SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
TUGASAN 2: Penulisan Akademik
1.0 PENGENALAN
Belajar dan mengajar adalah bukan kerja yang mudah walaupun kedua-dua guru dan
murid mempunyai latar belakang yang sama dari segi sosial, ekonomi dan budaya (Witsel,
2003).Oleh sebab itu, kebanyakan daripada para guru mengalami sedikit cabaran apabila
mereka perlu berurusan dengan murid dan guru yang datang daripada latar belakang budaya
yang berbeza. Oleh yang demikian, guru perlulah diberikan satu peluang perkembangan
kendiri secaraprofessional yang boleh membantu mereka dalam mempelajari metodologi dan
termotivasi untuk mengamalkan persekitaran pembelajaran mesra budaya terutamanya di
dalam negara Malaysia yang berbilang kaum. Misalnya, saya telah mengikuti lawatan ke SK
(A) Bukit Cheding yang merupakan sekolah orang asli pada 29 Januari 2019 untuk
menjalankan satu temu bual berkaitan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya
untuk mendapatkan maklumat pengurusan bilik darjah mesra budaya dan hubungannya
dengan keberhasilan murid. Selain itu, semasadi sekolah itu juga, saya dan rakan-rakan telah
melakukan beberapa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang inovatif bagi mengkaji
isu bilik darjah mesra budaya ini.
2.0 BUTIRAN AKTIVITI KETINTING BUDAYA
Aktiviti yang telah saya laksanakan bersama kumpulan saya ialah aktiviti yang
dinovasikan daripada permainan lompat ketinting yang banyak dimainkan oleh kanak-kanak
di peringkat umur sekolah rendah tetapi ketinting yang dimainkan di SK (A) Bukit Cheding ini
memerlukan dua orang untuk melompat sekaligus dan menggunakan tapak yang bulat dan
bukannya petak seperti kebiasaannya.
2
Rajah 1: Ketinting Budaya
2 4 5 631
A B
PETUNJUK:
- Gegelungbesi
Bahan dan perkara yang diperlukan untuk menjalankan permainan ini cumalah
beberapa gegelung besi, hon dan juga kawasan lapang yang selamat untuk mengelakkan
kecederaan apabila murid-murid melompat. Cara bermain Ketinting Budaya ini sangalah
mudah. Guru hanya perlu menyediakan gegelung dan juga beberapa jenis soalan. Jadi jika
dirujuk pada Rajah 1, murid A dan murid B akan berdiri di hujung ketingting sambil memegang
hon tangan. Apabila guru berkata “Mula!”, kedua-dua murid A dan B hendaklah melompat ke
dalam gegelung pertama dengan mengangkat sebelah kaki. Langkah yang sama diulangi
sehinggalah murid sampai ke gegelung di mana mereka bertemu. Sebagai contoh dalam
Rajah 1, mereka bertemu di dalam gegeolung keempat, jadi murid yang sampai dahulu ke
kawasan mereka bertembung hendaklah membunyikan hon tangan. Setelah murid
membunyikan hon, guru hendaklah membacakan soalan dan meminta murid menjawab
soalan. Bagi memastikan kelancaran permainan, guru hendaklah menyediakan skema
jawapan sebelum memulakan permainan. Soalan yang ditanyakan mestilah berbentuk
kepelebagaian kaum di Malaysia, ciri-ciri setiap budaya dan sebagainya. Sekiranya Murid A
berjaya menjawab soalan, Murid B dikehendaki keluar daripada gegelung dan memulakan
pusingan kembali daripada gelung keeenam manakala murid A boleh terus melompat
sehinggalah bertemu kebali dengan murid B di gegelung yang seterusnya. Permainan
diteruskan sehinggalah mana-mana murid berjaya sampai ke gegelung yang terakhir dan
dikira sebagai pemenang serta mendapat satu mata bagi kumpulannya.
2.1 HUJAH PEMILIHAN AKTIVITI
Bagi pendapat saya, saya dan rakan-rakan memilih aktiviti ini kerana melalui
permainan ini, saya boleh mengkaji dan menganalisis tahap pengetahuan murid orang asli
bersuku Temuan di SK (A) Bukit Cheding tentang kemahiran sosiobudaya mereka. Jadi,
