Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kertas Kerja Penganjuran Pertandingan Peramainan Kecil
1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN KECIL
DIANJURKAN OLEH:
GURU PELATIH 1PISMP
REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
TARIKH :
26 SEPTEMBER 2014
TEMPAT :
DEWAN SERBAGUNA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI
71760 BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
2. 1.0 PENDAHULUAN
Guru pelatih 1PISMP Rekabentuk dan Teknologi yang menduduki subjek elektif
Pendidikan Jasmani (PJM3023E) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik telah
bercadang untuk mengadakan satu pertandingan permainan kecil di antara guru pelatih masing-
masing. Ini merupakan pertandingan yang pertama bagi subjek elektif Pendidikan Jasmani yang
diadakan oleh guru pelatih 1PISMP RBT dengan kerjasama daripada bimbingan pensyarah iaitu
Dr. Malathi Balakhrisnan. Melihat kepada usaha Dr Malathi membimbing guru pelatih bagi subjek
Pendidikan Jasmani untuk menyebarkan dan memperkenalkan dengan lebih dekat serta
mendalami pengajaran dan pembelajaran di peringkat pusat dengan lebih terperinci maka
tercetuslah cadangan untuk melaksanakan pertandingan permainan kecil ini. Secara tidak
langsung, pertandingan permainan kecil ini memangkin untuk merealisasikan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam melahirkan seorang guru yang seimbang secara holistik dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
2.0 RASIONAL
2.1 Memberi pendedahan kepada guru pelatih 1PISMP Rekabentuk dan Teknologi tentang
pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Pendidikan Jasmani.
2.2 Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang gerak kerja di sekolah menguruskan
aktiviti-aktiviti jasmani.
2.3 Menjalankan kerja kursus bagi subjek elektifPendidikan Jasmani (PJM3023E).
3.0 OBJEKTIF
2.1 Guru pelatih dapat mengelola dan melaksana satu penganjuran pertandingan permainan
kecil serta melakukan komponen kemahiran pergerakan asas dalam Pendidikan Jasmani.
2.2 Memberi kemahiran kepada guru pelatih dalam mengumpul maklumat mengenai
permainan kecil.
2.3 Guru pelatih dapat mempraktikkan kemahiran mengurus dan mengadakan aktiviti yang
sesuai dengan pengaplikasian komponen pergerakan asas di sekolah kelak.
3. 2.4 Dapat mewujudkan satu kemahiran merancang satu program pertandingan yang
berformatkan permainan kecil dalam diri setiap guru pelatih.
2.5 Guru pelatih dapat mengaplikasikan semua jenis pergerakan asas yang telah dipelajari
sepanjang menduduki subjek Pendidikan Jasmani semasa sesi pertandingan berlangsung.
2.6 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih menyediakan laporan dan refleksi yang
baik untuk diaplikasikan semasa mengajar kelak.
4.0 CADANGAN PELAKSANAAN
4.1 Maklumat Pertandingan
Tarikh : 26 September 2014
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan Darul Khusus
4.2 Kumpulan Sasaran
Guru pelatih 1PISMP Rekabentuk dan Teknologi yang menduduki subjek elektif
Pendidikan Jasmani (PJM3023E).
4. 5.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
JAWATANKUASA PELAKSANA PENSYARAH
PENAUNG : DR. MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN
PENGERUSI : EN ZAIMUDDIN BIN HUSSEIN
PENASIHAT : DR MALATHI BALAKHRISNAN
JAWATANKUASA PELAJAR
PENGERUSI : MUHAMMAD FITRI BIN BAKRI
TIMB. PENGERUSI : NURHASMAWATI BINTI JUNAIDI
SETIAUSAHA : SALENDA BINTI SAID
TIMB. SETIAUSAHA : SYAFIYAH ‘ALIYAH BINTI AZHAR
BENDAHARI : EDALYIA ANAK AMIE
AJK PELAKSANA:
KETUA AJK PELAKSANA : AMIRUL IZZAD BIN ROSLI
PEN. KETUA AJK PELAKSANA : AZWAN BIN BURHAM
AHLI JAWATANKUASA : AHMAD MUAZ BIN ZAINAL ABIDIN
MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN AZMAL
MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN JIPRI
SYURIANSYAH BIN ISHAK
MUHAMMAD FAIZ BIN MD YASIN
MARK HEYSLEY ANAK DIGER
GREGGERRYLY LIND
ROS AMANI BINTI ABDUL RAHIM
SHERLY JEWINLY
VENESSA PHANG IYWON
5. 6.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Program penganjuran pertandingan kecil yang diadakan oleh guru pelatih 1PISMP Rekabentuk
dan Teknologi tidak menggunakan sebarang biaya. Sebaliknya, guru pelatih menggunakan
khidmat peminjaman alatan-alatan yang ingin digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
pertandingan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.
* Rujuk lampiran mengenai senarai alatan-alatan sukan yang dipinjam oleh guru pelatih
1PISMP RBT.
7.0 KESIMPULAN
Usaha untuk mengadakan penganjuran pertandingan permainan kecil diantara guru-guru pelatih
1PISMP RBT ini adalah sangat baik dan relevan sebagai satu pendedahan kepada semua guru
pelatih tersebut berkenaan silibus pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai sepanjang
menduduki subjek Pendidikan Jasmani ini. Usaha ini juga menjadi penggerak kepada guru-guru
pelatih membiasakan diri dengan gerak kerja yang sistematik di alam kampus . Ini juga dapat
memberikan semangat lagi kepada para guru pelatih untuk lebih aktif dalam melaksanakan
tanggungjawab di kampus selain memperkukuhkan hubungan baik antara guru pelatih, pensyarah,
dan kakitangan kampus yang turut sama terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
8.0 SYOR
Pihak Pengarah, Pentadbiran dan Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik dipohon untuk menimbang dan meluluskan program pertandingan permainan kecil bagi
guru pelatih 1PISMP RBT. Guru pelatih turut memohon akan kelulusan dalam peminjaman segala
alatan dan kemudahan kampus bagi membantu melaksanakan program ini dengan jayanya.
Program ini tidak meminta sebarang pembiayaan daripada kampus dan sebarang biaya tambahan
adalah ditanggung oleh guru pelatih sendiri.
6. PENGESAHAN DAN ULASAN
Ulasan Pensyarah Penasihat :
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
Ulasan Ketua Jabatan :
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
Ulasan Unit Kewangan :
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
Ulasan Ketua Unit Khidmat Pengurusan :
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
Ulasan Pengarah/Timbalan Pengarah :
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
………………………………………………
( )
………………………………………………
( )
………………………………………………
( )
………………………………………………
( )
………………………………………………
( )