3. Apa Yang Kita
Fahami Dari
Ungkapan Ini?
“Ketika air sudah mencapai
ukuran dua kolah, maka ia
tidak membawa kotoran.
Sesungguhnya, lautan tidak
akan dapat bertambah atau
berkurang kadarnya dengan
satu gelas air.”
3
4. Kemuliaan Yang
Banyak Tidak Akan
Tercemar
• Selagimana kita adalah manusia yang
bertaqwa, ta’at kepada Allah SWT dan
banyak melakukan kebaikan MAKA segala
macam kedengkian para pendengki dan
cemuhan para penghasut tidak akan
dapat membahayakan diri kita.
• Kerana manusia tidak akan pernah
membenarkan cemuhan itu jika memang
ia tidak benar. Oleh itu, tenanglah dan
tidurlah dengan nyenyak.
• Sungguh Allahlah yang membuka atau
menutup keaiban seseorang dan Allah
tidak akan mensia-siakan hambaNYa yang
soleh
5. Yang Dikenang &
Dilupakan 5
• Aku telah membaca banyak sekali
kecaman daripada para pendengki dan
penghasut terhadap para imam yang
agung. Tetapi, kecaman-kecaman
tersebut tidaklah diingat ataupun
dinukil serta tidak pernah dibenarkan
oleh seorang pun. Seluruh kecaman itu
tenggelam dalam samudera kebaikan
para imam itu.
• Sebaliknya, aku juga pernah membaca
pujian dan sanjungan kepada orang-
orang yang zalim. Tetapi, semua
sanjungan itu tidak diingat orang, tidak
dinukil dan tidak dibenarkan oleh
sesiapa pun. Seluruh pujian tersebut
tenggelam dalam tumpukan angkara
murka dan kesesatan mereka.
6. Janganlah kita resah dan sedih
dengan apa yang dikatakan oleh
orang lain kerana seluruh manusia
tidak akan membenarkan perkataan
tersebut selagi kita ialah orang yang
mulia (benar) dan hati kita sentiasa
dekat dengan Allah SWT.
7. Carilah Bahagia Dalam
Rimbunan RedhaNya
7
• Kebahagiaan berada di dalam diri kita
sendiri, lantas mengapa kita mencarinya
jauh-jauh?
• Kebahagiaan itu ada pada keimanan kita
kepada Allah SWT. Pada ketaatan dan
kepatuhan padaNya.
• Kebahagiaan berada dalam pergaulan kita
dengan orang-orang pilihan dan hidup
bersama dengan setiap huruf al-Quran
serta menikmati zikir menyebut nama
Allah yang Maha Satu dan Maha Gagah.
• Ianya ada dalam redha kita terhadap
Allah yang telah memberi pelbagai
nikmat. Juga pada keredhaan terhadap
musibah yang ditimpakan kepada kita. Sample Footer Text
8. Kita telah laluinya….
Terkadang kita ketawa
Terkadang air mata membasahi jiwa
Liku hidup ini
Telah mengajarkan segalanya
Dalam suka ada duka
Dalam luka ada Bahagia
Dalam kelam ada cahaya
Dalam kecewa selalu tumbuhnya asa
Sungguh bahagia itu dari Nya
Sebahagian, pada kesempurnaan taqdir Nya
Sebahagian lagi, ketika kita menerima ketentuan Nya
9. Bahagia Itu Pada Kemuliaan
• Kita akan berbahagia selagi kita orang yang mulia
yang banyak melakukan kebaikan.
• Kebahagiaan wujud ketika kita dapat memberikan
kegembiraan dan kebahagiaan di hati anak-anak
yatim, orang miskin, orang sakit, orang yang
sedang diuji dan orang yang berada dalam
kesedihan.
• Kebahagiaan itu ada pada senyuman yang kita
ukirkan diwajah orang yang menanggung derita atau
muram menempuh hidup yang kelam.
• Kebahagiaan berada dalam sikap zuhud terhadap
dunia dan mencari nikmat syurga yang tidak pernah
dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan
terlintas di dalam hati manusia.
10. Jangan Terpedaya
Dengan DUNIA
10
• Dunia mana yang
memperdayakan kita?
• Dunia yang melupakan kita
pada kehidupan Akhirat
sehingga terputusnya
hubungan dengan Allah SWT
• Dunia yang meletakkan BENDA
sebagai neraca kebenaran &
kebahagian
Sample Footer Text
11. Thank you Azmi Bahari
ESETS
[EduServe Training & Supply]