SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa,
dan tenaga yang di anugerahakan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang
amat saya hormati Professor Madya Mohd Noor Azhar Bin Yusof, kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
Berjaya menyiapkan menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
perigatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

1
PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha kerajaan untuk membangunkan lagi taraf
pendidikan rakyat Malaysia. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau
pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada
ideologi Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan,
termasuk rukun Negara.falsafah pendidikan Negara ini akan menjadi suluh yang member pedoman
dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan tau di luar institusi
pendidikan. Sehubungan dengan ini falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti
oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluankeperluan individu masyarakat dan Negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas laporan Akta pendidikan, Rukun
Negara dan ciri-ciri ideolgi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan
Negara yang dinyatakan berikut adalah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara meneyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan Negara.
Falsafah pendidikan kebangsaan dahulunya dikenali sebagai Falsafah pendidikan Negara.
Falsafah pendidikan kebangsaan digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah
pendidikan kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

2
MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani,
emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.
Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia
yang sempurna serta menghayati cirri-ciri berikut :
1.

Percaya dan patuh kepada Tuhan.

2.

Berilmu pengetahuan .

3.

Berakhlak mulia.

4.

Bertanggungjawab kepada diri, masyrakat ,agama dan negara.

5.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

6.

Memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia
adalah Negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu
warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina warganegara Malaysia
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya berupaya melaksankan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir
serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi Negara. Matlamat yang ketiga
ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada Negara. Taat setia kepada raja
adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan
dicerboh kerana penghianatan rakyatya.

3
Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang
kaum.rakyat yang seniasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam
Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk Negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun
Negara mempunyai lima pinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu, kepercayaan
kepada Tuhan keprcayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan
kepada undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan
peluan diantara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di
Malaysia. Perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum melayu,cina dan india. Kaum
cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu, sekolah amat berperanan penting dalam
merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid.

4
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBAGSAAN
Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan.
Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk
merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat
pendidikan Negara.
Sehubungan ini, falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti oleh pakarpakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan
individu masyarakat dan Negara.untuk menggubal falsafah pendidikan kebangsaan yang boleh
memberi panduan dan bimbingan yang bermanfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor
berkaitan hendaklah dipertimbangkan dahulu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi
pertimbangan asas semasa menggubal falsafah pendidikan kebangsaan ialah, faktor
agama,politik,ekonomi,sosial,individu dan sejagat.
Faktor pertama ialah faktor Agama, agama Islam merupakan agama rasmi bagi Negara
Malaysia. Di samping itu agama kristian, agama budha, agama hindu dan sebagainya juga bebas
dianuti mengikut undang-undang Negara. Agama-agama ini khasnya agama islam merupakan
faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam prosese penggubalan falsafah
pendidikan Negara. Unsure agama ini dapat dihayati daripada penyataan iaitu
“mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI)
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.”
Faktor seterusnya ialah faktor politik, sebagaimana yang telah diketahui umum Falsafah
Pendidikan Kebangsaan digubal berlandaskan kepada ideologi Negara yang dicerminkan dalam
dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di
dalam usaha memebentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam
menentukan dasar pendidikan Negara sehubungan ini matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi
pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat
diperlihatkan daripada penyataan Falsafah Pendidikan Negara.
5
Selain itu, ekonomi juga adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai
kemahiran dapat membantu Negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya
pegeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bertangungjawab,dan bekeupayaan untuk member sumbangan
terhadap kemakmuran Negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah
satu matlamat pendidikan Negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
“melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.”
Seterusnya ialah faktor sosial, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.
Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi,berkerjasama dan
hormat menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha
mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan
sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :
“melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”
Faktor individu juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan Falasfah
Pendidikan Kebangsaan. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi
individu ini meliputi aspek-aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insane yang seimbang dan harmnis. insan yang
seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,
sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang.
Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Faktor sejagat adalah faktor yang terakhir sekali yang termaktub dalam kandungan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penggubalan Falsafah Pendidkan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada
pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan
daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya keatas Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Contohnya, program pendemokrsian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan
6
pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan
dalam penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia merupakan usaha
yanga berterusan. Hal ini jelas mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
Warganegara yang berketrampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya
diberi pendedahan awal tentang ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sisitem pendidikan di
Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf
antarabangsa setaraf dengan Negara maju yang lain.

