2. IMPAK KOMUNIKASI TIDAK BERKESAN
Isu dan salah faham timbul adalah kerana kelemahan
penyampaian maklumat kerana tidak menguasai kemahiran
komunikasi berkesan. Ini berkait dengan kemahiran
komunikasi khususnya pemimpin sekolah dalam
menyampaikan maklumat, memberi arahan dan informasi
kepada staff dan juga pelanggan (murid dan ibu bapa). Selain
itu, mungkin juga faktor kelemahan penerima maklumat yang
disampaikan. Murid atau ibu bapa tidak mampu menerima
dan memahami informasi yang disalurkan kerana saluran
maklumat tidak sesuai.
3. Namun saya akan fokus kepada kelemahan komunikasi
secara baik dan berkesan. Kesan daripada kelemahan
menguasai kemahiran komunikasi berkesan
menyebabkan ibu bapa dan murid tidak dapat
memahami apa kehendak sekolah. Pemimpin sekolah
gagal memberi kefahaman kepada murid dan ibu bapa
bahawa pentingnya semua murid mengikuti kelas pdpr
walaupun masa PKP.
4. Pemimpin sekolah juga gagal mempengaruhi dan
memberi motivasi kepada pelajar. Pemimpin yang
menguasai kemahiran komununikasi berkesan boleh
mempengaruhi murid atau pelanggan untuk belajar
bersungguh-sungguh dengan rela tanpa paksaan kerana
merasa termotivasi dengan kata-kata atau maklumat
yang diterima daripada pihak sekolah.
5. Kesimpulannya, pemimpin sekolah yang efektif harus
menguasai kemahiran komunikasi berkesan agar
mendapat kerjasama bagi mencapai matlamat yang
diingini. Proses komunikasi berkesan oleh seorang
pemimpin akan menjadi titik tolak kepada usaha
penyatupaduan dan proses pencapaian visi misi sekolah.