan-sastera-dalam-kehidupan.html.