permainan ini sebenarnya berkait dengan model sosial Bronfenbrenner yang dikenali sebagai
Teori Ekologi. Teori yang mengatakan bahawa terdapat empat jenis pengaruh lingkungan
sekitar perkembangan seseorang kanak-kanak. Iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem dan kronosistem (Noriati, Boon, & Sharifah Fakhriah, 2017). Sebagai contoh,
antara contoh soalan yang disoal kepada murid-murid ialah makanan tradisional kaum Cina.
Berdasarkan hari kejadian, murid-murid ini tidak dapat menjawab soalan yang diberikan
walaupun sudah diberi beberapa klu. Jadi, berdasarkan situasi ini, saya dapat mengetahui
bahawa tahap pengetahuan mereka terhadap kaum lain adalah sangat terhad. Hal ini
mungkin kerana, hampir keseluruhan murid-murid di situ adalah kaum Temuan dan
mempunyai kepercayaan animism kecuali beberapa orang sahaja yang beragama islam.
Maka, mereka kurang terdedah terhadap budaya kaum lain kerana mereka tidak pernah
berjumpa dan bersosial dengan bangsa-bangsa lain dan secara tidak langsung, sistem
mikrosistem mereka iaitu interaksi murid-muriddengan keluarga, rakan sebaya dan jiran tidak
berkembang menyeluruh sebaliknya hanya tertumpu dengan golongan bangsa yang sama
sahaja pada setiap hari. Oleh yang demikian, sekiranya guru mengaplikasikan permainan ini
untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya di Malaysia, murid-murid dapat menambah
pengetahuan mereka dan menjadi satu lonjakan untuk mereka mula meningkatkan kemahiran
sosiobudaya mereka kerana guru merupakan individu mustahak dalam membentuk
perkembangan kanak-kanak supaya menjadi individu yang cemerlang dalam akademik dan
memilik personaliti yang terbaik seperti nilai patriotisme yang tinggi dalam jiwa (Rohayati,
Tengku Intan Marlina, & Madiawati, 2018). Apabila sudah mendidik murid-murid, guru
mungkin boleh menyambung usaha untuk mendidik ibu bapa orang asli juga sebagai contoh
melalui Hari Kantin yang berfokus kepada pameran tentang kaum-kaum yang ada di Malaysia
dan membuat kerjasama dengan institusi lain seperti IPG (Institut Pendidikan Guru) dan
Jabatan Kemajuan Orang Asli supaya peringkat mikrosistem boleh bertambah baik menjadi
peringkat mesositem kerana kedua-dua ibu bapa dan guru menekankan kemahiran
sosiobudaya dalam diri anak-anak.
Selain itu, permainan Ketinting Budaya ini juga mempunyai hubungan yang sangat
rapat dengan kemahiran 6C. 6C merupakan komponen penting dalam Pendidikan Abad ke-
21 yang terdiri daripada Character, Citizenship, Collaboration, Communication, Creativity dan
Critical Thinking. Jadi, berdasarkan aktiviti yang telah kami jalankan iaitu Ketinting Budaya,
saya mendapati bahawa aktiviti ini meliputi kesemua aspek 6C cuma saya hanya mahu
menekankan kepada beberapa aspek sahaja. Sebagai contoh, dalam pembinaan karakter,
kita jelas mengetahui bahawa masyarakat orang asli ialah masyarakat yang terkenal dengan
sifat pemalu. Jadi, pada mulanya kami bermain permainan ini dengan mereka, mereka
kelihatan seperti malu-malu dan sedikit pasif. Tetapi apabila mereka mula berjaya menjawab
soalan dan memenangi permainan tersebut, mereka mula kelihatan aktif dan menjadi lebih
yakin dengan diri sendiri. Sifat percaya kepada diri sendiri inilah yang menjadi satu qualiti
positif dalam diri yang diperlukan untuk menempuh cabaran dalam dunia yang kompleks ini
lebih-lebih lagi untuk membuka mata masyarakat bahawa masayarakat orang asli juga boleh
memiliki kehidupan yang lengkap (Fullan & Scott,2014). Selain itu, antara kemahiran 6C yang
lain ialah Citizenship yang jelas kelihatan sepanjang permainan kerana objektif Ketinting
Budaya itu sendiri adalah untuk meningkatkan kemahiran sosiobudaya dalam diri setiap