7
PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Terdapat beberapa peranan yang digariskan dalam Falsafah pendidikan kebangsaan
antaranya ialah, peranan FPK di sekolah. Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang sekolah
merupakan institusi formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas,
sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Peranan seterusnya ialah peranan FPK dalam aspek kepimpinan. Aspek pertama yang
perlu diambil perhatian ialah kepimpinan, pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang
penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam
pengurusan dan berhubung dengan guru dan juga murid, mereka bertanggungjawab
menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah membentuk visi dan misi sekolah
yang berlandaskan FPK. Selain itu pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti
budaya disekolah aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan
dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat fpk dapat direalisasikan. Perkembangan semasa
memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah- sekolah.
Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah
perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi
perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi,
kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan
menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu
mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Dalam melaksanakan amanah
menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan
pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah
mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta
kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan
pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational
leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan
yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah
mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk
8
menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan
yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru
besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap..sesuatu
perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak
kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti
sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil
sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga
merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian
akademik murid..(Rutter..et..al,1979).

Peranan FPK dalam aspek budaya sekolah juga penting aspek kedua ini perlu diberi penekanan.
Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang
penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkam murid bebas
berinterkasi diantara murid dengan murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam
pelabagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra berasa tenteram
serta

melaksanakan

tugas

dengan

adil,

dedikasi,

gembira

dan

sempurna.

Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim
ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih
berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan
berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi
empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek
penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan
sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga..keindahan..sekolah. Dari
aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara
anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama,
rasa tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan.

9
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti
semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai
contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti
Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya.
Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis
atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat
yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan
tabiat..membaca..yang..berterusan.

Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa
secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk
meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan,
syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa.
Penggunaan bahasa kedua – Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat
FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan
menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK
termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di
sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan.

Seseorang

guru

menjalankan

seperti

menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu
pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan
disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid
mempunyai minat terhadap pelajaran itu.
Aspek terakhir ialah disiplin, sekolah sebagai egen sosialisasi utama bertanggungjawab
untuk membanteras maslah disiplin sehingga keperingkat akar umbi. Aklim dan persekitaran
sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek
10
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan kemahuan FPK. Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai
kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada
disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang
bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,
mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai
semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

11
ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNS12-UR PENTING DALAM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Antara elemen-elemen dan unsure-unsur penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan
ialah pendidikan ialah satu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlaku
secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanakyang
berda dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus
berkembang sepanjang tempoh perseklahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih
terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi
membantu individu menyesuaikan diri dengan pelabagi perubahan. Elemen yang kedua ialah
perkembangan potensi individu. Setiap individu telah diberkati tuhan dengan bakat, potensi dan
kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi,seelok-elknya dicungkil, dipupuk,
dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui
interaksi sosial denagan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya member peluang
individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Elemen yang ketiga ialah
perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat poten dan kebolehan tidak
boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya dihubungkait atau diselarsakan bagi
mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya
merangkumi empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Seterusnya elemen yang keempat ialah insane yang seimbang dan harmonis. Amat
penting bagi individu, memiliki ilmu,(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percya kepada tuhan
serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani), keseimbangan
antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara
harmonisa dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk
menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masaalah yang
timbul. Elemen kelima ialah unsur intelek, unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M,
membaca, menulis dan mengira,ianya berkemahiranuntuk berfikir secara kreatif, kritikal dan
reflektif, implikasinya, pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.
Unsur rohani ialah elemen keenam.implikasinya, individuakan menyedari dan percaya pada
tuhan pada tuha selain bersyukur dengan pemberian tuhan. Individu juga akan berakhlak mulia
dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai
12
emosi yang matang dan stabil, individu itu juga akan memiliki dan memupuk perasaan kasih
sayang.
Elemen kelapan ialah unsur jasmani, individu akan menyedari tentang kepentingan
kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal disamping menggunakan
kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan ialah elemen kesembilan, elemen ini membantu individu untuk mengakui tentang
kewujudan tuhan dan menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakanperaturan yang
ditetapkan oleh tuhan, mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen seterusnya ialah
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, cintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk
budaya ilmu dan budaya membaca, mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
Rakyat Malaysia yang berketrampilan ialah elemen yang kesebelas ia mempunyai
kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna,
individu juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab
merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah,
bersih,dan cekap, mematuhi peraturan dan undang-undang Negara. Elemen yang ketiga belas
ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri berfikiran waras dan
berjiwa tenang, mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Elemen yang
keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian
masyarakat dan kemakmuran masyarakat dan Negara, individu akan berusaha untuk memupuk
perpaduan rakyat melalui sifat toleransi,bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan
sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi Negara berdasarkan dasar-dasar yang
ditetapkan.sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara, mematuhi
paerlembagaan dan peraturan Negara. Meampertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa
dan Negara.
Elemen yang keliam belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Individu
mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi
liku-liku hidup. Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat,dan Negara. Individu akan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan
hidup dan memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan Negara.

