SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
1
JAWAPAN ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’
Mohd Aizam bin Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM
Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’
tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari
20091
. Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan
kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan.
Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi
Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala?
Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan?
Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui
sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah.
Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah
supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di
Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan
mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang
juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.
Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara
dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan
memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah
dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam
tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini.
Justeru, apa pula ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan?
Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut?
Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu
ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan
mereka sendiri!
Bid’ah Asyura tajaan Syiah
Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari memperingati peristiwa
Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW
pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW
yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari
apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana
Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari
itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk
mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada
kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
1http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=R
encana&pg=re_02.htm
2
Itulah cara memperingati hari Asyura, sesuai dengan apa yang telah diamal dan
diajarkan oleh Rasulullah SAW beserta para sahabatnya dan sesuai dengan apa
yang dilakukan oleh Saiyidina Ali ra dan Saiyidina Husin ra serta seluruh Ahlul Bait
dan keturunannya sampai kini.
Namun apabila syahidnya Saiyidina Husin ra di bumi Karbala pada 10 Muharram
tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bid’ah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan
oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan
dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati
kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti
berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeris. Mereka juga
mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh
dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan
sebagainya. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal. 141,
Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).
Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap
yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala
menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah? Jawapannya mudah. Ini
kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin
di Karbala!
Syiah pencetus peristiwa Karbala
Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka
yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj
'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali
Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke
Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)!
Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah
kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya
datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian
taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina.
Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al-
Ihtijaj juz 2 hal. 306)
Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al-
Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai
Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang
Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”,
seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu
telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah
membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah-
darah kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302).
Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah
kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada
Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang
Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu.
3
Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput
kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk
memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka
sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu
musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al-'Uyun,hal 391).
Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan
bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husin
kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan
bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A'yanus
Syi'ah jilid 1 hal 34).
Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad
Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan
lain-lain lagi.
Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan
bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali
ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak
berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini
diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti
Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing.
Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara
ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak
pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga"
kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara
sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-
apa”. (Jilaau al-'Uyun, hal. 430)
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-'Mu'minin bahawa
selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua
orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, “Kita telah
memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya,
kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini
tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu
berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka
membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah
menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan
yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan
sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran
“al-Tawwabun”.
Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie dalam pembunuhan
Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah
seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan
Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina
Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan
Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
4
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera
untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari
kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-'Uyun dan Khulashat
al-Mashaaib, hal. 37)
Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah
menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangan-
tangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan
pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu
sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman
dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan kata-kata, “Tetapi peristiwa
penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh
tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”.
Tuduhan
Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan pembunuhan Saiyidina
Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu Umar bin Saad bin
Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah
melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan
di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut
bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih lagi nampak
airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al-
Thabari jilid 4 m.s. 245)
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak
mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali
bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di
atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara zalim itu.
Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya
dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz
Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang meriwayatkan hadith
daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu
Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadith daripada
ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan
hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas,
Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid
bin Abi Habib dan lain-lain lagi”.
‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau
adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396)
Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang
yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang yang
dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezaliman
terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar bin
Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadith
5
menerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin
Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam.
Larangan meratap
Setelah memahami isu di atas, kita boleh menyimpulkan tiada kena mengena sama
sekali antara sambutan mengingati peristiwa Karbala anjuran Syiah dengan
perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis. Hari Asyura
yang berkonsepkan Karbala itu tidak pernah dan tidak akan menjadi tradisi di
kalangan penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Malah tradisi Sunni ialah berpegang
kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.
Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menampar-
nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala
adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah
SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud ra
bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-
mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”.
(Sahih Bukhari Kitab al-Jan’aiz dan Muslim Kitab al-Iman).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda, “Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang
meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah
akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari
nyalaan api neraka”.(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap).
Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh
Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang
melakukannya. Kerana itu tiada ulama di kalangan Ahli Sunnah yang
mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu
syiar.
Sunni pejuang bumi Palestin
Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya syiar perayaan Karbala itu
terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran mencabar kebiadapan Amerika
Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir Zionis di selatan Lubnan. Jika
itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan golongan Sunni lebih berhak mendapat
pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis
hanya berjaya dibebaskan oleh golongan Sunni.
Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang membebaskan Palestin setelah ia
diperintah selama 12 kurun oleh kerajaan Babilon, Yunani, Parsi dan Rom?
Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah
yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis
melalui satu penyerahan terhormat yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus
pada tahun ke-17 hijrah bersamaan tahun 638 masihi. Panji Islam terus mengibar di
6
bumi suci ini sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan
oleh Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu
Bakar al-Siddiq ra.
Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat sahaja, bagaimana ketika
umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang
beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu.
Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai
menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul
Aziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455).
Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh
Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu
dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini
(hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari
kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. "
Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama yang telah berjaya
membebaskan bumi Palestin?
Perhatikan pula, siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua
selepas ia jatuh ke tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099? Sejarah mencatatkan
sewaktu penaklukan berlaku, tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam
lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai
orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum
Salib. Keganasan yang melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi
dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru,
siapakah akhirnya yang telah membebaskan bumi suci ini daripada tentera Salib?
Adakah ia seorang Syiah?
Sekali-kali tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan
Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin
merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan. Kelahiran Sultan
Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepada
umat Islam pada zaman tersebut. Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan
Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis.
Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib.
Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah melupai peranan Syiah Fatimiyyah
Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana
itu, sebelum melancarkan perang ke atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu
membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyyah.
Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar, seorang hakim dan salah
seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi kepada tentera Salib dan
mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan mengusulkan agar mereka
(tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya nanti wilayah utara Syria
berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin di bawah dominasi
Fatimiyyah. Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, tentera
7
Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099,
pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh
tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar al-Daulah,
penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak mengetahui
sejarah ini?
Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan pengkhiatan Syiah terhadap
kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang menjadi menteri kepada Khalifah
al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah
manusia yang bertanggungjawab di atas pembunuhan umat Islam secara besar-
besaran oleh tentera Monggol selama 40 hari berturut-turut. Setelah itu, kedua-dua
mereka dilantik menjadi menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi
menjajah Baghdad. Ibnu Kathir menyebut, jumlah korban pada saat itu mencecah ke
angka 800,00 atau satu juta orang.
Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua-dua manusia ini, mendapat
pengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin agung Syiah, al-Khomeini.
Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah halaman 128, al-
Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa kerugian di atas kehilangan al-
Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah
menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.
Apakah pencetus kepada penjarahan dan pembantaian ratusan ribu umat Islam
Sunni dianggap satu khidmat buat Islam menurut fahaman Syiah?
Sebaliknya, siapakah yang akhirnya berjaya menyekat kemaraan menggila tentera
Monggol serta berjaya mengembalikan Syria dan Palestin ke pangkuan umat Islam?
Beliau ialah pemerintah Dinasti Mamalik, Sultan al-Muzaffar Saifuddin Qutz. Iaitu
murid kepada seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah terkenal, Imam al-Izz
bin Abdul Salam. Sesiapa sahaja yang membaca sejarah peperangan Ain Jalut
sudah pasti akan mengetahui bagaimana kehebatan jundullah pimpinan Saifuddin
Qutz menewaskan keangkuhan dan kesombongan tentera Tartar. Ia juga menjadi
episod kekalahan demi kekalahan tentera Tartar serta pengembalian wilayah
Palestin ke tangan umat Islam. Di manakah Syiah dalam peperangan ini?
Kenangkan juga, bagaimana kegigihan Sultan Abdul Hamid kedua, khalifah Islam
Sunni Bani Uthmaniyyah yang terakhir dalam mempertahankan al-Quds. Ketika
pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat ke Istanbul pada tahun 1901 dan
cuba bertemu dengan beliau.Beliau mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya
menyampaikan pesanannya terkenal:
“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam
projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini
kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang
telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah
mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini
dimusnahkan pada suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa
bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek
tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara
8
Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak
akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. (Lihat: Sahwah al-
Rajul al-Maridh, Muwaffaq Bani al-Marjah)
Malah banyak lagi pengorbanan Sunni dalam mempertahankan bumi Palestin yang
tercatat dalam sejarah. Jangan kita lupa kepada perang Arab-Zionis pada tahun-
tahun 1947-1948. Lupakah kita terhadap kemenangan tentera-tentera sukarelawan
Mesir dan Syria dalam kalangan anggota gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka
hampir sahaja berjaya menghapuskan terus kekuatan pengganas-pengganas Zionis.
Begitu juga perang Karamah 1968 di Jordan. Tentera Zionis telah dikalahkan dengan
teruk dalam peperangan antara mereka dengan tentera Jordan. Sehingga hari ini,
pada 21 Ogos setiap tahun, Jordan akan merayakan hari kemenangan tersebut.
Pengunduran tentera Zionis beserta penduduk Yahudi dari Gaza pada Ogos 2005
juga bukti kemenangan Sunni melalui gerakan Intifadah rakyat Palestin. HAMAS,
Jihad Islami, briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan
berhak menerima kredit untuk tujuan tersebut. Bukankah mereka Ahli Sunnah?
Sekali lagi, Ahli Sunnah sememangnya mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan
sekali, malah banyak kali, jauh lebih banyak daripada golongan Syiah!
Jika itu senario di Palestin, di tempat lain di serata dunia banyak lagi contoh yang
boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang di Afghanistan sebagai contoh.
Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan Rusia. Mereka bukannya puak
Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk meluaskan pengaruh mereka
di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus. Begitu juga di Bosnia dan
Cechnya, pejuang Sunni hadir ke bumi tersebut semata-mata atas nama jihad
mempertahankan agama Islam bukan kerana mazhab tertentu.
Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan tidak terletak pada Syiah
atau tidaknya sesuatu kumpulan. Maka, adalah silap bagi mereka yang
mempromosikan Syiah hanya kerana kejayaan seorang wartawan Syiah, Muntazer
al-Zaidi berjaya memalukan Presiden Bush dengan lontaran jamrah 'kasut but'
bersaiz 10 itu. Apalah nilainya berbanding darah para syuhada Sunni yang telah
mengalir sepanjang masa, zaman dan tempat bagi mempertahankan Islam yang suci
ini.
Sambutan Asyura sempena memperingati peristiwa Karbala juga bukanlah jawapan
untuk membangkitkan semangat menentang kezaliman. Apakah perbuatan Syiah
mengumandangkan syair-syair mencaci maki Bani Umayyah dan para sahabat
Rasulullah SAW atas tuduhan mereka sebagai perampas hak dan pembunuh
Saidina Husin itu dianggap pencetus kebangkitan ummah? Adakah Syiah mahu
melihat golongan Sunni mengungkap kembali dan membongkar segala titik hitam
pengkhianatan Syiah terhadap umat Islam termasuk ke atas Ahlul Bait sendiri?
Benar, Syiah sememangnya berhak melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan
sempena peristiwa Karbala tersebut. Tetapi tidak bagi Sunni. Mereka berlepas diri
(bari’) dari kesemua perbuatan tersebut.
Malaysia bumi Sunni
9
Oleh itu, jangan jadikan isu kekejaman Zionis di bumi Gaza sebagai agenda
mempromosikan Syiah. Jangan jadikan Malaysia seumpama apa yang berlaku di
Iraq dan Pakistan. Jangan sengaja disemarakkan api perbalahan mazhab itu.
Ingatlah bahawa Malaysia ialah bumi Sunni dari segi tradisi, budaya dan
perundangannya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis
Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa
Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997 telah memutuskan
bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah menjadi pegangan umat Islam di
Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996
di Langkawi memutuskan bahawa; Pertama, menetapkan bahawa umat Islam di
Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan
pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum
Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam”
seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi aqidah,
syariah dan akhlak”.
Oleh itu, kewarasan dan kebijaksanaan diperlukan dalam mendepani isu Palestin
dan Zionis. Penggunaan fiqh awlawiyyat (keutamaan) perlu dipertimbangkan. Sunni
dan Syiah perlu melihat kepada musuh mereka yang satu iaitu Zionis Yahudi.
Mereka perlu dihancurkan sehancur-hancurnya. Ini bukan masanya untuk
mempropagandakan doktrin masing-masing. Bagi Sunni, kita menyeru seluruh umat
Islam bersatu tanpa mengira mazhab dalam menghapuskan penjajahan Yahudi di
bumi Palestin. Biarpun ia adalah penganut Syiah seperti Hizbullah, Sunni tetap
menyokong dalam bahasa melenyapkan kerakusan Zionis. Bukan dalam bahasa
mendokong doktrin aqidah pegangan Hizbullah. Jika syiar Karbala atau Asyura atau
Wilayatul Faqih yang menjadi pegangan mereka, anutan itu tetap ditolak, ia tetap
bid’ah di sisi Sunni, dan jangan sekali-sekali mendakyahkannya di bumi ini.