individu yang bermain permainan ini kerana setiap pemain akan ditanyakan soalan-soalan
tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, pemimpin-pemimpin tanah air dan juga isu-isu
global seperti perperangan antara negara dan sebagainya. Oleh itu, permainan ini akan
menuntut pemainnya supaya berfikir sebagai seoarang warganegara global yang
mengambilkira dan memandang suatu permasalahan dari aspek kepelbagaian. Walaupun
pada mulanya mereka tidak mengetahui budaya-budaya lain kerana lingkup kehidupan
mereka hanya berdasrkan budaya mereka, namun sekiranya kita menerapkan permainan ini,
dedahkan mereka dengan lebih banyak peluang untuk berjumpa dan bersosial dengan
bangsa lain, mereka akan lebih sedar tentang perkara yang diterapkan oleh sesuatu budaya
lalu boleh mewujudkan sikap lebih peka dengan keperluan sesuatu individu dari segi
budayanya. Mereka juga akan belajar untuk berkomunikasi dengan individu lain mengikut
cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya (Noriati, Boon, & Sharifah Fakhriah,
2017). Di samping itu, apabila mereka bermain permainan ini juga mereka dapat memupuk
kemahiran kolaborasi kerana kemenangan mereka dalam permainan mereka akan dikira dan
ditambah satu mata untuk markah kumpulan. Jadi, bukan hanya memikirkan diri mereka
sahaja, mereka akan menjawab soalan untuk markah kumpulan juga. Sewaktu permainan
dijalankan juga, saya mendapati bahawa mereka saling menyokong antara satu sama lain
dan memberi kata-kata semangat apabila jawapan yang diberi salah. Oleh yang demkian,
jelaslah bahawa pemainan yang meliputi kemahairan 6C dapat melahirkan indidvidu yang
kompeten bukan sahaja dari segi ilmu dan kemahiran malahan 6C ini juga boleh memupuk
jati diri dan interpersonal seseorang individu apabila berhadapan dengan sesuatu masalah
dalam kehiduapan yang sebenar. (Fullan & Scott, 2014)
3.0 PENUTUP
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa aktiviti PdP yang memupuk keamhiran
sosiobudaya banyak memberi kesan kepada sesuatu kelas dan juga lebih-lebih lagi apabila
digunakan keapda murid-murid SK (A) Bukit Cheding ini. Jadi, sebagai seorang guru, sebelum
kita hendak mendidik anak murid, kita terlebih dahulu perlu belajar dan melengkapkan ilmu di
dada tentang perhubungan kelompok etnik kerana guru merupakan agen pembina nilai
perpaduan. Hal ini demikian kerana, guru yang menanamkan sifat integriti nasional dalam
dirinya akan mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya untuk murid-murid
yang mempunyai pelbagai latar belakang. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan diri dalam
perkongsian atau bengkel tentang penerapan nilai budaya dalam sesuatu bilik darjah atau
melakukan kunjungan ke sekolah orang asli sepertimana yang telah kami lakukan kerana
kunjung seperti ini mampumembuka matakita tentang pegangan bangsa lain dan membentuk
satu keg=fahaman yang lebih jitu tentang pembelajaran menggunakan budaya.
RUJUKAN
Fullan,M.,& Scott, G. (2014). NewPedagogiesforDeep Learning Whitepaper:Education PLUS.
Seattle:CollaborativeImpactSPC.
Noriati,A.R.,Boon,P. Y., & SharifahFakhriah,S.A.(2017). Budaya dan Pembelajaran. ShahAlam:
OxfordFajarSdn.Bhd.
Rohayati,J.,TengkuIntanMarlina,T. M., & Madiawati,M. @. (2018). MesosistemdalamNovel
Kanak-kanakTerpilih. JurnalPengajian Melayu,Jilid 29, 181-200.
Wells,A.S.,Fox,L.,& Cordova-Cobo,D.(2016). How Racially Diverse Schoolsand Classroomscan
Benefit All Students. The CenturyFoundation.
Witsel,M.(2003). Teachingandlearningissuesinthe multicultural classroom. Proceedingsof
EffectiveTeaching and Learning Conference,Brisbane,6-7November,,.