13
IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Elemen-elemen dan unsur penting dalam FPK ini member implikasi terhadap sisitem
pendidikan Negara. Antara implikasi yang telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen
rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat
pendidikan yang jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum
pendidik bagi memastikan kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat
penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka
melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para
pendidikan juga hendaklah memainkan peranan dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut,
mereka hendaklah, bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan
teknologi terutamanya dalam bidang Teknlogi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu,
mereka seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang di ajar.
Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab
mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja.
Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah
diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan
seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga,
masyarakat dan Negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik
berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka, sudah
pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan satu impian
sahaja. Falsafah pendidikan kebangsaan dapat membantu sekolah dalam proses mewujudkan
sekolah berkesan. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada
zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang
baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya
pembinaan peribadi dan kecermelangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah,
terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta
kecermelangan bagi setiap pelajar.

14
STRATEGI MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan usaha daripada
kementerian pendidikan dan kaum guru.
Peranan kementeriaan pelajaran ialah, pendekatan strategi untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam buku dasar pembangunan pendidikan kebangsaan,
strategi ini merangkumi tiga bidang, iaitu pembangunan insan, pembagunan sumber pendidikan
dan penyelidikan dan pembangunan.
Pembangunan insan. Matlamat pembangunan insan ialah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Strategi pembangunan insan ini memberi penekananpenekanan berikut:
 Penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungan mengikut
keperluan semasa.
 Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem
teknologi yang canggih seperti ICT.
 Penekanan kepada pendidikan agama dan moral dengan proses penerangan nilainilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan dalam semua
mata pelajaran.
 Penekanan kepada sains dan teknologi dengan melahirkan lebih ramai tenaga
kerja dalam bidang ini.
 Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidangdan pendekatan
alternatif,misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional.
 Pemupukan semanagat patriotisme melalaui penyerapan unsurnya dalam semua
mata pelajaran, di samping melalui aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat.
Peranan seterusnya ialah pembangunan sumber pendidikan. Tujuan utama pembangunan
sumber pendidikan ialah menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Pembangunan
sumber pendidikan ini memberi penekanan-penekanan seperti, penyediaan input pendidikan
yang mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru,
prasarana serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan semasa.
15
Seterusnya ialah pelaksanaan program pendidikan mengikut perancanagan dengan memastikan
bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat
dicapai. Dan yang terakhir, peningkatan keberkesanan proses pengajaryang berkualiti serta
persekitaran pembelajaran yang kondusif,termasuk kemudahan internet dan bahan multimedia.
Peranan yang terakhir ialah, penyelidikan dan pembangunan (R&D). Tujuan ialah
menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan adalah mengemas ilmu, membaiki serta
mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa. Sehubungan ini,
strategi menggalakkan penyelidikan dan pembagunan adalah memberi tumpuan kepada,
penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan dengan mengajar program latihan bagi guru
pakardan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dalam
pendidikan. Selain itu, mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan
pembangunan dalam pendidikan. Seterusnyanya ialah merangka dasar pendidikan untuk
menggalakkan penyelidikan pendidikan.

16
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN STRATEGI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sewajarya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi kementerian
pelajaran Malaysia, demi dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan misi
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadinya sebagai pusat kecermelangan
pendidikan di serantau.
Sehubungan ini, usaha guru dalam merelisasikan strategi kementeriaan pelajaran adalah
ditumpukan kepada penekanan-penekanan seperti, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek jasmani,emosi,rohani,dan
intelek (JERI) secara keseluruhan.dan bersepadu.
Selain itu, pelaksaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelengaraan prasarana
supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum,
serta dalam keadaan yang baik dan selamat.
Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat melalui usaha mewujudkan perkongsian
pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat
kerjasama demi dapat membantu pemabangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan
mahupun tenaga yang diperlukan.
Sesungguhnya misi kementerian pelajaran malaysia selaras dengan matlamat pendidikan
kebangsaan, iaitu memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu, serta
membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecermalangan pendidikan
serantau dan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut :
 Prasarana yang berkualiti.
 Aplikasi teknologi yang canggih (ICT)
 Warga pendidikan yang proaktif.
 Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan terkini.
 Peluang diadakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
 Ada dasar pendidikan terbuka.