More Related Content

What's hot

27.9.2012 hadis palsu
27.9.2012   hadis palsu 27.9.2012   hadis palsu
27.9.2012 hadis palsu Angah Rahim
 
Fiqih Zakat Fitrah Dan Zakat Uang
Fiqih Zakat Fitrah Dan Zakat UangFiqih Zakat Fitrah Dan Zakat Uang
Fiqih Zakat Fitrah Dan Zakat UangMaulanaFirdaus19
 
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteriaFakhri Cool
 
Hadits Dha'if dan Hadits Maudhu
Hadits Dha'if dan Hadits MaudhuHadits Dha'if dan Hadits Maudhu
Hadits Dha'if dan Hadits MaudhuFakhri Cool
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20
Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20
Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20SAS AJI
 
Khutbah 5 april 2013
Khutbah 5 april 2013Khutbah 5 april 2013
Khutbah 5 april 2013Sopyan Saori
 
Perang badar n perang uhud
Perang  badar n perang uhudPerang  badar n perang uhud
Perang badar n perang uhudaqilahaishah
 
Indikasi Syair Dalam Maulid Nabi
Indikasi Syair Dalam Maulid NabiIndikasi Syair Dalam Maulid Nabi
Indikasi Syair Dalam Maulid NabiLestari Moerdijat
 
Makalah Perang Badar, Uhud, dan Badar
Makalah Perang Badar, Uhud, dan BadarMakalah Perang Badar, Uhud, dan Badar
Makalah Perang Badar, Uhud, dan BadarSofi Atin
 

What's hot (20)

Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'
 
Hadits Maudlu
Hadits MaudluHadits Maudlu
Hadits Maudlu
 
27.9.2012 hadis palsu
27.9.2012   hadis palsu 27.9.2012   hadis palsu
27.9.2012 hadis palsu
 
TRAGEDI KARBALA NAINAWA
TRAGEDI KARBALA NAINAWATRAGEDI KARBALA NAINAWA
TRAGEDI KARBALA NAINAWA
 
Fiqih Zakat Fitrah Dan Zakat Uang
Fiqih Zakat Fitrah Dan Zakat UangFiqih Zakat Fitrah Dan Zakat Uang
Fiqih Zakat Fitrah Dan Zakat Uang
 
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
10. hadits maudlu, pengertian, faktor dan keriteria
 
Hadits Dha'if dan Hadits Maudhu
Hadits Dha'if dan Hadits MaudhuHadits Dha'if dan Hadits Maudhu
Hadits Dha'if dan Hadits Maudhu
 
SEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALA
SEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALASEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALA
SEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALA
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
Himpunan 50 hadits_pilihan
Himpunan 50 hadits_pilihanHimpunan 50 hadits_pilihan
Himpunan 50 hadits_pilihan
 
Sofiah binti huyai
Sofiah binti huyaiSofiah binti huyai
Sofiah binti huyai
 
Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20
Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20
Biografi dan karomah_syuhada_jihad_bosnia_v20
 
Khutbah 5 april 2013
Khutbah 5 april 2013Khutbah 5 april 2013
Khutbah 5 april 2013
 
Perang badar n perang uhud
Perang  badar n perang uhudPerang  badar n perang uhud
Perang badar n perang uhud
 
PERANG BADAR
PERANG BADARPERANG BADAR
PERANG BADAR
 
Indikasi Syair Dalam Maulid Nabi
Indikasi Syair Dalam Maulid NabiIndikasi Syair Dalam Maulid Nabi
Indikasi Syair Dalam Maulid Nabi
 
Makalah Perang Badar, Uhud, dan Badar
Makalah Perang Badar, Uhud, dan BadarMakalah Perang Badar, Uhud, dan Badar
Makalah Perang Badar, Uhud, dan Badar
 
Hijrah Nabi & perang Badar
Hijrah Nabi & perang BadarHijrah Nabi & perang Badar
Hijrah Nabi & perang Badar
 
Perang Badar
Perang BadarPerang Badar
Perang Badar
 
Hadits maudhu'
Hadits maudhu'Hadits maudhu'
Hadits maudhu'
 

Viewers also liked

Bí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn Quốc
Bí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn QuốcBí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn Quốc
Bí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn QuốcDuyệt Đoàn
 
Public Campaign_Entrepreneurship
Public Campaign_EntrepreneurshipPublic Campaign_Entrepreneurship
Public Campaign_EntrepreneurshipBipasha Matin
 
12. zaluzhnyi2
12. zaluzhnyi212. zaluzhnyi2
12. zaluzhnyi2Olena Ursu
 
組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013
組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013
組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013Kenichi Yoshida
 
ગ્લોબલ વોર્મિંગ
ગ્લોબલ વોર્મિંગગ્લોબલ વોર્મિંગ
ગ્લોબલ વોર્મિંગKevin Gajjar
 
Biotech case study by Desmania
Biotech case study by Desmania Biotech case study by Desmania
Biotech case study by Desmania Desmania_Design
 
Ναός από δέντρα
Ναός  από δέντρα  Ναός  από δέντρα
Ναός από δέντρα paraskevit
 
イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料
イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料
イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料Kenichi Yoshida
 
The Rest of the Story
The Rest of the Story The Rest of the Story
The Rest of the Story coastpastor
 
блинов в.и. разработка и экспертиза опоп
блинов в.и. разработка и экспертиза опопблинов в.и. разработка и экспертиза опоп
блинов в.и. разработка и экспертиза опопDemanessa
 
проектнаятехнология
проектнаятехнологияпроектнаятехнология
проектнаятехнологияDemanessa
 
Presentazione daconto economiaurbana
Presentazione daconto economiaurbanaPresentazione daconto economiaurbana
Presentazione daconto economiaurbanaLuca Daconto
 
5 visor wiki
5 visor wiki5 visor wiki
5 visor wikiplumgar56
 
храпунова
храпуновахрапунова
храпуноваDemanessa
 
Pollution agenda project
Pollution agenda projectPollution agenda project
Pollution agenda projectzacharyvasek
 
2012 scholarship application (continuing education)
2012 scholarship application (continuing education)2012 scholarship application (continuing education)
2012 scholarship application (continuing education)Task Frg
 

Viewers also liked (20)