More Related Content

What's hot

Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaIrwan Nazarudin
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 

What's hot (20)

Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 

Similar to Permainan Mesra Budaya

Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Suhaidah Ismail
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13NurulHazrati
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
Laporan Pembelajaran Berkhidmat
Laporan Pembelajaran BerkhidmatLaporan Pembelajaran Berkhidmat
Laporan Pembelajaran BerkhidmatBilan Dal-dal
 
Program bimbingan bahasa melayu spm
Program bimbingan bahasa melayu spmProgram bimbingan bahasa melayu spm
Program bimbingan bahasa melayu spmmohdshahrinshah
 
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastKepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastRadziah Mokhtar
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baruJamaliah Hashim
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaSalmah Md Amin
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioNorfiza Bulka
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3shockgadof
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaNurul Akmal
 
Nota konsep main
Nota konsep mainNota konsep main
Nota konsep mainahmadjalani
 

Similar to Permainan Mesra Budaya (20)

Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2
 
Photo talk
Photo talkPhoto talk
Photo talk
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
 
Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Laporan Pembelajaran Berkhidmat
Laporan Pembelajaran BerkhidmatLaporan Pembelajaran Berkhidmat
Laporan Pembelajaran Berkhidmat
 
Program bimbingan bahasa melayu spm
Program bimbingan bahasa melayu spmProgram bimbingan bahasa melayu spm
Program bimbingan bahasa melayu spm
 
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastKepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
 
Kepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajarKepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajar
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Implikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosioImplikasi kepelbagaian sosio
Implikasi kepelbagaian sosio
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
 
Nota konsep main
Nota konsep mainNota konsep main
Nota konsep main
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Hsp psk thn6
Hsp psk thn6Hsp psk thn6
Hsp psk thn6
 

More from Fatin Nabilah Norzaidi

Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit KudaPerancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit KudaFatin Nabilah Norzaidi
 
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cederaPertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cederaFatin Nabilah Norzaidi
 
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...Fatin Nabilah Norzaidi
 
Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahan
Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahanPenulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahan
Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahanFatin Nabilah Norzaidi
 
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu KerohanianKertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu KerohanianFatin Nabilah Norzaidi
 
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran SimulasiAdvance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran SimulasiFatin Nabilah Norzaidi
 
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan RemajaAmalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan RemajaFatin Nabilah Norzaidi
 
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG Fatin Nabilah Norzaidi
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandFatin Nabilah Norzaidi
 
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor) - LED
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor)  - LED Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor)  - LED
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor) - LED Fatin Nabilah Norzaidi
 

More from Fatin Nabilah Norzaidi (20)

Laporan kajian kes basikal klasik
Laporan kajian kes basikal klasikLaporan kajian kes basikal klasik
Laporan kajian kes basikal klasik
 
Perlembagaan Kelab Eko-Renjer
Perlembagaan Kelab Eko-RenjerPerlembagaan Kelab Eko-Renjer
Perlembagaan Kelab Eko-Renjer
 
Kertas Kerja Penubuhan Eko-Renjer
Kertas Kerja Penubuhan Eko-RenjerKertas Kerja Penubuhan Eko-Renjer
Kertas Kerja Penubuhan Eko-Renjer
 
Analisis Soalan Sains Tahun 5
Analisis Soalan Sains Tahun 5Analisis Soalan Sains Tahun 5
Analisis Soalan Sains Tahun 5
 
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit KudaPerancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
Perancangan Semester 2018 Unit Beruniform Pengakap SK Bukit Kuda
 
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cederaPertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
Pertolongan Cemas yang diberikan kepada atlet gimnas yang cedera
 
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
Latar Belakang, Sumbangan dan Impak Sumbangan Terhadap Perkembangan Astronomi...
 
Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahan
Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahanPenulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahan
Penulisan Esei: Kesan Hibrid Terhadap Kemandirian Spesis Buah-buahan
 
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu KerohanianKertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian
 
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran SimulasiAdvance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
Advance Organiser bagi Kaedah Pengajaran Simulasi
 
Hanyutan Genetik // Genetic Drift
Hanyutan Genetik // Genetic DriftHanyutan Genetik // Genetic Drift
Hanyutan Genetik // Genetic Drift
 
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam PendidikanKepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
 
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan RemajaAmalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
Amalan Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak dan Remaja
 
Pembenihan Awan
Pembenihan AwanPembenihan Awan
Pembenihan Awan
 
Anak Menjadi Habuan Bapa
Anak Menjadi Habuan BapaAnak Menjadi Habuan Bapa
Anak Menjadi Habuan Bapa
 