17
Konklusinya, untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi
kementeriaan pelajaran Malaysia, guru memainkan pearanan penting dalam perlaksanaan
strategi-strategiyang ditentukan seperti dihuraikan di atas.

18
RUMUSAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan matlamat dan misi kementerian pelajaran Malaysia
memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang.
Penyataan-penyataan ini juga menggambarkan hasrat negara untuk mewujudkan satu sistem
pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Justeru, usaha daripada semua
golongan pendidik harus berfokus kearah merealisasikan kehendak negara ini. Sebagai seorang
pendidik yang melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan pada peringkat sekolah, guru harus
sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran mereka untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
boleh memanfaatkan murid. Kualiti murid yang dihasilkan oleh institusi pendidikan kita menjadi
petunjuk kepada kejayaan ataut kegagalan pendidikan kebangsaan.

19
RUJUKAN
Falsafah pendidikan di Malaysia (mok soon sang)
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/faktor-faktor-dalam-pembentukan.html
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php
http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.html

20
LAMPIRAN

21
22

More Related Content

What's hot

Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamelya95
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanSiti Zulaikha
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSIOntologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSISUFINA SHUKRI
 
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiTajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiMahyuddin Khalid
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanVince Here
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & modenwananip
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanAinna Gempak II
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 

What's hot (20)

Tajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 EpistemologiTajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 Epistemologi
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
 
Falsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalanFalsafah Idealisme dan pengenalan
Falsafah Idealisme dan pengenalan
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi SemasaTajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
 
Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
 
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSIOntologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
Ontologi Ilmu FALSAFAH ILMU HNF 3012 UPSI
 
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan MetodologiTajuk 3 Logik dan Metodologi
Tajuk 3 Logik dan Metodologi
 
Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 

Similar to Falsafah pendidikan kebangsaan

Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMChon Seong Hoo
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasPeranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasLEE woan sy
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSiput Sedut
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 

Similar to Falsafah pendidikan kebangsaan (20)

Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Analisis fpk
Analisis fpkAnalisis fpk
Analisis fpk
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Fpk
FpkFpk
Fpk
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019Manual srendah-rintis-2019
Manual srendah-rintis-2019
 
Interview
InterviewInterview
Interview
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khasPeranan dan cabaran guru pendidikan khas
Peranan dan cabaran guru pendidikan khas
 
Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (12)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Falsafah pendidikan kebangsaan

