PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
Panduan Fiqh Ibadat Wuduk Solat Puasa
1. Asas Ilmu Fardhu Ain - Blog Empayar Islah
PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN WUDUK
1. Keluar sesuatu daripada dua kemaluan
(qubul dan dubur).
2. Hilang akal dengan sebab seperti pitam,
pengsan, mabuk dan sebagainya.
3. Tidur tidak tetap papan punggung di
atas tempat duduknya.
4. Menyentuh kemaluan dengan perut
tapak tangan tanpa berlapik.
5. Menyentuh kulit lelaki atau perempuan
dewasa yang bukan mahram tanpa
berlapik.
6. Murtad (keluar daripada Islam).
BEBERAPA PERKARA SUNAT
WUDUK
1. Baca Bismillah
2. Basuh tangan
3. Berkumur-kumur
4. Basuh telinga
5. Basuh anggota wuduk 3 kali
6. Menghadap kiblat
7. Tidak bercakap ketika berwuduk
8. Baca doa selepas wuduk
2. Asas Ilmu Fardhu Ain - Blog Empayar Islah
MAKSUD BEBERAPA BACAAN DALAM SOLAT
ِ ِهِمْحَِِ ح
َ ِِمْ ِِحَمْا حَبِحر اَححَمِسُ
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan dengan
pujian untuk-Nya. (Ruku’)
س هِِحْحَ َمحِْْ سل حَِْحُ
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. (I’tidal)
ِ ِهِمْحَِِ ح
َ ىحَمْح م
اأ حَبِحر اَححَمِسُ
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan
segala puji-pujiannya. (Sujud)
ىبِحْ سُمْا ح
َ ِىِِِاحْ ح
َ ِىِِِاْم ح
َ ِىِمْسُ مار ح
َ َِِمَحِ مار ح
َ ََِاجِر ِىِمْحَ مار ح
َ َِْرِمْا رب
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah daku petunjuk, selamatkanlah daku dan
maafkanlah daku. (Duduk Antara 2 Sujud)
Tahiyyat: Segala kehormatan, keberkatan, segala
doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan,
rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya
Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada
kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku
mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah
pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada
Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga
Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati
Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi
Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi
Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina
Muhammad. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi
Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina
Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati
Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi
Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang
Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
13 RUKUN SOLAT
1. Berdiri tegak (solat fardhu)
2. Niat dalam hati ketika Takbiratul ihram (Qasad + Taarud + Ta’yin)
3. Takbiratul ihram - lafaz Allahu Akbar أكبر ا
4. Baca surah al-Fatihah
5. Ruku’ serta tama’ninah. Tama’ninah bermaksud diam sebentar sebelum
meneruskan rukun seterusnya (sekadar masa lafaz satu Tasbih atau 2 saat)
6. I’tidal serta tama’ninah.
7. Sujud dua kali serta tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua
tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki.
8. Duduk antara dua sujud serta tama’ninah.
9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir.
10. Baca tasyahud/tahiyat akhir.
11. Baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.
12. Salam yang pertama. Assalamualaikum عليكم لسالم
13. Tertib iaitu mengerjakan rukun solat mengikut turutan.
6 Rukun Fi’li (Perbuatan) : Berdiri - Ruku’ - I’tidal - Sujud - Duduk Antara 2 Sujud -
Duduk Tahiyyat Akhir
5 Rukun Qauli (Ucapan) : Takbiratul ihram - al-Fatihah - Tahiyyat Akhir - Selawat
atas Nabi (Tahiyyat Akhir) - Salam Pertama
2 Rukun Qalbi (Hati) : Niat - Tertib
3. Asas Ilmu Fardhu Ain - Blog Empayar Islah
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Berkata-kata dengan sengaja.
Berkata-kata dengan dua huruf dan ke atas walau tidak
difahami, atau satu huruf yang difahami maknanya.
2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat
3. Kedatangan hadas (kecil atau besar)
4. Terkena atau menanggung najis yang tidak dapat
dimaafkan
5. Menggerakkan anggota badan (besar) 3 kali berturut-turut
atau melompat sekali
6. Terbuka aurat
13. Tidak menghadap kiblat dengan dada
14. Memanjangkan rukun pendek (I’tidal dan duduk antara 2
sujud)
15. Mengubah niat
16. Makan walaupun sedikit
17. Minum walaupun sedikit
18. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat (seperti
ketawa dan menangis teresak-esak)
19. Murtad (keluar daripada agama Islam)
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT
1. Mengetahui masuk waktu solat
2. Menghadapkan dada ke arah kiblat
3. Suci daripada hadas kecil dan besar
4. Bersih daripada najis (badan, pakaian dan tempat solat)
5. Menutup aurat
4. Asas Ilmu Fardhu Ain - Blog Empayar Islah
PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA PUASA
1. Sahur dan melambatkan sahur
2. Segera berbuka puasa
3. Meninggalkan kata-kata tidak baik (tidak bermanfaat)
4. Iktikaf di masjid
5. Solat Tarawih
6. Tadarus al-Quran
7. Memperbanyakkan sedekah
Ramadhan:
1. Bulan ketakwaan
2. Bulan yang dapat menjaga hawa nafsu
3. Bulan yang dapat menajamkan fikiran
1. Niat
Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan
hanya melafazkannya dengan lidah.
i. Berniat pada waktu malam (puasa wajib)
Iaitu hendaklah dilakukan qasad (kehendak melakukan puasa) itu pada waktu
malam, iaitu sebelum terbit fajar (subuh).
ii. Penentuan
Ini dilakukan dengan menetapkan jenis puasa.
iii. Berulang-ulang
Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadhan
bukanlah ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadat yang berulang-ulang dan
setiap ibadat itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri.
Pendapat Ulama Syafi’iyyah (Niat sebulan dan niat setiap malam sekaligus)
Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah
Ta’ala & Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
2. Menahan diri daripada Perkara yang
membatalkan Puasa
Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah :
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang
terbuka
3. Memasukkan sesuatu ke dalam qubul atau dubur.
4. Muntah dengan sengaja
5. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa
keluar air mani
6. Mengeluarkan air mani dengan segaja
7. Haid
8. Nifas
9. Pengsan sepanjang hari
10. Gila (walaupun sekejap)
11. Murtad
2 RUKUN
PUASA
1. Niat
2. Menahan diri
daripada
perkara-perkara
membatalkan
puasa
Sebahagian Rujukan
1. Miftahul Murid fi Ilm Tauhid, Syeikh Zainal
Abidin al-Fathoni
2. Faridatul Faraid fi Ilm Aqaid, Syeikh Wan
Ahmad al-Fathoni
3. Kitab Sifat 20, Syeikh Ustman Betawi
4. Sullamul Mubtadi, Syeikh Daud al-Fathoni
5. Hidayatus Sibyan, Syeikh Husain Nasir
al-Banjari
Rajah/Gambar
6. JAKIM
7. Jom Solah
8. Pixy.org