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
Chlamydia STD : KESAN CHLAMYDIA PADA WANITA DAN IBU MENGANDUNG
 
Living Organism, Soil Profile
Living Organism, Soil Profile Living Organism, Soil Profile
Living Organism, Soil Profile
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
 
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor) - LED
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor)  - LED Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor)  - LED
Kimia Bukan Organik ( Semikonduktor) - LED
 
Kimia Bukan Organik - Semikonduktor
Kimia Bukan Organik - SemikonduktorKimia Bukan Organik - Semikonduktor
Kimia Bukan Organik - Semikonduktor
 

Recently uploaded

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 

Recently uploaded (11)

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 

Permainan Mesra Budaya

  • 1. TUGASAN 2: Penulisan Akademik 1.0 PENGENALAN Belajar dan mengajar adalah bukan kerja yang mudah walaupun kedua-dua guru dan murid mempunyai latar belakang yang sama dari segi sosial, ekonomi dan budaya (Witsel, 2003).Oleh sebab itu, kebanyakan daripada para guru mengalami sedikit cabaran apabila mereka perlu berurusan dengan murid dan guru yang datang daripada latar belakang budaya yang berbeza. Oleh yang demikian, guru perlulah diberikan satu peluang perkembangan kendiri secaraprofessional yang boleh membantu mereka dalam mempelajari metodologi dan termotivasi untuk mengamalkan persekitaran pembelajaran mesra budaya terutamanya di dalam negara Malaysia yang berbilang kaum. Misalnya, saya telah mengikuti lawatan ke SK (A) Bukit Cheding yang merupakan sekolah orang asli pada 29 Januari 2019 untuk menjalankan satu temu bual berkaitan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya untuk mendapatkan maklumat pengurusan bilik darjah mesra budaya dan hubungannya dengan keberhasilan murid. Selain itu, semasadi sekolah itu juga, saya dan rakan-rakan telah melakukan beberapa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang inovatif bagi mengkaji isu bilik darjah mesra budaya ini. 2.0 BUTIRAN AKTIVITI KETINTING BUDAYA Aktiviti yang telah saya laksanakan bersama kumpulan saya ialah aktiviti yang dinovasikan daripada permainan lompat ketinting yang banyak dimainkan oleh kanak-kanak di peringkat umur sekolah rendah tetapi ketinting yang dimainkan di SK (A) Bukit Cheding ini memerlukan dua orang untuk melompat sekaligus dan menggunakan tapak yang bulat dan bukannya petak seperti kebiasaannya. 2 Rajah 1: Ketinting Budaya 2 4 5 631 A B PETUNJUK: - Gegelungbesi
  • 2. Bahan dan perkara yang diperlukan untuk menjalankan permainan ini cumalah beberapa gegelung besi, hon dan juga kawasan lapang yang selamat untuk mengelakkan kecederaan apabila murid-murid melompat. Cara bermain Ketinting Budaya ini sangalah mudah. Guru hanya perlu menyediakan gegelung dan juga beberapa jenis soalan. Jadi jika dirujuk pada Rajah 1, murid A dan murid B akan berdiri di hujung ketingting sambil memegang hon tangan. Apabila guru berkata “Mula!”, kedua-dua murid A dan B hendaklah melompat ke dalam gegelung pertama dengan mengangkat sebelah kaki. Langkah yang sama diulangi sehinggalah murid sampai ke gegelung di mana mereka bertemu. Sebagai contoh dalam Rajah 1, mereka bertemu di dalam gegeolung keempat, jadi murid yang sampai dahulu ke kawasan mereka bertembung hendaklah membunyikan hon tangan. Setelah murid membunyikan hon, guru hendaklah membacakan soalan dan meminta murid menjawab soalan. Bagi memastikan kelancaran permainan, guru hendaklah menyediakan skema jawapan sebelum memulakan permainan. Soalan yang ditanyakan mestilah berbentuk kepelebagaian kaum di Malaysia, ciri-ciri setiap budaya dan sebagainya. Sekiranya Murid A berjaya menjawab soalan, Murid B dikehendaki keluar daripada gegelung dan memulakan pusingan kembali daripada gelung keeenam manakala murid A boleh terus melompat sehinggalah bertemu kebali dengan murid B di gegelung yang seterusnya. Permainan diteruskan sehinggalah mana-mana murid berjaya sampai ke gegelung yang terakhir dan dikira sebagai pemenang serta mendapat satu mata bagi kumpulannya. 