  • 1. PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirahim.. Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang di anugerahakan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang amat saya hormati Professor Madya Mohd Noor Azhar Bin Yusof, kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menyiapkan menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi perigatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih. 1
  • 2. PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha kerajaan untuk membangunkan lagi taraf pendidikan rakyat Malaysia. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan, termasuk rukun Negara.falsafah pendidikan Negara ini akan menjadi suluh yang member pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan tau di luar institusi pendidikan. Sehubungan dengan ini falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluankeperluan individu masyarakat dan Negara. Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas laporan Akta pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideolgi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan Negara yang dinyatakan berikut adalah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara meneyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan Negara. Falsafah pendidikan kebangsaan dahulunya dikenali sebagai Falsafah pendidikan Negara. Falsafah pendidikan kebangsaan digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah pendidikan kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. 2
  • 3. MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri berikut : 1. Percaya dan patuh kepada Tuhan. 2. Berilmu pengetahuan . 3. Berakhlak mulia. 4. Bertanggungjawab kepada diri, masyrakat ,agama dan negara. 5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 6. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum. Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah Negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina warganegara Malaysia Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksankan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi Negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada Negara. Taat setia kepada raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan dicerboh kerana penghianatan rakyatya. 3
  • 4. Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang kaum.rakyat yang seniasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk Negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai lima pinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu, kepercayaan kepada Tuhan keprcayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluan diantara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum melayu,cina dan india. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu, sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. 4
  • 5. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBAGSAAN Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan Negara. Sehubungan ini, falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti oleh pakarpakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu masyarakat dan Negara.untuk menggubal falsafah pendidikan kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang bermanfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor berkaitan hendaklah dipertimbangkan dahulu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal falsafah pendidikan kebangsaan ialah, faktor agama,politik,ekonomi,sosial,individu dan sejagat. Faktor pertama ialah faktor Agama, agama Islam merupakan agama rasmi bagi Negara Malaysia. Di samping itu agama kristian, agama budha, agama hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang Negara. Agama-agama ini khasnya agama islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam prosese penggubalan falsafah pendidikan Negara. Unsure agama ini dapat dihayati daripada penyataan iaitu “mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.” Faktor seterusnya ialah faktor politik, sebagaimana yang telah diketahui umum Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal berlandaskan kepada ideologi Negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha memebentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar pendidikan Negara sehubungan ini matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada penyataan Falsafah Pendidikan Negara. 5
  • 6. Selain itu, ekonomi juga adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu Negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pegeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertangungjawab,dan bekeupayaan untuk member sumbangan terhadap kemakmuran Negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan Negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara. “melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.” Seterusnya ialah faktor sosial, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi,berkerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu : “melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri” Faktor individu juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan Falasfah Pendidikan Kebangsaan. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insane yang seimbang dan harmnis. insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor sejagat adalah faktor yang terakhir sekali yang termaktub dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggubalan Falsafah Pendidkan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya keatas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Contohnya, program pendemokrsian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan 6
  • 7. pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia merupakan usaha yanga berterusan. Hal ini jelas mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Warganegara yang berketrampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sisitem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan Negara maju yang lain. 7
  • 8. PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Terdapat beberapa peranan yang digariskan dalam Falsafah pendidikan kebangsaan antaranya ialah, peranan FPK di sekolah. Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang sekolah merupakan institusi formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas, sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Peranan seterusnya ialah peranan FPK dalam aspek kepimpinan. Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepimpinan, pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubung dengan guru dan juga murid, mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK. Selain itu pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya disekolah aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat fpk dapat direalisasikan. Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah- sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk 8
  • 9. menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap..sesuatu perubahan. Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid..(Rutter..et..al,1979). Peranan FPK dalam aspek budaya sekolah juga penting aspek kedua ini perlu diberi penekanan. Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkam murid bebas berinterkasi diantara murid dengan murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelabagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan. 9
  • 10. Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat..membaca..yang..berterusan. Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua – Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Aspek terakhir ialah disiplin, sekolah sebagai egen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras maslah disiplin sehingga keperingkat akar umbi. Aklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek 10
  • 11. jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan kemahuan FPK. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. 11
  • 12. ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNS12-UR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Antara elemen-elemen dan unsure-unsur penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan ialah pendidikan ialah satu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlaku secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanakyang berda dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh perseklahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelabagi perubahan. Elemen yang kedua ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu telah diberkati tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi,seelok-elknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui interaksi sosial denagan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya member peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Elemen yang ketiga ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat poten dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya dihubungkait atau diselarsakan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Seterusnya elemen yang keempat ialah insane yang seimbang dan harmonis. Amat penting bagi individu, memiliki ilmu,(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percya kepada tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani), keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonisa dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masaalah yang timbul. Elemen kelima ialah unsur intelek, unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M, membaca, menulis dan mengira,ianya berkemahiranuntuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif, implikasinya, pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur rohani ialah elemen keenam.implikasinya, individuakan menyedari dan percaya pada tuhan pada tuha selain bersyukur dengan pemberian tuhan. Individu juga akan berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai 12