Danh ngon ve tien
Danh ngon ve tienDanh ngon ve tien
Danh ngon ve tien
 
Bí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn Quốc
Bí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn QuốcBí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn Quốc
Bí quyết thành công của các Triệu Phú TRẺ Hàn Quốc
 
Public Campaign_Entrepreneurship
Public Campaign_EntrepreneurshipPublic Campaign_Entrepreneurship
Public Campaign_Entrepreneurship
 
12. zaluzhnyi2
12. zaluzhnyi212. zaluzhnyi2
12. zaluzhnyi2
 
組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013
組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013
組み込みーモバイルークラウドをオープンな形でつなぐKOF2013
 
ગ્લોબલ વોર્મિંગ
ગ્લોબલ વોર્મિંગગ્લોબલ વોર્મિંગ
ગ્લોબલ વોર્મિંગ
 
Biotech case study by Desmania
Biotech case study by Desmania Biotech case study by Desmania
Biotech case study by Desmania
 
Ναός από δέντρα
Ναός  από δέντρα  Ναός  από δέντρα
Ναός από δέντρα
 
Ddd
DddDdd
Ddd
 
Peran bpk ri
Peran bpk riPeran bpk ri
Peran bpk ri
 
イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料
イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料
イチからはじめるADK北海道支部勉強会発表資料
 
The Rest of the Story
The Rest of the Story The Rest of the Story
The Rest of the Story
 
Grace
GraceGrace
Grace
 
блинов в.и. разработка и экспертиза опоп
блинов в.и. разработка и экспертиза опопблинов в.и. разработка и экспертиза опоп
блинов в.и. разработка и экспертиза опоп
 
проектнаятехнология
проектнаятехнологияпроектнаятехнология
проектнаятехнология
 
Presentazione daconto economiaurbana
Presentazione daconto economiaurbanaPresentazione daconto economiaurbana
Presentazione daconto economiaurbana
 
5 visor wiki
5 visor wiki5 visor wiki
5 visor wiki
 
храпунова
храпуновахрапунова
храпунова
 
Pollution agenda project
Pollution agenda projectPollution agenda project
Pollution agenda project
 
2012 scholarship application (continuing education)
2012 scholarship application (continuing education)2012 scholarship application (continuing education)
2012 scholarship application (continuing education)
 

Similar to Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud

Sanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiahSanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiahFaisal Pak
 
Ilmu kalam : Hari Karbala Syiah
Ilmu kalam : Hari Karbala SyiahIlmu kalam : Hari Karbala Syiah
Ilmu kalam : Hari Karbala SyiahCik Sufiela
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifArdian DP
 
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Hifni Farhati
 
Biografi imam ali bin hesen zainal abidin
Biografi imam ali bin hesen zainal abidinBiografi imam ali bin hesen zainal abidin
Biografi imam ali bin hesen zainal abidinMuhammad Idris
 
Haram, terlibat dalam perayaan natal !
Haram, terlibat dalam perayaan natal !Haram, terlibat dalam perayaan natal !
Haram, terlibat dalam perayaan natal !FlamencoRizky
 
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah KecilBUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah KecilMarina Nawia
 
Sejarah kelam maulid nabi
Sejarah kelam maulid nabiSejarah kelam maulid nabi
Sejarah kelam maulid nabibas quy
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAmbulan Zag
 
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahAbdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahArdian DP
 
perang siffin
perang siffinperang siffin
perang siffinadam teh
 
Tragedi Karbala.pdf
Tragedi Karbala.pdfTragedi Karbala.pdf
Tragedi Karbala.pdfsaifanah
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talibamiraaa96
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWRinaldi Julian
 
10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surga10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surgaBahRum Subagia
 

Similar to Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud (20)

Sanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiahSanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiah
 
Ilmu kalam : Hari Karbala Syiah
Ilmu kalam : Hari Karbala SyiahIlmu kalam : Hari Karbala Syiah
Ilmu kalam : Hari Karbala Syiah
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktif
 
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
 
Biografi imam ali bin hesen zainal abidin
Biografi imam ali bin hesen zainal abidinBiografi imam ali bin hesen zainal abidin
Biografi imam ali bin hesen zainal abidin
 
Haram, terlibat dalam perayaan natal !
Haram, terlibat dalam perayaan natal !Haram, terlibat dalam perayaan natal !
Haram, terlibat dalam perayaan natal !
 
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah KecilBUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
 
Sejarah kelam maulid nabi
Sejarah kelam maulid nabiSejarah kelam maulid nabi
Sejarah kelam maulid nabi
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktif
 
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahAbdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
 
qus bin sa'adah
qus bin sa'adahqus bin sa'adah
qus bin sa'adah
 
Israiliyyat
IsrailiyyatIsrailiyyat
Israiliyyat
 
Saqifah (1)
Saqifah (1)Saqifah (1)
Saqifah (1)
 
perang siffin
perang siffinperang siffin
perang siffin
 
Tragedi Karbala.pdf
Tragedi Karbala.pdfTragedi Karbala.pdf
Tragedi Karbala.pdf
 
TRAGEDI KARBALA -- TIM ABATASYA
TRAGEDI KARBALA -- TIM ABATASYATRAGEDI KARBALA -- TIM ABATASYA
TRAGEDI KARBALA -- TIM ABATASYA
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
 
Kisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad SawKisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad Saw
 
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAWKISAH NABI MUHAMMAD SAW
KISAH NABI MUHAMMAD SAW
 
10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surga10 sahabat yang dijamin masuk surga
10 sahabat yang dijamin masuk surga
 

More from Imran

Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932
Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932
Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932Imran
 
Fenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al Munajjid
Fenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al MunajjidFenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al Munajjid
Fenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al MunajjidImran
 
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-RasyidAl muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-RasyidImran
 
Bahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi YakanBahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi YakanImran
 
Asas asas islam - Fathi Yakan
Asas asas islam - Fathi YakanAsas asas islam - Fathi Yakan
Asas asas islam - Fathi YakanImran
 
Apa erti saya menganut islam - Fathi Yakan
Apa erti saya menganut islam - Fathi YakanApa erti saya menganut islam - Fathi Yakan
Apa erti saya menganut islam - Fathi YakanImran
 
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)Imran
 
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap IslamSayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap IslamImran
 
Sayyid qutb haza ad-deen
Sayyid qutb   haza ad-deenSayyid qutb   haza ad-deen
Sayyid qutb haza ad-deenImran
 
Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Imran
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Imran
 
Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)
Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)
Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)Imran
 
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiSyahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiImran
 