2.1 HUJAH PEMILIHAN AKTIVITI Bagi pendapat saya, saya dan rakan-rakan memilih aktiviti ini kerana melalui permainan ini, saya boleh mengkaji dan menganalisis tahap pengetahuan murid orang asli bersuku Temuan di SK (A) Bukit Cheding tentang kemahiran sosiobudaya mereka. Jadi, permainan ini sebenarnya berkait dengan model sosial Bronfenbrenner yang dikenali sebagai Teori Ekologi. Teori yang mengatakan bahawa terdapat empat jenis pengaruh lingkungan sekitar perkembangan seseorang kanak-kanak. Iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem (Noriati, Boon, & Sharifah Fakhriah, 2017). Sebagai contoh, antara contoh soalan yang disoal kepada murid-murid ialah makanan tradisional kaum Cina. Berdasarkan hari kejadian, murid-murid ini tidak dapat menjawab soalan yang diberikan walaupun sudah diberi beberapa klu. Jadi, berdasarkan situasi ini, saya dapat mengetahui bahawa tahap pengetahuan mereka terhadap kaum lain adalah sangat terhad. Hal ini mungkin kerana, hampir keseluruhan murid-murid di situ adalah kaum Temuan dan mempunyai kepercayaan animism kecuali beberapa orang sahaja yang beragama islam. Maka, mereka kurang terdedah terhadap budaya kaum lain kerana mereka tidak pernah berjumpa dan bersosial dengan bangsa-bangsa lain dan secara tidak langsung, sistem mikrosistem mereka iaitu interaksi murid-muriddengan keluarga, rakan sebaya dan jiran tidak
  • 3. berkembang menyeluruh sebaliknya hanya tertumpu dengan golongan bangsa yang sama sahaja pada setiap hari. Oleh yang demikian, sekiranya guru mengaplikasikan permainan ini untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya di Malaysia, murid-murid dapat menambah pengetahuan mereka dan menjadi satu lonjakan untuk mereka mula meningkatkan kemahiran sosiobudaya mereka kerana guru merupakan individu mustahak dalam membentuk perkembangan kanak-kanak supaya menjadi individu yang cemerlang dalam akademik dan memilik personaliti yang terbaik seperti nilai patriotisme yang tinggi dalam jiwa (Rohayati, Tengku Intan Marlina, & Madiawati, 2018). Apabila sudah mendidik murid-murid, guru mungkin boleh menyambung usaha untuk mendidik ibu bapa orang asli juga sebagai contoh melalui Hari Kantin yang berfokus kepada pameran tentang kaum-kaum yang ada di Malaysia dan membuat kerjasama dengan institusi lain seperti IPG (Institut Pendidikan Guru) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli supaya peringkat mikrosistem boleh bertambah baik menjadi peringkat mesositem kerana kedua-dua ibu bapa dan guru menekankan kemahiran sosiobudaya dalam diri anak-anak. Selain itu, permainan Ketinting Budaya ini juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kemahiran 6C. 6C merupakan komponen penting dalam Pendidikan Abad ke- 21 yang terdiri daripada Character, Citizenship, Collaboration, Communication, Creativity dan Critical Thinking. Jadi, berdasarkan aktiviti yang telah kami jalankan iaitu Ketinting Budaya, saya mendapati bahawa aktiviti ini meliputi kesemua aspek 6C cuma saya hanya mahu menekankan kepada beberapa aspek sahaja. Sebagai contoh, dalam pembinaan karakter, kita jelas mengetahui bahawa masyarakat orang asli ialah masyarakat yang terkenal dengan sifat pemalu. Jadi, pada mulanya kami bermain permainan ini dengan mereka, mereka kelihatan seperti malu-malu dan sedikit pasif. Tetapi apabila mereka mula berjaya menjawab soalan dan memenangi permainan tersebut, mereka mula kelihatan aktif dan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Sifat percaya kepada diri sendiri inilah yang menjadi satu qualiti positif dalam diri yang diperlukan untuk menempuh cabaran dalam