  • 13. emosi yang matang dan stabil, individu itu juga akan memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. Elemen kelapan ialah unsur jasmani, individu akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal disamping menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ialah elemen kesembilan, elemen ini membantu individu untuk mengakui tentang kewujudan tuhan dan menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakanperaturan yang ditetapkan oleh tuhan, mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, cintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca, mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Rakyat Malaysia yang berketrampilan ialah elemen yang kesebelas ia mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna, individu juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih,dan cekap, mematuhi peraturan dan undang-undang Negara. Elemen yang ketiga belas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri berfikiran waras dan berjiwa tenang, mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Elemen yang keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan kemakmuran masyarakat dan Negara, individu akan berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi,bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi Negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan.sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara, mematuhi paerlembagaan dan peraturan Negara. Meampertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan Negara. Elemen yang keliam belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Individu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat,dan Negara. Individu akan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan Negara. 13
  • 14. IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Elemen-elemen dan unsur penting dalam FPK ini member implikasi terhadap sisitem pendidikan Negara. Antara implikasi yang telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat pendidikan yang jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para pendidikan juga hendaklah memainkan peranan dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut, mereka hendaklah, bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknlogi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu, mereka seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang di ajar. Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan Negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan satu impian sahaja. Falsafah pendidikan kebangsaan dapat membantu sekolah dalam proses mewujudkan sekolah berkesan. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan kecermelangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah, terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta kecermelangan bagi setiap pelajar. 14
  • 15. STRATEGI MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan usaha daripada kementerian pendidikan dan kaum guru. Peranan kementeriaan pelajaran ialah, pendekatan strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam buku dasar pembangunan pendidikan kebangsaan, strategi ini merangkumi tiga bidang, iaitu pembangunan insan, pembagunan sumber pendidikan dan penyelidikan dan pembangunan. Pembangunan insan. Matlamat pembangunan insan ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Strategi pembangunan insan ini memberi penekananpenekanan berikut:  Penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungan mengikut keperluan semasa.  Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi yang canggih seperti ICT.  Penekanan kepada pendidikan agama dan moral dengan proses penerangan nilainilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan dalam semua mata pelajaran.  Penekanan kepada sains dan teknologi dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang ini.  Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidangdan pendekatan alternatif,misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional.  Pemupukan semanagat patriotisme melalaui penyerapan unsurnya dalam semua mata pelajaran, di samping melalui aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat. Peranan seterusnya ialah pembangunan sumber pendidikan. Tujuan utama pembangunan sumber pendidikan ialah menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Pembangunan sumber pendidikan ini memberi penekanan-penekanan seperti, penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan semasa. 15
  • 16. Seterusnya ialah pelaksanaan program pendidikan mengikut perancanagan dengan memastikan bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat dicapai. Dan yang terakhir, peningkatan keberkesanan proses pengajaryang berkualiti serta persekitaran pembelajaran yang kondusif,termasuk kemudahan internet dan bahan multimedia. Peranan yang terakhir ialah, penyelidikan dan pembangunan (R&D). Tujuan ialah menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan adalah mengemas ilmu, membaiki serta mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa. Sehubungan ini, strategi menggalakkan penyelidikan dan pembagunan adalah memberi tumpuan kepada, penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan dengan mengajar program latihan bagi guru pakardan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Selain itu, mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan. Seterusnyanya ialah merangka dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan pendidikan. 16
  • 17. PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN STRATEGI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sewajarya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi kementerian pelajaran Malaysia, demi dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadinya sebagai pusat kecermelangan pendidikan di serantau. Sehubungan ini, usaha guru dalam merelisasikan strategi kementeriaan pelajaran adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan seperti, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek jasmani,emosi,rohani,dan intelek (JERI) secara keseluruhan.dan bersepadu. Selain itu, pelaksaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelengaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat melalui usaha mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pemabangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan. Sesungguhnya misi kementerian pelajaran malaysia selaras dengan matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecermalangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut :  Prasarana yang berkualiti.  Aplikasi teknologi yang canggih (ICT)  Warga pendidikan yang proaktif.  Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan terkini.  Peluang diadakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)  Ada dasar pendidikan terbuka. 17
  • 18. Konklusinya, untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi kementeriaan pelajaran Malaysia, guru memainkan pearanan penting dalam perlaksanaan strategi-strategiyang ditentukan seperti dihuraikan di atas. 18
  • 19. RUMUSAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan matlamat dan misi kementerian pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang. Penyataan-penyataan ini juga menggambarkan hasrat negara untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Justeru, usaha daripada semua golongan pendidik harus berfokus kearah merealisasikan kehendak negara ini. Sebagai seorang pendidik yang melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan pada peringkat sekolah, guru harus sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh memanfaatkan murid. Kualiti murid yang dihasilkan oleh institusi pendidikan kita menjadi petunjuk kepada kejayaan ataut kegagalan pendidikan kebangsaan. 19
  • 20. RUJUKAN Falsafah pendidikan di Malaysia (mok soon sang) http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/faktor-faktor-dalam-pembentukan.html http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.html 20
  • 22. 22