Habitator (Productive Muslim Schedule)
Habitator (Productive Muslim Schedule)Habitator (Productive Muslim Schedule)
Habitator (Productive Muslim Schedule)Imran
 
Kisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj syeikh 'amru 'abd al-mun'im salim
Kisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj   syeikh 'amru 'abd al-mun'im salimKisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj   syeikh 'amru 'abd al-mun'im salim
Kisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj syeikh 'amru 'abd al-mun'im salimImran
 
Jenis-jenis hati
Jenis-jenis hatiJenis-jenis hati
Jenis-jenis hatiImran
 
Sembang komputer
Sembang komputerSembang komputer
Sembang komputerImran
 
Nota seminar kesempurnaan solat
Nota seminar kesempurnaan solatNota seminar kesempurnaan solat
Nota seminar kesempurnaan solatImran
 
Riyadhus solihin 2
Riyadhus solihin 2Riyadhus solihin 2
Riyadhus solihin 2Imran
 
Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)
Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)
Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)Imran
 

More from Imran (20)

Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932
Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932
Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932
 
Fenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al Munajjid
Fenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al MunajjidFenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al Munajjid
Fenomena lemahnya iman - Syeikh Solah al Munajjid
 
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-RasyidAl muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
 
Bahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi YakanBahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi Yakan
 
Asas asas islam - Fathi Yakan
Asas asas islam - Fathi YakanAsas asas islam - Fathi Yakan
Asas asas islam - Fathi Yakan
 
Apa erti saya menganut islam - Fathi Yakan
Apa erti saya menganut islam - Fathi YakanApa erti saya menganut islam - Fathi Yakan
Apa erti saya menganut islam - Fathi Yakan
 
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
 
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap IslamSayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
 
Sayyid qutb haza ad-deen
Sayyid qutb   haza ad-deenSayyid qutb   haza ad-deen
Sayyid qutb haza ad-deen
 
Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Panjang Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
 
Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)
Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)
Himpunan risalah Hassan al Banna (Majmuah Ar-Rasail)
 
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiSyahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
 
Habitator (Productive Muslim Schedule)
Habitator (Productive Muslim Schedule)Habitator (Productive Muslim Schedule)
Habitator (Productive Muslim Schedule)
 
Kisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj syeikh 'amru 'abd al-mun'im salim
Kisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj   syeikh 'amru 'abd al-mun'im salimKisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj   syeikh 'amru 'abd al-mun'im salim
Kisah dhaif dan palsu dalam isra' mi'raj syeikh 'amru 'abd al-mun'im salim
 
Jenis-jenis hati
Jenis-jenis hatiJenis-jenis hati
Jenis-jenis hati
 
Sembang komputer
Sembang komputerSembang komputer
Sembang komputer
 
Nota seminar kesempurnaan solat
Nota seminar kesempurnaan solatNota seminar kesempurnaan solat
Nota seminar kesempurnaan solat
 
Riyadhus solihin 2
Riyadhus solihin 2Riyadhus solihin 2
Riyadhus solihin 2
 
Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)
Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)
Bidayah al Hidayah (al Ghazali on Islamic Guidance)
 

Recently uploaded

Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.MeidarLamskingBoangm
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 

Recently uploaded (13)

Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 

Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud

  • 1. 1 JAWAPAN ARTIKEL ‘CINTA ASYURA DAN KARBALA’ Mohd Aizam bin Mas’od Caw. Aqidah Bah. Penyelidikan JAKIM Penulis agak terkejut apabila terbaca artikel bertajuk ‘Cinta Asyura dan Karbala’ tulisan wartawan Utusan Malaysia, Helmi Mohd. Foad (HMF) bertarikh 7 Januari 20091 . Apakah ia suatu dakyah Syiah atau keikhlasan untuk menyatakan kebenaran? Kalau pun jawapannya sebuah keikhlasan, ia masih boleh diragukan. Mengapa dibangkitkan isu aqidah Sunni-Syiah di sebalik apa yang melanda bumi Gaza? Mengapa pula isu Palestin dikaitkan dengan semangat Asyura dan Karbala? Apakah umat Islam perlu disyiahkan agar Zionis mampu ditumbangkan? Jelas! Artikel ini hanya menyajikan fakta yang dangkal sama sekali. Tidak diketahui sama ada ia ditulis oleh seorang penganut Syiah atau kerana tertarik dengan Syiah. Menyeru umat Islam di sebuah negara berpegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah supaya meniru sambutan Asyura dengan mengingati peristiwa Karbala seperti di Iran, Iraq dan Pakistan adalah sesuatu yang biadap. HMF cuba beralasan dengan mengiaskan sambutan tersebut tiada bezanya dengan sambutan Maal Hijrah yang juga tiada dalilnya menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. Kiasan palsu yang direka oleh HMF ini langsung tidak mengenai ‘illah (alasan) antara dua sambutan tersebut. Bukankah sambutan Maal Hijrah ialah sambutan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam dalam melakukan hijrah dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Tiada sesiapa pun di kalangan umat Islam tanpa mengira apa jua ideologi dan mazhab yang mengingkari fakta sejarah ini. Justeru, apa pula ‘illah sambutan mengingati peristiwa Karbala diadakan? Perjuangan apakah sebenarnya yang mahu dibangkitkan melalui peristiwa tersebut? Atau ia hanya satu bentuk penyesalan dan keinsafan yang kononnya mahu ditonjolkan oleh satu pihak terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri! Bid’ah Asyura tajaan Syiah Mengaitkan hari Asyura iaitu 10 Muharram sebagai hari memperingati peristiwa Karbala juga amat menyalahi konsep kesyukuran yang dinyatakan oleh Nabi SAW pada hari tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Rasulullah SAW yang sahih: “Rasulullah SAW tiba di Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura (tanggal 10 Muharram), maka beliau bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa AS berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada Allah. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya.” Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian”, maka Nabi berpuasa Asyura dan memerintahkan puasanya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 1http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=R encana&pg=re_02.htm
  • 2. 2 Itulah cara memperingati hari Asyura, sesuai dengan apa yang telah diamal dan diajarkan oleh Rasulullah SAW beserta para sahabatnya dan sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Saiyidina Ali ra dan Saiyidina Husin ra serta seluruh Ahlul Bait dan keturunannya sampai kini. Namun apabila syahidnya Saiyidina Husin ra di bumi Karbala pada 10 Muharram tahun 61 hijrah, tercetuslah satu bid’ah yang menyesatkan. Asyura mula dijadikan oleh Syiah sebagai hari berkabung, duka cita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeris. Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal. 141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari). Persoalannya mengapakah Syiah tergamak melakukan perbuatan sehingga ke tahap yang sedemikian rupa? Apakah pendorong yang menyebabkan peristiwa Karbala menjadi sesuatu yang amat signifikan bagi puak Syiah? Jawapannya mudah. Ini kerana Syiah sendiri adalah pencetus kepada peristiwa pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala! Syiah pencetus peristiwa Karbala Golongan Syiah sepatutnya tidak leka untuk mengkaji catatan para ulama mereka yang muktabar menerusi kitab-kitab utama mereka. Umpamanya di dalam Al-Ihtijaj 'Ala Ahlil Lajaj, Ahmad bin Ali bin Abi Talib al-Thabarsi menulis bahawa Imam Ali Zainal Abidin anak Saiyidina Husin ra yang ikut serta dalam rombongan Husin ra ke Kufah telah berkata kepada penduduk Kufah, “Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasanya kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu lakukan untuk dirimu”.(Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306) Pada halaman sebelumnya al-Thabarsi mengemukakan kata-kata Fatimah al- Shughra anak perempuan Saiyidina Husin ra kepada penduduk Kufah, “Wahai Penduduk Kufah, wahai pembelot dan pengkhianat! Kami adalah Ahlul Bait yang Allah Ta'ala menguji kami dengan kamu dan menguji kamu dengan kami”, seterusnya selepas memuji-muji kedudukan Ahlul Bait beliau berkata lagi, “Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami sebagaimana kamu telah membunuh datuk kami Ali ra. Pedang-pedang kamu sentiasa menitiskan darah- darah kami Ahlul Bait”.(Al-Ihtijaj juz 2 hal 302). Mulla Baqir al-Majlisi yang diberikan gelaran Khatimatul Muhaddithin (penyudah kepada ahli-ahli hadith) di sisi Syiah menukilkan kata-kata Saiyidina Husin ra kepada Syiah Kufah yang telah bersiap untuk bertempur dengan beliau, “Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud-maksud jahatmu.
  • 3. 3 Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh dalam menentang kami”.(Jilaau al-'Uyun,hal 391). Di dalam kitab A'yanus Syi'ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai'ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai'ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A'yanus Syi'ah jilid 1 hal 34). Dan banyak lagi kitab-kitab Syi'ah menukilkan perkara yang sama seperti Al-Irsyad Syeikh Mufid hal. 234, I'lamul Wara hal. 242, Kasyful Ghummah jilid 2 hal 18 dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada segala fakta yang dikemukakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syiah Kufah adalah pencetus peristiwa Karbala dan pembunuh Saiyidina Ali ra. Inilah yang menjadi punca ratapan dan penyesalan mereka yang tidak berkesudahan. Malah pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Saiyidina Husin ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan rujukan agama mereka seperti Baqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku masing-masing. Baqir Majlisi menulis: “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa- apa”. (Jilaau al-'Uyun, hal. 430) Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalis al-'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Saiyidina Husin terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, “Kita telah memanggil Saiyidina Husin dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu”.(Al Baqarah :54) Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “al-Tawwabun”. Sejarah juga tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie dalam pembunuhan Saiyidina Husin di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Saiyidina Ali dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Saiyidina Husin. Dialah juga yang menjemput Saiyidina Husin ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