dunia yang kompleks ini lebih-lebih lagi untuk membuka mata masyarakat bahawa masayarakat orang asli juga boleh memiliki kehidupan yang lengkap (Fullan & Scott,2014). Selain itu, antara kemahiran 6C yang lain ialah Citizenship yang jelas kelihatan sepanjang permainan kerana objektif Ketinting Budaya itu sendiri adalah untuk meningkatkan kemahiran sosiobudaya dalam diri setiap individu yang bermain permainan ini kerana setiap pemain akan ditanyakan soalan-soalan tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, pemimpin-pemimpin tanah air dan juga isu-isu global seperti perperangan antara negara dan sebagainya. Oleh itu, permainan ini akan menuntut pemainnya supaya berfikir sebagai seoarang warganegara global yang mengambilkira dan memandang suatu permasalahan dari aspek kepelbagaian. Walaupun pada mulanya mereka tidak mengetahui budaya-budaya lain kerana lingkup kehidupan
  • 4. mereka hanya berdasrkan budaya mereka, namun sekiranya kita menerapkan permainan ini, dedahkan mereka dengan lebih banyak peluang untuk berjumpa dan bersosial dengan bangsa lain, mereka akan lebih sedar tentang perkara yang diterapkan oleh sesuatu budaya lalu boleh mewujudkan sikap lebih peka dengan keperluan sesuatu individu dari segi budayanya. Mereka juga akan belajar untuk berkomunikasi dengan individu lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya (Noriati, Boon, & Sharifah Fakhriah, 2017). Di samping itu, apabila mereka bermain permainan ini juga mereka dapat memupuk kemahiran kolaborasi kerana kemenangan mereka dalam permainan mereka akan dikira dan ditambah satu mata untuk markah kumpulan. Jadi, bukan hanya memikirkan diri mereka sahaja, mereka akan menjawab soalan untuk markah kumpulan juga. Sewaktu permainan dijalankan juga, saya mendapati bahawa mereka saling menyokong antara satu sama lain dan memberi kata-kata semangat apabila jawapan yang diberi salah. Oleh yang demkian, jelaslah bahawa pemainan yang meliputi kemahairan 6C dapat melahirkan indidvidu yang kompeten bukan sahaja dari segi ilmu dan kemahiran malahan 6C ini juga boleh memupuk jati diri dan interpersonal seseorang individu apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dalam kehiduapan yang sebenar. (Fullan & Scott, 2014) 3.0 PENUTUP Oleh yang demikian, jelaslah bahawa aktiviti PdP yang memupuk keamhiran sosiobudaya banyak memberi kesan kepada sesuatu kelas dan juga lebih-lebih lagi apabila digunakan keapda murid-murid SK (A) Bukit Cheding ini. Jadi, sebagai seorang guru, sebelum kita hendak mendidik anak murid, kita terlebih dahulu perlu belajar dan melengkapkan ilmu di dada tentang perhubungan kelompok etnik kerana guru merupakan agen pembina nilai perpaduan. Hal ini demikian kerana, guru yang menanamkan sifat integriti nasional dalam dirinya akan mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan diri dalam perkongsian atau bengkel tentang penerapan nilai budaya dalam sesuatu bilik darjah atau melakukan kunjungan ke sekolah orang asli sepertimana yang telah kami lakukan kerana kunjung seperti ini mampumembuka matakita tentang pegangan bangsa lain dan membentuk satu keg=fahaman yang lebih jitu tentang pembelajaran menggunakan budaya.
  • 5. RUJUKAN Fullan,M.,& Scott, G. (2014). NewPedagogiesforDeep Learning Whitepaper:Education PLUS. Seattle:CollaborativeImpactSPC. Noriati,A.R.,Boon,P. Y., & SharifahFakhriah,S.A.(2017). Budaya dan Pembelajaran. ShahAlam: OxfordFajarSdn.Bhd. Rohayati,J.,TengkuIntanMarlina,T. M., & Madiawati,M. @. (2018). MesosistemdalamNovel Kanak-kanakTerpilih. JurnalPengajian Melayu,Jilid 29, 181-200. Wells,A.S.,Fox,L.,& Cordova-Cobo,D.(2016). How Racially Diverse Schoolsand Classroomscan Benefit All Students. The CenturyFoundation. Witsel,M.(2003). Teachingandlearningissuesinthe multicultural classroom. Proceedingsof EffectiveTeaching and Learning Conference,Brisbane,6-7November,,.