  • 4. 4 Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Saiyidina Husin dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saiyidina Husin. (Jilaau al-'Uyun dan Khulashat al-Mashaaib, hal. 37) Inilah peristiwa sebenar di sebalik apa yang berlaku. Bagaimana mungkin Syiah menafikan keterlibatan mereka? Sedangkan sejarah Karbala ditulis oleh tangan- tangan mereka sendiri. Namun sudah menjadi tabiat buruk mereka, pemalsuan dan pembohongan sentiasa disandarkan kepada golongan Sunni. Hanya kerana satu sebab. Dendam kesumat yang tidak pernah kan padam walau di telan arus zaman dan masa. Kerana itu, HMF sempat menukilkan kata-kata, “Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat”. Tuduhan Alangkah celuparnya kata-kata ini apabila menyandarkan pembunuhan Saiyidina Husin kepada anak seorang sahabat besar Baginda SAW iaitu Umar bin Saad bin Abi Waqqas. Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku-buku sejarah kerana ia bertentangan dengan riwayat Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi berkata, “Seolah-olah aku masih lagi nampak airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya”. (Tarikh al- Thabari jilid 4 m.s. 245) Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di atas kematian Saiyidina Husin yang telah dibunuh secara zalim itu. Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam ‘Thabaqat’ nya dalam senarai peringkat yang pertama dari kalangan tabiin penduduk Madinah. Hafiz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama-nama orang yang meriwayatkan hadith daripadanya. Kata Hafiz Ibn Hajar, “Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadith daripada ayahnya dan dari Abi Sa’id Al Khudri. Sementara orang-orang yang meriwayatkan hadith- hadith daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi’i, Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam, Qatadah, Suhri, Yazid bin Abi Habib dan lain-lain lagi”. ‘Ijli pula berkata, “Beliau meriwayatkan beberapa hadith daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang thiqah (yang dipercayai)”. (Tahzib al-Tahzib jilid7 hal. 396) Kenyataan Hafiz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang yang dipercayai dalam periwayatan mereka. Sekiranya keganasan dan kezaliman terhadap Saiyidina Husin dan rombongannya berlaku kerana angkara Umar bin Saad, bagaimana mungkin para ulama yang ulung dalam periwayatan hadith
  • 5. 5 menerimanya sebagai seorang yang adil lagi thiqah? Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa kisah-kisah kezaliman yang dihubungkan kepada Umar bin Saad itu tidak dapat diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam. Larangan meratap Setelah memahami isu di atas, kita boleh menyimpulkan tiada kena mengena sama sekali antara sambutan mengingati peristiwa Karbala anjuran Syiah dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis. Hari Asyura yang berkonsepkan Karbala itu tidak pernah dan tidak akan menjadi tradisi di kalangan penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Malah tradisi Sunni ialah berpegang kepada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menampar- nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud ra bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul- mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”. (Sahih Bukhari Kitab al-Jan’aiz dan Muslim Kitab al-Iman). Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy’ari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Meratap adalah termasuk dari amalan jahiliyyah, orang yang meratap bilamana dia meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat bertaubat, Allah akan memakaikan kepadanya pakaian dari minyak tar (yang panas) dan baju dari nyalaan api neraka”.(Sunan Ibnu Majah bab larangan dari meratap). Dua hadis yang tersebut di atas membuktikan bahawa amalan tersebut dilarang oleh Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tiada ulama di kalangan Ahli Sunnah yang mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar. Sunni pejuang bumi Palestin Syiah juga tidak boleh menjadikan alasan kononnya syiar perayaan Karbala itu terbukti kemujarabannya melalui kelantangan Iran mencabar kebiadapan Amerika Syarikat. Begitu juga kemenangan Hizbullah mengusir Zionis di selatan Lubnan. Jika itu penilaiannya, setujukah jika dikatakan golongan Sunni lebih berhak mendapat pengiktirafan ‘al-haq’ berbanding Syiah kerana sejarah membuktikan Baitul Maqdis hanya berjaya dibebaskan oleh golongan Sunni. Renungkan! Siapakah orang Islam pertama yang membebaskan Palestin setelah ia diperintah selama 12 kurun oleh kerajaan Babilon, Yunani, Parsi dan Rom? Bukankah beliau ialah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar al-Khattab ra. Beliaulah yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dan merebut kembali Baitul Maqdis melalui satu penyerahan terhormat yang dilakukan oleh Ketua Paderi Safraneus pada tahun ke-17 hijrah bersamaan tahun 638 masihi. Panji Islam terus mengibar di
  • 6. 6 bumi suci ini sehingga 12 kurun lamanya hasil daripada kegigihan yang ditunjukkan oleh Saiyidina Umar serta usaha yang telah dirintis pada awalnya oleh Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq ra. Lalu apa kata Syiah terhadap sahabat agung ini? Lihat sahaja, bagaimana ketika umat Islam berduka di atas kesyahidan Saiyidina Umar di tangan Abu Lu'luah yang beragama Majusi itu. Tetapi Syiah sebaliknya merasa gembira dengan tragedi itu. Mereka menggelarkan Abu Lu'luah dengan Baba Syuja'uddin (Wira Agama) sebagai menghargai keberaniannya. (Ringkasan Syiah Mazhab Imam Dua Belas: Shah Abdul Aziz al-Dahlawi. DBP. hal. 455). Ali bin Muzahir al-Wasiti meriwayatkan daripada Ahmad ibn Ishaq (seorang tokoh Syiah di Qum dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu dengan Imam Hasan al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata,"Hari ini (hari Abu Lu'luah membunuh Sayyidina Umar) adalah hari raya besar, hari kebangsaan, hari berkat dan hari hiburan. " Adakah ini balasan Syiah kepada seorang wira agama yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin? Perhatikan pula, siapakah yang telah membebaskan Palestin buat kali kedua selepas ia jatuh ke tangan tentera Salib pada 15 Julai 1099? Sejarah mencatatkan sewaktu penaklukan berlaku, tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan teramat ganas. Mereka turut membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan yang melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Justeru, siapakah akhirnya yang telah membebaskan bumi suci ini daripada tentera Salib? Adakah ia seorang Syiah? Sekali-kali tidak! Malah beliau ialah seorang pejuang Ahli Sunnah tulen iaitu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Baginda lahir pada tahun 1138M. Keluarga Salahuddin merupakan keturunan yang taat beragama dan berjiwa pahlawan. Kelahiran Sultan Salahuddin al-Ayyubi ke dalam dunia Islam telah memberikan kekuatan baru kepada umat Islam pada zaman tersebut. Akhirnya pada hari Jumaat 27 Rejab 538H Sultan Salahuddin bersama kaum Muslimin telah berjaya memerdekakan Baitul Maqdis. Iaitu setelah hampir 92 tahun kota tersebut ditakluk oleh tentera Salib. Dalam pada itu, Sultan Salahuddin tidak pernah melupai peranan Syiah Fatimiyyah Mesir yang menyumbang kepada kejatuhan Palestin ke tangan tentera Salib. Kerana itu, sebelum melancarkan perang ke atas tentera Salib, beliau terlebih dahulu membersihkan bumi Mesir daripada golongan Syiah Fatimiyyah. Sejarah membuktikan bahawa di Tripoli, Ibnu Ammar, seorang hakim dan salah seorang pengikut Fatimiyyah telah mengirim delegasi kepada tentera Salib dan mengutarakan keinginan untuk bekerjasama dengan mengusulkan agar mereka (tentera Salib) dapat memerangi puak Saljuk supaya nanti wilayah utara Syria berada di bawah kekuasaan tentera Salib dan Palestin di bawah dominasi Fatimiyyah. Namun, setelah pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan, tentera
  • 7. 7 Salib berjaya menduduki Ramallah, Lod dan Bethlehem. Pada 7 Jun 1099, pengepungan wilayah Baitul Maqdis dilakukan. Akhirnya kota ini dikuasai oleh tentera Salib pada 15 Julai 1099 iaitu ketika di bawah penguasaan Iftikhar al-Daulah, penguasa daripada kerajaan Syiah Fatimiyyah. Apakah Syiah tidak mengetahui sejarah ini? Golongan Sunni juga mustahil untuk melupakan pengkhiatan Syiah terhadap kerajaan Bani Abbasiyyah. Dua orang Syiah yang menjadi menteri kepada Khalifah al-Musta’sim Billah, iaitu Muhammad ibn al-‘Alqami dan Nasiruddin al-Tusi adalah manusia yang bertanggungjawab di atas pembunuhan umat Islam secara besar- besaran oleh tentera Monggol selama 40 hari berturut-turut. Setelah itu, kedua-dua mereka dilantik menjadi menteri kepada Hulagu sebagai ganjaran menjayakan misi menjajah Baghdad. Ibnu Kathir menyebut, jumlah korban pada saat itu mencecah ke angka 800,00 atau satu juta orang. Malangnya, pengkhianatan yang dilakukan oleh kedua-dua manusia ini, mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pemimpin agung Syiah, al-Khomeini. Sebagai contoh, dalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah halaman 128, al- Khomeini menyebut, “Sekalian orang merasa kerugian di atas kehilangan al- Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”. Apakah pencetus kepada penjarahan dan pembantaian ratusan ribu umat Islam Sunni dianggap satu khidmat buat Islam menurut fahaman Syiah? Sebaliknya, siapakah yang akhirnya berjaya menyekat kemaraan menggila tentera Monggol serta berjaya mengembalikan Syria dan Palestin ke pangkuan umat Islam? Beliau ialah pemerintah Dinasti Mamalik, Sultan al-Muzaffar Saifuddin Qutz. Iaitu murid kepada seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah terkenal, Imam al-Izz bin Abdul Salam. Sesiapa sahaja yang membaca sejarah peperangan Ain Jalut sudah pasti akan mengetahui bagaimana kehebatan jundullah pimpinan Saifuddin Qutz menewaskan keangkuhan dan kesombongan tentera Tartar. Ia juga menjadi episod kekalahan demi kekalahan tentera Tartar serta pengembalian wilayah Palestin ke tangan umat Islam. Di manakah Syiah dalam peperangan ini? Kenangkan juga, bagaimana kegigihan Sultan Abdul Hamid kedua, khalifah Islam Sunni Bani Uthmaniyyah yang terakhir dalam mempertahankan al-Quds. Ketika pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat ke Istanbul pada tahun 1901 dan cuba bertemu dengan beliau.Beliau mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya menyampaikan pesanannya terkenal: “Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari nanti, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara
  • 8. 8 Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. (Lihat: Sahwah al- Rajul al-Maridh, Muwaffaq Bani al-Marjah) Malah banyak lagi pengorbanan Sunni dalam mempertahankan bumi Palestin yang tercatat dalam sejarah. Jangan kita lupa kepada perang Arab-Zionis pada tahun- tahun 1947-1948. Lupakah kita terhadap kemenangan tentera-tentera sukarelawan Mesir dan Syria dalam kalangan anggota gerakan Ikhwan al-Muslimin? Mereka hampir sahaja berjaya menghapuskan terus kekuatan pengganas-pengganas Zionis. Begitu juga perang Karamah 1968 di Jordan. Tentera Zionis telah dikalahkan dengan teruk dalam peperangan antara mereka dengan tentera Jordan. Sehingga hari ini, pada 21 Ogos setiap tahun, Jordan akan merayakan hari kemenangan tersebut. Pengunduran tentera Zionis beserta penduduk Yahudi dari Gaza pada Ogos 2005 juga bukti kemenangan Sunni melalui gerakan Intifadah rakyat Palestin. HAMAS, Jihad Islami, briged Syuhada al-Aqsa milik Fatah dan juga lain-lain fraksi perjuangan berhak menerima kredit untuk tujuan tersebut. Bukankah mereka Ahli Sunnah? Sekali lagi, Ahli Sunnah sememangnya mampu untuk mengalahkan Zionis. Bukan sekali, malah banyak kali, jauh lebih banyak daripada golongan Syiah! Jika itu senario di Palestin, di tempat lain di serata dunia banyak lagi contoh yang boleh dibanggakan oleh Ahli Sunnah. Perang di Afghanistan sebagai contoh. Bukankah para mujahidin telah berjaya mengalahkan Rusia. Mereka bukannya puak Syiah. Syiah hanya datang selepas kemenangan untuk meluaskan pengaruh mereka di sana dan telah menyebabkan perang saudara meletus. Begitu juga di Bosnia dan Cechnya, pejuang Sunni hadir ke bumi tersebut semata-mata atas nama jihad mempertahankan agama Islam bukan kerana mazhab tertentu. Kesimpulannya, perjuangan jihad dan juga kemenangan tidak terletak pada Syiah atau tidaknya sesuatu kumpulan. Maka, adalah silap bagi mereka yang mempromosikan Syiah hanya kerana kejayaan seorang wartawan Syiah, Muntazer al-Zaidi berjaya memalukan Presiden Bush dengan lontaran jamrah 'kasut but' bersaiz 10 itu. Apalah nilainya berbanding darah para syuhada Sunni yang telah mengalir sepanjang masa, zaman dan tempat bagi mempertahankan Islam yang suci ini. Sambutan Asyura sempena memperingati peristiwa Karbala juga bukanlah jawapan untuk membangkitkan semangat menentang kezaliman. Apakah perbuatan Syiah mengumandangkan syair-syair mencaci maki Bani Umayyah dan para sahabat Rasulullah SAW atas tuduhan mereka sebagai perampas hak dan pembunuh Saidina Husin itu dianggap pencetus kebangkitan ummah? Adakah Syiah mahu melihat golongan Sunni mengungkap kembali dan membongkar segala titik hitam pengkhianatan Syiah terhadap umat Islam termasuk ke atas Ahlul Bait sendiri? Benar, Syiah sememangnya berhak melakukan apa sahaja yang mahu dilakukan sempena peristiwa Karbala tersebut. Tetapi tidak bagi Sunni. Mereka berlepas diri (bari’) dari kesemua perbuatan tersebut. Malaysia bumi Sunni
  • 9. 9 Oleh itu, jangan jadikan isu kekejaman Zionis di bumi Gaza sebagai agenda mempromosikan Syiah. Jangan jadikan Malaysia seumpama apa yang berlaku di Iraq dan Pakistan. Jangan sengaja disemarakkan api perbalahan mazhab itu. Ingatlah bahawa Malaysia ialah bumi Sunni dari segi tradisi, budaya dan perundangannya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mac 1996, Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 17 Oktober 1996 dan mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke 27 pada 24 Jun 1997 telah memutuskan bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Mana-mana ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dilarang dan disekat penyebarannya di kalangan umat Islam. Manakala Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 Mei 1996 di Langkawi memutuskan bahawa; Pertama, menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Kedua, memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-undang Islam” seperti berikut: “Hukum syarak” atau “Undang-undang Islam” ertinya Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal- Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak”. Oleh itu, kewarasan dan kebijaksanaan diperlukan dalam mendepani isu Palestin dan Zionis. Penggunaan fiqh awlawiyyat (keutamaan) perlu dipertimbangkan. Sunni dan Syiah perlu melihat kepada musuh mereka yang satu iaitu Zionis Yahudi. Mereka perlu dihancurkan sehancur-hancurnya. Ini bukan masanya untuk mempropagandakan doktrin masing-masing. Bagi Sunni, kita menyeru seluruh umat Islam bersatu tanpa mengira mazhab dalam menghapuskan penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Biarpun ia adalah penganut Syiah seperti Hizbullah, Sunni tetap menyokong dalam bahasa melenyapkan kerakusan Zionis. Bukan dalam bahasa mendokong doktrin aqidah pegangan Hizbullah. Jika syiar Karbala atau Asyura atau Wilayatul Faqih yang menjadi pegangan mereka, anutan itu tetap ditolak, ia tetap bid’ah di sisi Sunni, dan jangan sekali-sekali mendakyahkannya di bumi ini.